REPLY: Hidup Bersama Tanpa Anak

Reply, (https://iiumc.com/hidup-bersama-tanpa-anak/).

Assalamualaikum dan hai untuk semua pembaca IIUM Confession.

Lepas baca confession TT ni, rasa tergerak hati nak reply sebab saya pun dah 8 tahun kahwin takde anak.

Kami memang go with the flow je. Takde lah sampai buat rawatan ivf ke atau apa apa rawatan kesuburan, memang berpegang kalau Allah bagi kami syukur, kalau masih belum rezeki, nikmati saja apa di depan mata.

Hidup tanpa anak ni memang 100% berbeza dengan orang yang ade anak la. Kite lebih bebas. Bebas nak travel, nak ke tempat yang tak boleh bawa anak kecil seperti hiking lah, mandi sungai, snorkeling apa bagai.

Kedua, lebih relaks. Yelah takde nak bangun malam buat susu, nak kena layan kerenah anak nak itu nak ini, nak kena siapkan barang anak setiap kali nak ke sana ke mari, siapkan diri sendiri sahaja.

Tapi semua ni bergantung pada hubungan suami isteri tu juga.

Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan suami yang kelakar, tahu kewajipan sebagai seorang Islam, pandai jaga hati, setia (buat masa ni lah), penyayang dan penyabar.

Bayangkan kalau dapat pasangan yang memang menyakitkan hati, saya rasa kehadiran anak adalah salah satu cara Allah menyejukkan hati kita.

Kami suami isteri memang okay je tanpa anak sebab family dua dua belah pun sejenis sporting, tak busy body, mertua baik, jadinya rasa senang dan tenang bila balik kampung side mana pun.

Kalaulah takde support dari family, asyik bertanya bila nak beranak, rasanya kami pun takkan setenang sekarang.

Saya percaya, setiap orang ada rezeki masing masing.. pasangan ada anak, walaupun keletihan melayan kerenah anak, pening memikirkan ekonomi keluarga sebab belanja anak semua,

Tapi di hujung hari, tengok anak membesar dengan telatah comel dia, itu sesuatu yang memang tak dapat di mana mana dan dengan apa bayaran pun.. takda sapa boleh beli semua tu.

Bagi yang tiada anak, dihujung hari ada kebebasan nak buat apa saja tanpa perlu pikirkan si kecil,

Duit ade lebih untuk dinikmati bersama, belanja ibu bapa, adik beradik, sekali sekala beli hadiah untuk anak buah, itu pun tak dapat dirasa oleh semua orang.

Pendek kata, apa saja situasi kita, pandang dari sudut positif.

Nasihat saya, ok kalau TT pilih untuk taknak anak, tapi kalau andaikata Allah hadiahkan, jangan pula digugurkan anak tu.. Allah bagi, mesti ada rezeki lain dikirim sekali.

TT kata emosi TT wktu kecil diabaikan, andaikata ada rezeki anak, ambil kesempatan ni betulkan apa yang awak kena dulu. Jadikan awak sebagai tempat paling bahagia untuk anak awak, insyaaAllah.

Bagi yang berfikir, takde anak nanti kesian tua siapa nak jaga? Al jawab, Allah jua lah tempat kita bergantung..

Allah yang maha menyayangi kita, pasti Allah akan jaga kita, jangan risau okay. Anak 10 pun belum tentu boleh jaga ibu bapa.

Akhir kalam, serah semua pada yang maha kuasa, pasti semua kesulitan akan terungkai jua.

– Linda Martopo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *