REPLY: Jodoh atau Bodoh

Terima kasih kepada admin yang meluluskan post ini. Sebaik sahaja membaca post jodoh atau bodoh (https://iiumc.com/jodoh-atau-bodoh/), saya mampu tersenyum sendiri kerana kagum dengan pemikiran dalam mimpi akak (confessor lagi tua dari saya).

Saya (20an) sudah mempunyai kerjaya di luar negara (muslim kurang dari 1%) dan telah mempunyai ‘rakan istimewa’ yang non muslim.

Dengan kata lain, hidup saya sekarang adalah impian akak confessor. Maklumat tambahan, di syarikat saya, saya satu-satunya perempuan muslim dan saya tinggal bersendiran di rumah sewa yang selesa.

Kepada akak confessor, jangan menganggap apabila kita berhijrah ke luar Negara, rakyat tempatan akan menyambut kita dengan senyuman.

Lebih-lebih lagi imej islam yang tercemar dengan terrorist. Mereka akan lebih selesa untuk bergaul dengan sesama mereka dan kebanyakkannya akan pulaukan orang luar.

Akak boleh lihat di Malaysia sendiri pon berapa kerat yang sanggup berkawan baik dengan Bangladesh dan melayani mereka seperti rakyat Malaysia.

Berapa kerat yang bergaul dengan Bangladesh di luar waktu kerja. Cuba akak letakkan diri akak di tempat Bangladesh tersebut dan fikir mampu ke akak menghadapi masalah tersebut.

Saya sangat beruntung kerana saya dilayan sangat baik oleh semua pekerja. Saya pernah menanyakan coworkers sebab kenapa saya dilayan baik seperti warganegara tak macam rakan-rakan saya di syarikat lain.

Ada yang menyatakan dia senang dengan sifat extrovert saya dan ada yang memberitahu saya seorang yang cute jadi mereka nak berkawan baik. Saya tak menafikan dengan fizikal dan suara saya, saya memang boleh dikategorikan cute di Negara ini.

Kepada akak confessor, cabaran Beragama islam di Negara minoriti muslim sangat besar. Syaitan disini tak sama dengan syaitan di Malaysia.

Di Malaysia, ada azan berkumandang, di sekeliling kita ada wanita yang memakai hijab, buka televisyen ada ceramah agama, dengan sendiri kita tertarbiah dengan agama islam.

Disini, Orang disekeliling saya memujuk supaya melanggar agama islam dan menjadi seperti mereka. Memujuk saya membuang tudung kerana kesian melihat saya berpeluh semasa musim panas.

Bila saya menyatakan sebab memakai tudung(tak mahu lelaki melihat rambut saya), mereka memberi alasan yang mereka sudah biasa melihat rambut perempuan. Assistant manager A pernah mengajak saya minum arak dan makan b*b* (dia mahu belanja),

Bila saya menolak berlaku lah perdebatan agama. Manager menghulurkan arak 0% alcohol dengan alasan 0% alcohol jadi saya boleh minum.assistant manager B pernah bawa saya ke bahagian arak dan menyuruh saya memilih arak mana yang saya mahu dia nak belanja.

Ini tak masuk lagi apabila bulan puasa, ramai yang memujuk supaya saya berbuka puasa kerana kesian melihat saya keletihan. Pernah juga jiran memasak 1 periuk besar b*b* dan dihidangkan depan saya.

Rakan peredmpuan memberitahu saya akan kelihatan lagi cantik bila saya free hair. Tipu kalau saya menyatakan saya tak terfikir untuk menjadi seperti mereka. Hanya saya bersendirian disini dengan peraturan islam.

Kalau akak di tempat saya dengan kebebasan untuk membuat apa sahaja, mampukah akak nak mempertahankan agama islam? Mungkin akak mampu sebab akak menyatakan akak kuat pegangan agama.

Kepada akak confessor, mengajak non muslim untuk memeluk islam sangat susah berbanding mentarbiah orang muslim yang tak mengikuti ajaran islam. Orang muslim (terutama di Malaysia) akan terdedah dengan ajaran islam dari sekeliling.

Non muslim di Negara non muslim hanya terdedah dengan islam dari media social jadi mereka mengganggap islam ini agama menindas wanita (lelaki boleh berkahwin empat dan ada Negara islam tak benarkan perempuan bekerja dan belajar) dan penuh dengan kekerasan (isis).

Mereka tak faham agama, mereka menggangap agama ini perkara yang lapuk dan menyusahkan. Bukan mudah untuk mereka memeluk agama islam hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita islam.

Bukan mudah untuk mereka nak meninggalkan arak judi and melakukan solat 5waktu dan berpuasa hanya kerana memeluk agama islam.

Silap-silap pasangan dia yang islam akan meniggalkan islam dan mengikuti budaya dia. Ini tak masuk lagi halangan dari keluarga, kekurangan pendakwah islam untuk membimbing dan sebagainya.

Akak ada menyatakan lelaki luar mempunyai pemikiran yang supportive terhadap wife. Pada pendapat saya, Pemikiran akak kurang tepat.

Saya ada coworker perempuan yang berhenti kerja selepas berkahwin dan ada sahaja cowoker lelaki yang tak supportive terhadap wife, yang cheating dan melepaskan tanggungjawab kat rumah 100% kepada isteri.

Ini sifat individu. Sekiranya akak nak kahwin dengan lelaki luar atas alasan lelaki melayu tak support career wife, akak silap. Ada sahaja lelaki melayu yang baik, yang support wife dan siap boleh mampu membimbing wife ke jannah lagi.

Untuk pengetahuan akak, saya tak pernah terfikir untuk mempunyai hubungan istimewa dengan non muslim. Tanggungjawab mendidik, membimbing mereka sangat besar. Tersilap langkah boleh membuatkan mereka lari daripada islam.

Terlalu sayang kepada mereka boleh membuatkan saya melanggar ajaran islam. Saya harap dengan post ini akak akan buka mata melihat reality.

Dunia sebenar bukannya novel cintan cintun. Sekiranya saya bercerita kenapa teman istimewa saya non muslim, post ini akan menjadi lebih panjang. Jadi sampai disini sahaja.

– Kimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *