Assalamualaikum readers dan Sis Dayang Senandung, (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/).
Korang sihat ke tu? Semoga didalam rahmat Allah selalu. Aku terpanggil untuk reply confession Sis Dayang Senandung sebab aku pernah rasa apa yang sis ni rasakan.
Alhamdulillah aku dah hampir setahun berkahwin. Dah ada anak sorang pun. Usia pun dah lewat 20an. Bila baca confession sis memang aku terus teringat situasi aku dulu sebelum berkahwin. Oh ya suami aku ni pun orang yang kenalkan.
Alhmdulillah aku bersyukur sebab walaupun perkenalan singkat tapi dia kiriman Allah yang terbaik untuk aku. Masa pertama kali jumpa dia memang terus nk ke fasa seterusnya. Dia memang serius nk berumahtangga waktu ni.
Sis, aku juga tak lawa. bmi 40. Boleh bayang tak berat aku berapa? Hahaha. Kerja aku pun sebelum ni cikai sangat. Orang jeling saja. Aku kerja jadi pembantu kedai makan saja. Penampilan memang hauk habis. Muka tak payah cakap lah berminyak kulit tak sekata.
Gigi tak rapat. Kulit sawi matang. Pakaian tak up to date. Harta tak ada. Apa lagi eh? Ni aku bukan auta tau. Tapi betul2 inilah aku sebelum aku berubah perlahan2 lepas bertunang dengan suami aku.
Sis, dulu aku selalu berangan nak kawen dengan orang yang aku puja. Aku ada sorang crush ni. Memang kacak dan orang senang. Aku punya suka dia smpai setiap kali solat aku selitkan nama dia untuk berjodohan dengan aku.
Dan aku juga berdoa andai kata aku tak dijodohkan dengan dia, aku mohon Allah jodohkan aku dengan orang yang sayang aku dan terima aku seadanya. Kalau dia bahagia aku jugak nak bahagia. Tapi itulah mana dia nak pandang perempuan selekeh mcm aku.
Setiap kali waktu mustajab untuk berdoa aku tak lupa untuk berdoa. Sebab aku dah mula takut kalau tak kawen walaupun masa tu mostly kawan rapat aku ada yang masih tak kawen. Mak aku pun bising siap suruh masuk laman web cari jodoh. Ehh aku buat tau. sebab itu salah satu usaha aku.
Tapi hampeh juga. Tak ada yang pandang. Tapi aku masih tak berhenti berdoa. Biarlah aku nak minta juga dengan Allah supaya aku dimudahkan bertemu jodoh. Tak ada istilah paksa Allah sebab Allah sangat suka kita meminta minta dengannya.
Sebab aku tahu nak berkenalan untuk betul betul kenal sampai ke jinjang pelamin tu memerlukan waktu yang cukup sebelum kenal diri msing2. Waktu berdoa tu juga aku selalu bagitahu Allah nak pasangan yang macam.
Contoh aku nak pasangan yang tak tinggal solat, sayang aku, terima aku seadaannya. Dengan siapa pun aku tak kisah dan tak memilih asalkan dia sayang aku dan baik. Itu yang aku tekankan. Selalu sebut waktu berdoa.
Aku juga berharap supaya bakal jodoh aku rapat dengan adik beradik dan mak ayah. Yelah kadang2 banyak aku jumpa hubungan dengan adik beradik tak rapat jadi aku tak nak bakal suami aku payah nak link adik beradik aku. Sejenis tak reti bergaul. Itu yang aku tak nak.
Aku juga doakan semoga dapat pasangan yang hormat dan berbuat baik dengan mak ayah. Sebab aku tahu lelaki macam ni akan sayang kita seperti mana dia sayangkan mak ayah dia. Akan hormati kita macam mana dia hormat mak dia.
Setiap kali hujan, lepas azan, dalam sujud terakhir malah aku buat solat hajat dan tahajud minta diperkenankan doa2 aku.
Allah suka orang yang selalu meminta dengannya. Jangan sombong dan teruslah meminta. Lambat atau cepat Allah akan makbulkan. Kau kena percaya apa yang buat kau yakin itu Allah akan makbulkan.
Nak dijadikan cerita aku dapat tahu crush aku bertunang dan akan berkahwin. Frustnya aku tuhan saja yang tahu. Aku bersyukur tengok dia bahagia dan aku doakan untuk diri aku juga untuk bahagia macam dia. Selang 8 bulan dia bertunang aku berkenalan dengan seorang lelaki.
Ini pun kawan yang kenalkan. Alhmdulillah baik orangnya cuma aku tak begitu kenal dengan keluarga dia sebab dia sendiri macam berahsia.
Aku jadi takut walaupun dia ada confess untuk jadikan aku girlfriend tapi ada side diri dia yang buat aku turn off. Yang itu biarlah aku dan tuhan saja yang tahu. Dia menjauhkan diri dan aku tak tahu apa punca.
Oh ya lupa aku nak cakap penampilan aku masih lagi macam macik kantin hahah tak berubah. Dan aku cuma pernah jumpa dia sekali. Dia masih boleh teruskan hubungan sbelum buat hal dan zasss hilang. Aku doakan dia bahagia jelah.
Selepas dia mendiamkan diri Waktu inilah aku berkenalan dengan suami aku. Yang ini orang juga yang kenalkan. Dia soft spoken, tidaklah pandai mana kerja pun biasa2. Tapi agamanya alhamdulillah baik bagi aku. Pandai mengaji.
Selepas berkahwin aku tanya kenapa pilih aku sedangkan dia punya rupa tapi aku tidak. Berat badan pun bahagi dua dengan berat badan aku barulah dapat berat badan dia. Dia pegang dada dia dan cakap sebabnya dekat sini. Dia tahu aku baik dan yang lain dia tak nak amik pusing.
Yang luaran boleh berubah tapi dekat dalam tu kekal selamanya. Ini apa yang dia cakap ye guys bukan aku reka. Oh yaa.. kami tak bercinta sangat pun sebelum kawen. Kenal kejap dah tunang lepas tu nikah.
Dan suprisingly guys, semua yang aku doa untuk dapatkan seorang suami tu ada pada dia. Alhamdulillahh. Dia ni tak pandai sweet sweet tapi dia suka memberi. Tiba2 bawak aku pergi beli mas, tiba2 balik bawak balik baju dua tiga helai nasib baik muat kalau tak kena jual balik.
Begitulah dia. Dia kurang bergurau tapi ada nasihat dan teladan yang dia suka smpaikan. Solat jemaah suami isteri tak tinggal. Hubungan dia dengan mk ayah, adik beradik juga sangat baik. Begitulah juga dia layan mak ayh dan adik beradik aku.
Hari hari penting keluarga juga dia sentiasa ingat terutamanya monthsary kami. Hampir 10 bulan menikah, 10 kali juga dia akan wish bila tiba tarikh nikah kami. Aku pulak yang selalunya lupa.
Dia sangat membantu aku. Kalau dia rumah, dia dulu akan basuhkan pinggang mangkuk, buangsampah, sapu lantai buat itu ini tanpa perlu disuruh. Sangat matang. Waktu aku berpantang pun dia yang banyak membantu mk aku siapkan aku.
Jadi sis, tolonglah jangan pernah putus asa. Tolong jangan. Teruskan berdoa. Selitkan juga satu doa supaya sis redha jika tidak direzekikan jodoh didunia. Hati sis akan tenang dan bersangka baik dengan Allah. Cuma teruskan berdoa. Allah akan bagi bila tepat pada masanya.
Dalam puluhan ribu lelaki di malaysia pasti ada seseorang yang melihat kecantikan awak dan hargai diri awak lebih dari awak sendiri lakukan sekarang. Teruskan jadi baik. Yang mana dump awk tu semua tak layak untuk awak. Kalau dia baik dia takkan layan perempuan cincai2 saja.
Kalau tak nak, pergi dengan cara terhormat. Yang penting cari yang matang. Tapi janji tau sis macam mana terdesak pun jangan pakat pilih saja lelaki mana mana untuk dijadikan suami. Kena selidik baik baik dulu. Untuk dapatkan yang terbaik kena banyak banyak bersabar.
Kawan kawan aku ada yang degree, master phd pun belum kawen. Padahal smua pun lawa lawa. Ada yang kerja pangkat besar pun masih bujang. Dan sis, andai kata tiada jodoh dunia, cinta hati sis pasti sedang menunggu di sana.
Teruskan mencari cinta dunia dan sentiasalah beramal soleh supaya direzekikan bertemu jodoh syurga. Sesungguhnya perangan Allah itu maha hebat. Jangan putus asa. Yang terbaik sedang menunggu awk untuk berbahagia bersama. Chaiyokkk!!
– Adik Strawberry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit