Assalamualaikum. Saya umur akhir 40 an. Anak 6. Berpendidikan dan pernah berkerjaya baik kemudian berniaga hampir 20 tahun. Tinggal bandar besar.
Saya terpanggil untuk reply confession, (https://iiumc.com/isteri-aku/).
Saya melihat dari sudut pandangan seorang wanita dan ibu. Sedih.
Saya berkahwin saat kami tidak punya apa apa hatta kereta atau motor pun. Sama menyewa sendiri tidak tumpang rumah mak ayah. Suami berkahwin dengan saya dalam keadaan saya berkerjaya gaji lebih dari suami. Masuk anak ke 3 saya berhenti kerja atas niat memberi tumpuan anak membesar dengan baik.
Awal perkahwinan kami tidak ada knowledge pasal family planning. Apa masuk anak ke 3 saya mula rasa hectic dengan kerja, urusan rumah anak dll. Anak anak saya gap setahun dan dua tahun. Sangat penat. Adegan bergaduh sebab penat itu biasa. Tapi suami banyak mengalah.
Ketika saya buat keputusan untuk berhenti, suami saya tak menghalang. Sebaliknya saya plan dengan baik proses berhenti saya dan memulakan berkerja dari rumah.
Setahun pertama kewangan kami tidak stabil dan bergantung sepenuhnya kewangan suami tapi usaha saya tidak henti, saya mahu keluarga kami capai tahap keselesaan. Hingga bisnes saya mencapai 1 titik, saya mampu hire staf, ada premis sendiri dan ada cawangan.
Dalam tempoh 20 tahun kewangan keluarga kami agak stabil. Saya tidak berkira dengan suami sebagai balasan mengizinkan saya buat apa yang saya nak capai.
Berkerja sendiri beri peluang kepada suami untuk climb career dengan baik kerana urusan sakit demam, sekolah, makan minum anak semua saya uruskan. Pendek kata suami hanya tekan minyak kereta waktu pagi tanpa perlu risau susah hal anak pun.
Anak demam dia boleh pergi kerja, anak sekolah saya uruskan, balik dia dah ada makanan. Cuma malam ada masa dia kena hantar anak ke tuisyen atau sesekali bercuti untuk urusan PIBG dan daftar anak sekolah. Usahasama ini saya dapat capai dlm bisnes dan suami dapat capai tahap karier yang baik.
Duit gajinya dia serah pada saya 90% untuk urusan billing dan semua. 10% untuk kegunaannya sendiri dari awal kahwin. Jika tak cukup saya akan topup. Itulah berterusan selama 20 tahun. Hingga kami mampu beli berbiji rumah, tanah dan berbiji kereta, travel luar negara.
Beberapa tahun ini, saya memilih untuk mute berniaga kerana tanggungjawap menjaga ibubapa yang semakin uzur plus waktu itu anak anak sudah semakin besar jadi saya tumpu pada hal belajar anak anak pula. Saya juga ingin mencari kualiti hidup saya dengan perbanyakkan amal ibadat.
100% kini perbelanjaan keluarga atas suami. Alhamdulillah saya berjaya selesaikan semua hutang hutang saya sebelum ambil keputusan mute berniaga. Jadi suami menanggung urusan anak anak belajar dan nafkah asas runah. Lebih2 jika ada saya pakai duit saya sendiri.
Berniaga secara aktif seperti orang berkerja setiap hari selama 20 tahun ni buat saya sangat penat untuk memikirkan macam hal.
Sekarang saya betul2 mute. Mute bermaksud saya mahu refresh seketika untuk support urusan anak belajar hingga semua berdikari barulah mungkin saya bantu set up kan semua bisnes untuk anak anak pula.
Alhamdulillah 4 orang anak saya berjaya masuk IPT. Tinggal 2 orang saja lagi sedang saya pantau sendiri hal sekolah, homework, mengajar anak, hantar pergi sekolah, tuisyen setiap hari.
Suami saya tidak pernah bunyi samada saya hendak kerja tetap, berniaga atau duduk saja di rumah. Asalkan urusan anak beres.
Ketika anak masih sekolah kerja rumah mmg tidak sepenuhnya dapat saya buat jadi saya pilih2 kerja yang penting spt bersihkan rumah dan masak. Urusan lipat kain ke.
Saya pakai kaedah longgok dalam raga dan orgnize kan saja ikut nama. Even saya tidak cukup masa, saya amalkan organizing, bagi saya kaedah ini memudahkan kehidupan kita yang anak ramai.
Suami bukan pandai berkemas tapi saya pastikan organizing setiap inci rumah membolehkan kehidupan kami tidak huru hara. Ambil barang letak semula di rumahnya. Semua barang2 kami ada rumahnya. Sekecil barang hatta stokin, ketip kuku dan brooch.
Apabila saya mampu hire maid barulah urusan kemas rumah saya lepaskan pada maid dan urusan dapur saja saya buat. Tapi hal anak tidak juga kurang bebannya dari pagi sampai ke malam.
Suami saya jenis makan di rumah. Jadi setiap hari sesimple mungkin lauk saya akan cuba masak. Tapi dia tidak cerewet bab makan dan kain baju. Dia juga tidak berbunyi jika ada masa rumah bersepah. Dia akan bantu mana yang patut.
Malam adalah waktu anak dengan suami. Jadi suami akan jaga anak tidurkan anak. Saya boleh rehat dan buat apa saya nak. Mungkin dia sudah tahu seharian saya dengan anak maka malam dia ambil alih.
Apa yang nak saya sampaikan pada TT. Perkahwinan ni adalah perjuangan suami isteri untuk majukan keluarga, kemenjadian anak anak bukan setakat hal pelajaran tapi juga perangai yang elok. Bukannya berkisar penat dan penat. Siapa kata jaga keluarga tidak penat.
Ada masa kami kena tidur dalam kereta untuk tunggu anak dari tuisyen sebab penat berkerja seharian. Ada masa anak sakit tidak tidur malam. Sama. Urusan anak bergilir2 tidak habis setiap hari. Menangis burn out sudah biasa. Bergaduh sebab penat pun biasa.
Tapi dalam perkahwinan ni kita kena sering melihat sisi kebaikan pengorbanan pasangan kita. Maka akan hadirlah rasa bersyukur dengan pasangan kita.
Di kala anak anak semakin membesar terutamanya anak lelaki, saya selalu sebut. Urusan rumahtangga orang laki perlu menjadi hero. Sediakan secukupnya hingga isteri hanya perlu topup saja bukannya mengharapkan isteri. Suami yang gigih mencukupkan rezeki keluarga maka rezeki itu akan hadir sepenuhnya dari dia bukan dari isteri.
Alhamdulillah anak anak lelaki saya faham dan mereka sering menyebut pada saya. Jika mampu hanya minta si isteri duduk rumah uruskan anak. Biarlah dia yang berkerja untuk sara keluarga.
Maka sebagai ibu yang sudah ada pengalaman getir hidup di bandar besar saya syorkan mereka berkerja dan berniagalah sebagai income sampingan. Dan rancanglah family dengan baik. Maka kamu suami isteri kurang terbeban.
Anak anak lelaki saya ada masih belajar tapi sudah ada bisnes sendiri. Saya bagi modal kecilan dan hanya sikit guidance. Depalah biakkan duitnya. Saya bagi mereka rasa susah dari bawah. Susahnya jadi orang laki.
Kurang rehat, kurang tidur. Itulah sifat orang laki melindungi dan menjaga keluarga. Jika lelaki tidak pandai menjaga keluarga mudahlah baginya membuang isteri dan anak. Lelaki jenis ini akan mudah menyalahkan anak isteri dek kegagalannya sendiri.
Wanita akan malang bersuamikan laki yang akalnya pendek tapi nafsunya besar. Kerja nak mudah tak nak penat tapi nak hidup senang. Jauh sangat sifirnya orang berjaya.
Saya tidak galakkan anak anak leka dengan games. Gaming harini jangan kata release tension, tak lebih dari menjadi selfish dan buang masa. Selfish untuk berkorban pada keluarga sebaliknya tegar melayan hobi diri sendiri di alam maya. Anak anak terabai.
Dari kamu main games baik kamu pergi belajar menanam atau pergi berniaga tepi jalan. Itu saya bagitau anak anak. Saya mencantas habit keterlaluan dengan gaming sejak mereka di sekolah menengah. Jangan mula kan hidup kamu dengan benda yang menghabiskan masa sia-sia.
Masa adalah perkara penting harus kita isi dengan perkara yang kualiti. Cari duit dengan gaming? Silalah dan tengok berapa ramai yang menang dalam perkahwinan atas dasar sara dengan gaming.
Balik pada isu TT, lelaki perlu lead rumahtangga bukan harapkan isteri nak nak hal nafkah asas dalam rumahtangga. Jangan mengharapkan isteri maka rezeki kamu akan tak cukup sampai bila-bila. Niat dan usaha gigih biarlah nafkah asas dlm rumah adalah dari kita orang lelaki.
Sebelum pasang niat berkahwin bersungguh2lah niat untuk menyara keluarga bukan sebab tengok bakal kita ada kerja maka kita semudahnya fikir aku boleh tumpang senang.
Tak semudah itu..
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Well said sis! (Clap3x)
Beli setiap ahli keluarga itu meletakkan hak Allah pada tempatnya, akan bertambahlah keberkatan dalam rumahtangga.
Berkat ni apa? Berkat tu adalah kebaikan yang bercambah2. Ketenangan. Kasih sayang. Keharmonian. Kewangan. Kelapangan melakukan ibadah. Segala2 yang dinamakan rezeki yang semakin bercambah dan membiak.
Harap confessor isteri aku tu amek iktibar dari sharing sis.
Tapi yang confession sebelum ni Mai part 2 backup diri la pulak hahahaha
Moga-moga kita ber besan ye sis, pandai awak didik anak laki awak.
Wah ada juga ya wanita mcm akak ni zaman la. Pasti untung suami dan anak² akak ada isteri dan ibu yg bertanggungjawab dan mementingkan urusan keluarga.