REPLY: I Hope To Be Happy

Reply, (https://iiumc.com/i-hope-to-be-happy/).

Aku terpanggil membalas confession Ayla atas dasar untuk memberi sebuah harapan kehidupan kepada dia..

Dan juga kepada semua anak gadis yang pernah menjadi mangsa s3ksual, samada dir0g0l, cabul, sumbang mahram dan lain-lain.

Berpuluh2 kali aku fikir nak buat confession ni atau tidak,

Tapi akhirnya aku terpaksa juga membuka kembali lembaran hitam paling gelap di lubuk jiwaku yang paling dalam demimu Ayla dan mereka yang senasib.

Mana tahu dengan confession ini aku dapat pahala yang mengalir sampai bila-bila.

Ok, aku perkenalkan diriku, Lenny, usia 40an, berpendidikan Ijazah sahaja, bersuami dengan 5 orang anak-anak yang baik rupa & akhlak. In shaa Allah, Ahamdulillah.

So, di mana part yang duka sengsara?

Aku adalah anak no 2 dan sulung perempuan dalam keluarga yang berbapakan manusia paling tak guna, tak bekerja, tak solat, minum arak, gila p0rno dan gila s3ks.

Kalau Ayla di r0g0l oleh bapa saudara, tapi aku lagi malang kerana bapa kandung sendiri yang buat onar.

Aku adalah mangsa sumbang mahram yang keji walaupun tidak sampai hubungan s3ks.

Aku dipaksa membuat oral s3ks, berb0gel, bercium, ajak tengok cerita luc4h dan pelbagai perbuatan yang jijik lain (maaf jika agak teruk).

Seingat usiaku terlalu kecil, dalam 3 tahun (aku memang memiliki daya ingatan yang agak kuat), bapaku suka membawa wanita asing dan melakukan z1na di rumah kami. Ibuku cuba menghalang tapi akan dipukul.

Beza umur aku dengan adikku 3 tahun, aku ingat sangat kejadian tu sebab ibu tengah mengandung adikku. Abangku meninggal waktu kecil kerana sawan demam panas.

Aku sebenarnya tak berapa ingat sejak bila aku jadi mangsa s3ks bapa. Tapi yang betul2 aku boleh ingat dan memori itu boleh ditayangkan seperti cerita di layar putih semenjak umurku 9 tahun.

Setiap malam dia minta aku tidur dengannya, ibuku tidur dengan adik2 yang kecil.

Benda jijik ni berterusan bertahun sehingga aku semakin cerdik dan pandai elak. Sejak itu aku jadi terlalu benci pada bapaku.

Bila semakin besar, aku semakin berani untuk melawan dia dan akhirnya aku memang selalu dibelasah.

Bila pekung bapaku pecah, dia lagi semakin berani bercakap benda jijik seperti menuduh aku yang nak buat s3ks dengan dia, ayat yang paling hina yang aku takkan lupa bila dia kata aku yang ‘menadah’.

Bapaku memanggilku pel4cur. Ibuku pula digelar pel4cur tua.

Ibuku, ok.. seorang yang waras dan logik. Sebab dia pertahankan aku, dia lawan, dia mengadu ke bapa saudaraku (abang bapaku) tapi hanya dilekehkan siap kata ibuku sengaja buat cerita. Memang dasar keturunan jantan si4l.

Tapi itulah, walaupun ibuku dah buat apa yang perlu tapi aku ralat sangat-sangat kenapa dia tak pilih untuk bercerai, kenapa nak stay walaupun perangai bapaku macam laknat. Masih tetap bertahan dan beranak bersusun lagi.

Oh, lupa bagitau, ibuku juga yang membanting tulang mencari rezeki untuk kami semua. Aku geram sangat sampai fikir nak jadi pel4cur betul-betul, at least aku dapat duit boleh bantu ibuku.

Seburuk-buruk bapa Ayla, walaupun penagih d4d4h tetap jaga makan minum dan keperluan keluarganya.

Bila aku menginjak remaja, aku pilih jadi pelajar pandai dan duduk asrama untuk keluar dari rumah dan jauh dari bapaku. Aku banyak duduk luar hinggalah aku tamat Ijazah.

Niat aku hanya satu iaitu untuk ubah nasib keluarga. Tapi hancur hatiku bila adik-adikku pula yang merana, sengsara.

Adikku, 2 orang terjebak dengan d4d4h, seorang mengikut jejak bapaku jadi ketagih s3ks bebas hingga mer0g0l gadis bawah umur. Ibuku semakin tidak sihat mental dan fizikalnya.

Lebih sadis tragis hidupku bila adik lelakiku no 2 dan 3 telah mengaku menjadi mangsa l1wat bapaku sejak dari kecil juga (demi Allah, air mataku keluar masa menaip ini).

Bapaku meliwat dalam semak, rumah kosong, adik aku kata sakit sangat. Berkali-kali, bertahun-tahun. Dia membesar dengan rasa macam nak bunuh bapaku.

Jika aku pilih keluar duduk jauh jadi pelajar universiti, tapi adik-adikku pula pilih untuk keluar dari derita dan kenangan jijik ini dengan mengambil bahan terlarang untuk melupakan.

Hancur hati, jiwaku tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana aku sangat sayangkan ibu dan adik-adikku.

Aku rasa menyesal meninggalkan mereka di saat masing-masing terlalu memerlukan sokongan, adik-adikku juga yang masih mentah, miskin dan serba kekurangan.

Modus sama bapaku guna bila adik-adikku melawan, mengungkit cerita, dibelasah macam binatang (ni ayat jiran aku bagitau) dia pernah serang adik-adikku di padang bola, memalukan di hadapan rakan-rakan dan guru.

Akhirnya adik-adikku kecundang juga. Mereka selalu bagitau, kami tak sekuat kau, Kak Ngah.

Mengimbau zaman remaja, kebetulan aku dikira ada rupa juga. So, dari zaman belajar sampailah kerja, sentiasa ada lelaki yang ingin mendekati.

Tapi aku berazam untuk tidak mahu berkahwin kerana trauma dengan lelaki seperti bapaku. Manusia macam syaitan. Dendam aku pada bapa sentiasa membara.

Aku benci dan meluat bila ada lelaki nak rapat. Aku memilih menjadi gadis bebas, aku memang free hair, s3ksi, suka clubbing (Lillahi taala, aku tidak pernah minum ar4k & s3ks bebas).

Dengan cara sosial macam itu aku harap tiada lelaki yang berkenan nak jadikan aku isteri.

Tapi ketentuan Allah SWT, tiada siapa mampu duga.

Pada usiaku 26 tahun aku disunting menjadi isteri kepada seorang lelaki yang baik budiman, beragama walaupun tidak alim warak, berkerjaya baik, rupa paras elok dan semestinya bujang.

Kami bekenalan tidak sampai 3 bulan sebelum dia datang berjumpa keluargaku.

Aku tak letak harapan apa-apapun, tapi dah dia bersungguh sangat nak kenal, nasiblah, datanglah. Bapaku macam biasalah, dengan kerenah gilanya.

Aku dah memang jangka, suamiku gerenti tukar fikiran bila dah tahu keadaan keluargaku macam tu.

Tapi tak sangka, lain pula yang suamiku buat. Dia terus minta percepatkan pernikahan kami tanpa perlu bertunang. Dia kata nak tolong jaga aku, ibuku dan adik-adikku.

Maka, kami pun berkahwinlah. Ayahku sempat lagi memalukan kami semasa majlis berlangsung dan siap berdrama tak nak benarkan kami menikah, tapi lepas kami janji nak bagi sejumlah duit baru dia setuju.

Majlis di tempat lelaki pun bapaku buat hal sampaikan keluarga suamiku menanggung malu dengan sedara mara mereka.

Sekarang kami hidup bersama lebih 20 tahun dan semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah, bila kita melalui liku hidup yang sangat teruk, Allah berikan juga kemanisan hidup.

Bila aku dah pernah jadi mangsa sumbang mahram, aku jadi lebih prihatin pada keadaan anak-anak, aku ambil tahu semua hal, ajar mereka tentang pengetahuan asas s3ks dan perkara yang berkaitan.

Aku jadi ibu yang sangat melindungi anak-anak. Aku juga menjadi orang yang tidak judgemental, tidak mudah menjatuhkan hukum pada sesiapa.

Bila aku lihat penagih d4d4h, aku rasa sangat kesian, bila aku melihat pel4cur, simpatiku yang amat mendalam, melihat gadis-gadis liar, aku akan berdoa agar hidup mereka ini berubah dengan belas ehsan & kasih sayang Allah.

Alhamdulillah, rezeki memilih suami yang tepat, anak lelakiku seorang bakal tahfiz dan adiknya juga menunjukkan minat yang sama.

Anak-anak lain juga baik, mendengar kata penyejuk jiwa, tiada masalah perilaku mudah-mudahan sampai bila-bila.

Semoga aku dan suamiku sehidup semati bersama. Kalian tolong doakan ye. Aku rasa tak mampu hidup tanpa dia. Dialah kekuatanku selama ini.

Hubungan kami adik beradik masih utuh, aku juga banyak membantu urusan wang ringgit cuma ada adik-adik yang masih mengikut perangai bapa, kaki perempuan, arak dan d4d4h. Semoga adik-adikku berubah dengan izinNya.

Ibuku telah meninggal hampir 10 tahun yang lalu kerana kemurungan dan saat akhir ibuku dalam keadaan tidak berapa waras. Al Fatihah untuk ibuku. Semoga syurga tertinggi buat ibuku tercinta.

Jika aku kurang iman, boleh jadi gila juga memikirkan ketidakadilan yang diterima ibu. Insan mulia yang aku sayangi yang Allah duga dengan segala penderitaan, kesakitan, keuzuran.

Ibu langsung tidak sempat nikmati apa-apa kebaikkan. Waktu susah, ibu yang berjuang, bila kami dah senang sikit, ibu pula Allah ambil dulu.

Bapaku… Alhamdulillah masih panjang usianya dan masih sihat (iyelah tenaga tak guna banyak masa muda), tapi misterinya, dendamku semakin kabur.

Perasaan kesian yang menebal melihat keuzuran dia dan kami adik beradik tetap menjaga kebajikan bapa. Untung sungguh bapaku.

Kami dah ada rezeki, hidup yang agak baik, bapa dapat hidup agak sempurna seperti bapa-bapa lain yang normal.

Hidup ini memang sangat misteri. Mungkin kebahagiaan yang Allah gantikan sekarang buat kami, menjadikan dendam kesumat tu kian menipis.

So, Ayla… Carilah bahagiamu. Jangan nafikan peluang kebahagiaanmu. Kita yang berhak pada diri kita.

Percayalah, masih ada lelaki yang baik di luar sana. Teruskan hidupmu dengan dairi baru. Trauma memang sentiasa ada, memori tidak akan hilang selagi kita bernafas.

Tetapi ingatlah, kita hidup bertuhan, ada Allah SWT.. sekurangnya beri diri kita peluang dulu.. jangan tutup pintu untuk bahagia.

Jika ditakdirkan kita masih tidak bahagia, gagal lagi.. sekurangnya kita lalui kehidupan dengan cerita baru, kisah baru.

Daripada kita terus terpenjara dengan kisah sama yang lalu. Ingat, seumur hidup terlalu lama. Kita bukan tahu mati bila.

Carilah bahagia Ayla.. mungkin suamimu, anak-anakmu yang memberi kebahagiaan. Cuba laah… siapa tahu, yang pasti.. Allah ada dan Maha Mengetahui.

Akhir kata, kepada semua mangsa s3ks, mangsa r0g0l, terutama mangsa sumbang mahram, bangkitlah sayang.

Jika aku boleh peluk, dakap kalian seorang demi seorang, pasti aku lakukan dan akan kubisikkan kata semangat KITA INGIN HIDUP… HIDUP YANG BAHAGIA.

Jangan tutup hatimu dengan trauma pernikahan, mana tahu jika Allah hadirkan pasangan yang dapat memberikan kebahagiaan hingga ke syurga.

Dan sebenarnya kita tak tahu, jika kita tidak diduga dengan trauma sumbang mahram, jadi mangsa r0g0l, mungkin kita diduga dengan pelbagai trauma lain.

Ada orang yang hidup bahagia dari lahir hingga tua, tiba-tiba anak 3 orang meninggal serentak.

Ada orang pula walaupun bukan mangsa sumbang mahram tetapi didera suami sendiri hingga akhir hayat,

Mungkin juga orang yang tidak mengalami trauma diperkosa, tetapi ditipu lelaki demi lelaki hingga menjadi seperti alas kaki dengan kerelaan sendiri.

Mungkin dari kecil kita bahagia, tapi diduga suami curang berz1na sana sini. Ye, begitulah misterinya kehidupan kita. KERANA SYURGA ALLAH ITU TERLALU MAHAL.

Sekian dariku, pesanan kasih sayang sebagai salah seorang mangsa s3ks sumbang mahram kepada semua yang senasib. Aku tahu ramai yang senasib di sini. Banyak kali dah aku baca cuma tak sempat nak buat confession.

So, aku harap tulisanku malam ini benar-benar memberi manfaat. Semoga mangsa senasib bangkitlah, berjuanglah, esok kita tak tahu apa yang terjadi.

Biarlah kita pergi dalam keadaan berjuang dalam kehidupan, daripada kita mati sebelum mati. Sedangkan orang yang kejam, aniaya kita hidup bahagia saje.

– Lenny (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *