REPLY: Jangan Halang Ibu Atau Ayah Kahwin Lagi

Reply, (https://iiumc.com/wahai-anak-jangan-halang-ibu-ayah-kahwin-lagi/).

Ringkas saja pasal aku. Aku Kaknor, 37 anak sulung kematian mak. Mak meninggal 6 tahun sudah. Sekarang ayah aku 60, dah dua tahun pencen. Bawah aku ada lagi 2 adik.

Aku dah lama kahwin, semua anak2 aku dah besar. 2 adik aku satu lelaki dah kahwin dan yang bongsu perempuan belum kahwin lagi.

Ayah tidak kahwin sampai sekarang kerana nak jaga hati adik bongsu aku yang tidak membenarkan ayah kahwin lagi. Adik bongsu aku umur lebih kurang bakal anak tiri tt 33.

Kami yang lain tak kisah kalau ayah nak kahwin lagi sebab masing2 sibuk dengan keluarga dan kerja. Tapi tu la, adik aku menyinga bila ayah sembang pasal nak kahwin.

Sekarang, ayah aku sudah tidak bersuara lagi untuk berkahwin kerana sibongsu sentiasa menentang kehendaknya. Aku macam tertanya2 jugak lah, kenapa ayah dah tidak macam dulu.

Dulu pantang bila kami berkumpul, ada2 saja yang ayah bualkan. Bercerita pasal nak kahwin. Tapi tak pernah menjadi kerana sentiasa dihalang oleh si bongsu.

Pada satu hari, aku terpaksa ambil cuti kecemasan kerana nak jaga ayah yang tidak sihat kerana ayah terjatuh dalam bilik air. Kami adik beradik bergilir2 mengambil cuti untuk menjaga ayah, menjaga makan, pakai dan ubat2an ayah.

Memang penat tapi kami tiada pilihan sebab tak ada orang yang akan jaga ayah. Ayah tinggal berdua dengan adik bongsu, adik bongsu kerja tapi bila balik ke rumah selalu menghabiskan masa dalam bilik.

Nak dijadikan cerita, semasa ayah sedang nyenyak tidur, aku buka handphone ayah. Sebelum ni usahkan nak buka handphone ayah, sentuh pun aku tak pernah.

Bila aku buka whatsup ayah………. mengucap panjang aku wehhh. Ehhh betulkah ini ayah aku? Satu persatu aku baca perbualan ayah dengan ramai wanita.

Untuk pengetahuan semua, ayah aku ni orang masjid. Kalau satu hari ayah aku tidak ke masjid, orang akan tertanya2 ke manakah ayah aku. Ya Allah. Ujian apakah yang Allah nak tunjuk kepada aku ini.

Allah. Allah. Allah. Memang aku diluar jangka. Takkanlah ayah aku seteruk ini. Ayah aku jemaah tetap masjid kot. Ayah aku.. ayah aku… Aku tak tahu nak taip apa ni. Sungguh aku terkejut waktu itu.

Pasti ayah ada join sesuatu aplikasi tapi aku tak pasti aplikasi apa. Sebab terlampau ramai perempuan yang ayah aku berbalas2 message.

Ayahku setiap hari ulang alik dari rumah ke masjid berdekatan, tak mungkin ayah berjumpa dengan ramai perempuan. Tetapi sangat ramai stock perempuan ayah yang ayah message..

Aku scroll satu2 perbualan ayah dengan teman2 wanitanya. Ya Allah benarkah ini perbualan ayah aku. Aku rasa malu nak terus baca. Ayah aku yang terlebih menggatal. Sangat2 gatal bagi aku.

Ada perempuan yang melayan. Ada yang marah2 cakap ayah aku tak padan dengan tua tapi ulat bulu.

Aku sebagai anak perempuan ayah rasa macam tak sanggup nak pandang wajah ayah aku.

Perempuan2 yang berhubung dengan ayah ada bermacam2 peringkat umur. Ada yang lebih muda dari aku. Ada yang sebaya aku. Ada yang makcik2. Semua ayah aku layan.

Perbualan ayah aku sangat meloyakan. Tidak sesuai untuk orang setua ayah. Rupa2nya aku yang dah hidup selama 37 tahun, aku sendiri tidak betul2 kenal dengan ayah aku.

Aku malu nak bagitahu sesiapa lebih2 lagi suami aku dan adik bongsu aku. Aku hanya bagitahu adik lelaki aku kerana adik aku yang ini jenis bersifat terbuka dan memahami.

Kami berdua berbincang. Kami putuskan ayah mesti kahwin bila ayah sudah sihat nanti untuk mengelakkan keadaan ayah berlarutan hidup di alam fantasi dengan perempuan2 yang dia berhubung.

Berbalik kepada adik bongsu aku yang menjadi punca kenapa ayah aku tak kahwin sampai sekarang. Aku rasa jodoh adik pun menjadi sempit kerana sentiasa menghalang ayah kahwin.

Kalau pembaca semua kata kerana jodoh belum sampai lagi, itu memang betul jodoh belum ada. Tapi kita kena berdoa. 

Sebagai anak, sanggup ke tengok ayah hidup macam ni. Mana lebih baik jika ayah kahwin, ada isteri dari dibiar hanyut bercakap yang bukan2 dengan perempuan2 di dalam talian.

Yang paling aku tidak boleh terima apabila ayah aku minta nak tengok t***k. Malu aku. Aku malu…. Sungguh aku malu. Kenapa ayah aku. Kenapa yang berperangai macam ni adalah ayah aku. Kenapa.

Bila aku baca confession yang dihantar oleh Mama, aku tidak menyokong anak yang menghalang orang tuanya berkahwin.

Tak kira la anak itu ngam atau tidak dengan bakal mak tiri, bagi aku asal ayah aku suka, asal ayah aku sanggup terima bakal isteri dia,

Dan di sebelah pihak bakal isteri ayah pula sanggup terima ayah bukan kerana paksa, aku tetap sokong ayah aku kahwin. Kerana yang nak hidup bersama, tidur sekatil dengan ayah adalah isterinya. Bukan kami adik beradik.

Aku sebagai kakak yang ada adik yang susah nak dengar nasihat, yang kena ikut kepala dia aje, aku sangat faham apa yang penulis nak sampaikan.

Pakcik itu masih beruntung kerana ada perempuan yang nak terima dia walaupun tau keadaan anak pakcik tu macam tu, lebih kurang macam perangai adik bongsu aku. 

Tapi aku rasa lebih teruk adik aku lagi lah. Selama ini kami tidak pernah menyelami hati dan perasaan ayah.

Aku ni tak tau apa lagi yang ingin ditulis tapi dalam kepala aku ni berkecamuk. Antara ayah yang aku baru tau sifat ‘liar’ dia di talian dan adik yang langsung tak nak terima mak baru, aku sangat2 buntu.

Jalan terbaik untuk masalah ayah, ayah mesti ada isteri. Iye… ayah mesti kahwin!

Semoga ada perempuan yang sudi terima ayah. Kalau isteri ayah tidak ingin tinggal di rumah ayah pun, aku sangat faham.

Selagi adik aku belum kahwin dan masih tinggal bersama ayah, selagi itulah isteri ayah tidak akan aman damai hidupnya sekiranya tinggal di rumah itu. Hanya aku yang kenal adik aku.

– Kaknor malu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *