Assalamualaikum. Nama aku Miya. Aku tergerak hati untuk reply confession bertajuk hatiku, (https://iiumc.com/hatiku/) yang di published pada 28 april lalu. Sebenarnya aku dah baca dari minggu lepas lagi.
Tapi sampai ke hari ini aku masih terfikir-fikir lagi tentang confession ni. Sebab jalan ceritanya sangat hampir dengan jalan hidup yang aku lalui cuma yang membezakan aku di pihak yang ketiga.
Semoga confession ini membantu serba sedikit confessor Hatiku untuk membuat keputusan besar tentang masa depannya. Soal kahwin itu bukan perkara kecil. Jadi kena fikir sedalam-dalamnya supaya tak menyesal di kemudian hari.
Menjadi orang ketiga di dalam perhubungan selalunya orang akan pandang dia lah salah dan dia lah jahat.
Tapi malangnya aku sendiri tak pernah tau aku adalah orang ketiga sampai terbongkar segala-galanya. Aku juga mangsa keadaan. Aku juga sakit menanggung segalanya.
Aku menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang aku gelarkan M. M sangat baik.
Tak ada perangai buruk yang aku nak gambarkan tentang M. Segalanya baik. Memang betul2 husband material. Cuma rupanya biasa-biasa saja. Mungkin aku sangat cintakannya sampai aku nampak semuanya indah.
Tapi cuma 1 keburukan M, dari pertama kali kami bertemu dia dah mula mengambil kesempatan ke atasku. Mula-mula aku tepis saat dia ingin menyentuhku. Tapi lama-kelamaan aku lemah dengan pujuk rayunya.
Ya aku tahu ramai akan kecam, ya aku mengaku aku bodoh sebab cinta aku sanggup serahkan segala-galanya. Cuma aku bersyukur dia tak berjaya untuk merosakkan dara aku sebab agak sukar.
Sampailah suatu hari aku dapat tau dia sudah bertunang. Dapat tau dari tunangnya sendiri.
Selama ni aku tak pernah tahu kewujudan perempuan lain dalam hidupnya. Sama juga dengan tunangnya. Sama-sama tertipu. Tapi M usaha sungguh-sungguh untuk memujuk tunangnya.
Sama juga dengan tunang TT, M juga menidakkan sekeras-kerasnya di depan tunangnya sedangkan aku punya bukti.
Dia buruk-burukkan aku dekat tunangnya. Dia cuma memujuk tunangnya tapi dengan aku tak. Dia cakap dia sayangkan tunangnya. Bukan aku.
Sedangkan selama ni dia cakap dia cuma cintakan aku seorang. Kenapa baru skrg nak mengaku tak pernah cintakan aku?
Dan sampai ke hari ini aku masih ingat dengan kata-katanya. ‘abang akan bertanggungjwab dengan apa yang dah jadi terhadap sayang, abang tak lari’ last-last dia yang lari dulu. Dia block aku di semua tempat.
Mula-mula tunangnya macam dah nak putuskan hubungan mereka. Dia cakap dia dah nk pulangkan cincin semula kepada keluarga M. Dia dah kecewa sangat dengan perangai M.
Rupa-rupanya apa yang selama ni dia buat dekat aku, dia buat perkara yang sama dekat tunangnya.
Mereka 1 office lagi mudah untuk bermesraan bila tak ada siapa-siapa dekat office. Sumpah aku bukan setakat benci dengan M malah jijik dan rasa lebih daripada jijik. Meletakkan nafsu melebihi segala-galanya.
Tapi disebabkan mereka 1 office mudah untuk M memujuk tunangnya kembali dan mungkin alasan kenapa tunangnya setuju untuk teruskan perkahwinan juga alasan yang sama dengan TT iaitu sebab menjaga maruahnya dan maruah keluarganya.
Perkara putus tunang ini bukan perkara yang mudah bila sudah berkait dengan 2 keluarga. Jadi mereka teruskan dengan rancangan perkahwinan mereka iaitu selepas raya. Aku yakin masa itu dah hampir tiba.
Aku juga yakin apa yang jadi adalah balasan Allah terhadapku. Aku lalai. Aku meletakkan cinta kepada manusia melebihi segala-galanya.
Jadi aku terima apa yang jadi saat ini adalah balasan untuk aku. Moga kesakitan yang aku tanggung saat ini dapat menyucikan kembali dosa-dosa ku yang lalu.
Saat semuanya terbongkar aku di sebuah negara yang doanya bagai anak panah. Tepat mengena sasaran. Saat itu siang dan malam aku bertaubat sesungguh hati atas perbuatanku.
Aku mengharap Allah mengampunkan segala dosa aku dan sampai ke saat ini aku tak putus-putus mendoakan M mendapat balasan yang setimpal atas perbuatannya kepadaku, tunangnya dan perempuan-perempuan sebelum ku.
Doa seorang musafir, doa di bumi yang doanya tiada hijab, doa orang teraniaya, dan doa pada bulan ramadan. Aku yakin sekali Allah akan mengangkat doaku.
Kepada confessor Hatiku dan tunang kepada ex ku. Aku mengharap sekali kamu lari jauh-jauh daripada tunangmu itu. Batalkan perkahwinan kamu dan dia. Masih belum telambat lagi TT. Sebab dia tak baik untuk kamu. Dia tak layak miliki kamu.
Andai kamu teruskan juga perkahwinan dengannya aku risau kamu tak akan bahagia sebab lelaki sekali curang dia akan curang lagi. Sebab dia dah biasa andai ada masalah dengan seorang perempuan, dia akan cari ketenangan dengan perempuan lain.
Nanti bila kamu ada masalah dengannya dia akan cari lagi perempuan lain. Ex aku juga pernah bercinta ramai perempuan. Dia dah terbiasa dengan kehidupan itu jadi sukar utk dia berubah selepas kahwin. Dan aku tak mahu kamu terkena doa orang terzalimi.
Jika kamu berkahwin dengannya kamu akan terkait sekali dengan balasan itu. Sama ada anak perempuan mu juga akan dirosaki oleh lelaki lain atau rumahtangga kamu akan bermasalah. Sebab aku yakin doa orang dizalimi tak akan ditolak. Jadi berundurlah TT.
Lari selamatkan diri. Orang yang baik pasti juga bertemu dengan yang baik. Yakin dengan perancangan Allah. Ada sebabnya kenapa Allah bongkarkan segala kecurangan dia masa kamu masih bergelar tunangnya sebab dia nak selamatkan kamu.
Tolonglah fikir dan bertindak. Jangan menyesal di kemudian hari. Lelaki seperti itu harus ber9tanggungjawab dengan apa yang dia dah buat.
Dia kena tanggung akibatnya. Jadi biar dia merasai kehilangan. Supaya dia sedar segala perbuataannya. Dia tak layak untuk kecapi rasa bahagia saat ada banyak mata yang menangis kerananya.
Dan sampai ke saat ini, aku masih tunggu balasan itu terhadapnya.
Sekian.
– Miya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit