Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca IIUM Confession..
Biasanya saya jadi silent reader saja namun terpanggil untuk memberi respon kepada luahan Pn. Siti, (https://iiumc.com/penat-jadi-isteri1/).
Confession itu berkenaan kepenatan beliau menjalani kehidupan sebagai seorang Isteri yang pada saya kalau gagal diurus dengan baik Bakal merencatkan keutuhan sebuah institusi Keluarga.
Ya betul tugasan di rumah perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak BUKAN diserahkan bulat-bulat kepada seorang Isteri.
Walaupun Isteri itu Surirumah sepenuh masa, dia berhak mendapatkan “me time”
Dan semestinya suami sebagai ketua Keluarga perlu memainkan peranan dan sama-sama melaksanakan urusan kerja di rumah.
Alah kau tak alami semua tu senanglah cakap… ayat yang biasa kita dengar, namun bagi saya sebagai suami dan ayah kepada 4 orang anak kecil yang dilahirkan selang setahun, cabaran mengurus rumah tangga memang diakui mencabar..
Saya dan Isteri sama-sama bekerja sepenuh masa dan kami memang menyediakan makanan untuk sarapan, makanan tengahari dan petang sebelum keluar bekerja.
Untuk urusan penjagaan anak-anak kami memang mengambil pekerja menjaga anak dan selebihnya hanya urusan kerja-kerja rumah yang sangat minima.
Ini bermaksud pekerja kami tidak bertanggungjawab menyediakan makanan waima kamilah yang menyediakan makanan untuk penjaga anak kami.
Ok berbalik kepada tugasan di rumah.. siapa yang lebih dominan menguruskan kerja-kerja di rumah?
Saya boleh katakan ianya setara. Tiada jadual yang tetap tapi masing-masing kena lebih peka dan komited untuk menguruskan semua kerja-kerja rumah.
Adakalanya saya akan bangun memasak seawal jam 4 pagi dan Isteri pula menguruskan anak-anak yang akan bersekolah dan begitulah sebaliknya kami berganti tugas.
Atas kesefahaman bersama, kami masih mampu menyediakan sarapan dan makanan tengahari hampir setiap hari bekerja untuk bekalan saya dan juga anak-anak di sekolah.
Sebagai suami, saya rasakan perlu untuk kita lebih ringan tulang dalam menguruskan kerja-kerja rumah.
Saya tidak kekok untuk menjemur dan melipat pakaian, walhal saya sendiri akan mengiron pakaian kerja dan anak-anak sendiri.
Suami kena lebih faham kerana tugasan rumah bukanlah hak mutlak seorang isteri. Ianya tugasan bersama.
Tolonglah lebih memahami Isteri juga sama penatnya dengan ANDA walaupun dia seorang Suri rumah.
Bukan mudah menguruskan kerja-kerja rumah. Jadi kenalah lebih faham dan emphatic. Rumah tangga akan lebih teratur dan lebih bahagian bila kita bekerjasama…
Saya doakan semua pasangan dikurniakan rasa berkasih sayang kerana Allah…. hargai Isteri ANDA…
– Mr. H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit