Semalam saya terbaca confession ‘Isteri Undur Diri’, (https://iiumc.com/isteri-undur-diri/).
Saya pernah berada di situasi tu. Lelaki yang saya cintai dari universiti lebih mencintai keluarga dia.
Mula tu saya tak kisah. Saya faham tanggungjawab dia sebagai anak lelaki harus utamakan mak dan abah dia.
Bekas suami enam beradik. Anak ketiga, tapi mak ayah dia lebih suka duduk rumah kami berbanding adik-beradik lain.
Kalau mak abah dia ja saya tak kisah. Kemudian adik lelaki dia datang duduk sekali konon dapat kolej negeri ni.
Mak ayah dia kata buat apa nak bazir duit sewa, duduk ja rumah abang. Saya masih bersabar.
Kemudian kakak dia sorang bercerai, lari ke sini kononnya bekas suami gila talak, takut bekas suami datang mengamuk. Dia dengan anak-anak dia, empat orang.
Terlalu banyak drama yang saya nak tulis. Perit dan rumit untuk dirungkai. Sebab macam-macam masalah timbul selepas itu.
Hal makan la, kain baju la, bil la. Ya Allah, sesak dada saya… Semuanya dihembur kat saya.
Perbincangan dengan bekas suami tak membuahkan hasil. Akhirnya saya nekad bercerai sebab mental saya burn.
Masa tu kami ada anak tiga orang. Bekas suami memang tak nak lepaskan.
Kami masing-masing saling menyayangi satu sama lain. Tapi berada dengan keluarga dia saya dah tak sanggup.
Kakak ipar dengan mak mertua seolah-olah dah ada geng nak mengutuk saya. Saya bekerja masa tu. Setiap masa nak cari salah saya.
Sampai ke bilik tidur saya, diorang masuk. Suami seolah-olah membutakan mata, memekakkan telinga.
Bagi diorang, tu rumah anak lelaki diorang. So saya tak ada hak bercakap. Diorang ada segala hak selagi suami saya tak bersuara.
Masih saya ingat, ketika isu cerai tu timbul, family dia menggalakkan ja. Langsung tak pujuk kami untuk berbaik.
Saya selalu cakap dengan suami, “Keluarga awak sedang menggunakan awak ja.”
Tu belum lagi isu anak-anak bekas kak ipar asyik bergaduh dengan anak saya. Curi barang dan sebagainya.
Macam-macam ragam… Saya keluar dari rumah bawa anak-anak. Prosiding mahkamah, berkali-kali dia tak hadir.
Sengaja nak menyusahkan saya. Mengikat saya. Memang dia pujuk saya.
Tapi saya minta utamakan perasaan saya, dia macam buntu. Dia suruh saya bersabar. Lama mana nak sabar?
Last-last hakim sendiri jatuhkan talak. Meroyan dia tak habis sampai sekarang.
Kalau tak ada anak, senang la. Tapi anak-anak masih jadi pengikat kami.
Lepas bercerai dia kerap juga datang rumah saya guna alasan anak-anak. Anak sulung saya perempuan, agak rapat dengan dia.
Demi anak, banyak saya mengalah. Banyak kali dia pujuk saya untuk berdamai.
Jujurnya perasaan sayang tu masih ada ja… Sebab masalah bukan antara kami, tapi kerana keluarga dia.
Tapi dia tak mampu handle masalah ni dan tak nak dengar pandangan saya.
Bila tengok kekerasan saya, lepas tu dia cakap ok dia cari rumah. Cuma dia tak nak keluarga dia tahu kami dah rujuk.
Saya kata ok. Tapi lepas tu keluarga dia dapat tahu juga. Sebab dia jarang balik la, apa la.
Masa tu baru saya sedar, keluarga dia tak pernah suka saya pun. Sampai keluarga dia paksa dia untuk ceraikan saya.
Akhirnya dia sendiri yang lafaz talak ya. Masa tu memang mati terus perasaan saya pada dia.
Rasa hinanya saya di mata dia… Perasaan saya langsung tak ada nilai di mata dia.
Lelaki yang saya sangat cintai, langsung tak pertahankan harga diri dan maruah saya.
Dia memang nampak menyesal dan helpless sangat. Tapi kalau saya asyik kesian kat dia ja, siapa nak kesian kat saya?
Saya mulakan hidup baru dengan anak-anak jauh dari dia dan keluarga. Saya kata seminggu dua kali kalau nak jumpa anak, datang rumah kakak saya.
Tapi saya tahu dia bukan nak jumpa anak sangat pun… Dia sebenarnya nak jumpa saya nak pujuk saya balik.
Mungkin sekali dua saya berkorban jiwa raga untuk dia… Tapi lepas tu benda tu tak akan berlaku lagi. Cukup la sekali dua saya jadi bodoh.
Lama-lama dia macam boleh terima dah keadaan tu. Ibarat macam kawan-kawan. Dia dah mula pujuk anak bercuti sana sini ajak saya sekali.
Anak perempuan saya pandai bercakap, pandai memujuk macam bapak dia.
Akhirnya saya kalah dengan anak-anak. Sebab kalau saya tak pergi, anak kata tak nak pergi. Konon nak babah dengan umi ada. Baru pelengkap keluarga katanya.
Saya ikut untuk bercuti dan makan-makan ja la. Kalau nak kembali ke hidup dia saya memang tak nak.
Dia pandai, dia gunakan anak sulung untuk pujuk saya.
Saya bagitau kat anak saya, “Dah lupa apa keluarga babah buat?”
“Umi boleh hidup semula dengan babah kalau babah utamakan hidup dia untuk kita. Bukan untuk keluarga dia semata.”
Saya kata kat anak, “Babah sekali pun tak pernah pertahankan maruah umi depan keluarga dia. Macam mana umi nak percaya babah lagi.”
Akhirnya suami kalah kat situ. Sebab dia mana boleh tinggal keluarga dia. Dia sekarang ni provider tau untuk family dia.
Macam-macam diorang brainwash dia. Lepas tu suami macam boleh terima dah saya tak nak dia. Mungkin dia ingat satu hari saya berubah.
Ya, saya memang berubah… Berubah untuk lelaki lain. Saya memang ingat nak kekal single macam ni ja. Sebab banyak sangat trauma yang saya lalui dari keluarga bekas suami.
Tapi hati manusia Allah juga yang pegang. Jodoh ajal Tuhan dah tentukan.
Saya dah tersuka dengan lelaki kat tempat kerja saya.
Dia bujang. Muda saya beberapa tahun. Tapi dia sangat baik. Lama dia sabar tunggu saya.
Dia pandai ambil hati anak-anak. Anak dah pun rapat dengan dia.
Sebab bekas suami dah kerja macam orang gila nak bela keluarga dia. Anak pun tak sempat dijumpanya.
Saya bagitau anak-anak jangan bagitau babah yang umi nak kahwin. Anak-anak sepakat time tu.
Tapi pun memang dekat tarikh bekas suami tak ada contact nak jumpa anak pun.
Saya ada dengar cerita family dia pun carikan jodoh untuk dia. Saya just doakan yang terbaik ja la.
Seminggu lepas saya kahwin, bekas suami dapat tahu. Meroyan macam orang gila.
Datang mengamuk depan rumah. Lepas tu fitnah suami saya kata dia rosakkan rumah tangga la apa la.
Sampai ramai orang masuk campur. Suami tak dapat move on sampai sekarang.
Dan macam orang gila… Sampaikan dia pergi mengamuk dekat keluarga dia, kata keluarga dia punca rumah tangga dia rosak.
Mak dia sendiri call minta maaf kat saya ye. Tapi apa guna, semuanya dah terlambat.
Bekas suami pulak asyik merayu suruh saya bercerai dengan suami sekarang.
Suami sekarang agak pendiam. Tapi saya tahu dia banyak makan hati juga.
Sampai bekas suami kata dia risau anak perempuan tinggal dengan suami sekarang. Kononnya risau dia buat apa-apa. Jahat sangat tuduhan dia.
Saya cakap, “Kalau gitu, awak ambik la anak awak kalau diorang nak.” Makin kuat dia meroyan.
Kata-kata dia sangat kasar. Dia kata saya tak sayang anak la. Gila batak la. Kemaruk cinta laki muda la.
Anak pun dihasut-hasutnya. Jujurnya saya sangat tertekan masa tu. Dia nak buat apa saja supaya saya stress.
Kejap dia ambik anak, kejap hantar balik, kejap maki hamun saya. Ibarat orang tak waras kelakuan dia.
Sampai anak pun dah takut dengan dia. Tak nak jumpa dia dah. Tapi meroyan dia masih tak habis-habis.
Kami dah pindah tempat baru. Harapnya dia tak tahu la kami ke mana since anak pun takut dengan dia. So saya cuba pertahankan anak sekarang ni.
Hari tu dia pukul anak perempuan saya yang dia sayang sangat tu hanya kerana anak perempuan saya call ayah tiri dia. Nak kata punya gila dia ni.
Saya dah buat report. Keluarga dia masuk campur. Saya kata jangan kacau kami lagi la.
Cuma suami sekarang la macam agak terasa hati dengan apa saya pun tak tahu la.
Asyik dia tanya ja, “Kalau awak sayang dia, tak apa la saya undur diri.”
Baru selesai satu masalah. Dah nak mula masalah baru ke… Ya Allah, letihnya.
Sedangkan berkali-kali dah cakap, walau saya mati pun saya tak akan balik pada dia dah.
Tapi orang lelaki ni kenapalah susah sangat nak faham…
– Umi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit