REPLY: Kebahagiaan Terbina Selepas Dicurangi Suami

Salam perkenalan, nama aku Laila sudah berkahwin dan masih bahagia alhamdullilah.

Aku ada terbaca confession ini, (https://iiumc.com/kebahagian-terbina-selepas-dicurangi-suami/) berkenaan puan yang berasa puas hati memenangi hati suami kembali.

Alhamdullilah suami juga berusaha membahagiakan puan kembali dan insaf dari kesilapannya.

Puan juga seperti mana-mana wanita yang dicurangi dan masih bertahan, pasti mencuba pelbagai cara untuk mengembalikan memori manis supaya suami rasa lebih dihargai dan diperlukan.

Puan juga tidak lain mempunyai perasaan kuat untuk mempertahankan maruah diri rasa diterima.

Perempuan ketiga akan sentiasa dipandang hina oleh puan tetapi nasihat aku, puan seharusnya perlu banyak bersyukur kerana perempuan itu sendiri menunjukkan diri dan juga melepaskan lelaki puan dengan mudah.

Puan sendiri tahu betapa sukarnya mengundurkan diri jika maruah dipertaruhkan dan perempuan itu memilih untuk mengalah, membiarkan hidupnya sendiri menjadi gelap.

Aku bukan nak pihak kepada penyondol tetapi aku memang ada dua tiga kawan yang mengalami masalah sama.

Kawan seperti puan pun ada dan kebanyakan reaksi akan sama sahaja seperti puan.

Typical lebih banyak hubungan batin, dating macam couple baru, cari semula semua barang dan tempat yang ada memori manis. Itu kes paling mudah aku jumpa dimana penyondol give up.

Ada kawan aku yang sampai kena sihir dengan perempuan simpanannya lelakinya, begitu kejam sekali apabila otak sudah tidak waras dilamun cinta.

Ada juga yang menelefon tetapi eh, isterinya pula yang di maki hamun dikatakan tidak reti menjaga suami dan memaksa si suami bertanggungjawab.

Walaupun si suami bertaubat mahu mulakan hidup baru, sampai lubang cacing si penyondol akan mencari.

Kawan aku sampai pindah negeri sebab penyondol asyik kacau tulis perkataan tidak senonoh simbah cat merah depan pintu.

Bagi aku kes macam puan memang perempuan ketiga itu sememangnya keji, tetapi anggaplah ia sebagai ujian yang sudah tamat di situ.

Tidak perlu nak menunjuk kepada penyondol itu kemesraan hubungan puan dan suami. Cukuplah sekadar kalian sahaja yang merasai kemanisan bercinta kembali.

Aku risau elok dah perempuan itu kuatkan hati dan diri mengundur tetapi disebabkan sikap puan yang mahu dia melihat kemesraan puan dan mahu menghina dia. Takut nanti berubah hati dan disihir pula dengan gambar-gambar yang puan banggakan itu.

Setinggi ego puan mahu mempertahankan maruah diri, begitu juga dengan wanita yang tersilap langkah diluar sana mahu mepertahankan maruah mereka.

Itu lah nasihat aku sebab aku dah tengok banyak lagi kes-kes yang lebih seram dimana penyondol menyerang keluarga dan enggan berputus asa.

Jadi bila suasana dah tenang, jangan provoke si penyondol itu kembali. Puan sendiri pun rasanya faham maruahnya sudah pun tercalar dibuang seperti kain buruk.

Puan nak sakitkan hatinya pun tiada fungsi sebab dia pun dah rasa tak ada harga diri kena tinggal macam mainan nafsu. Dalam kes ini memang dua-dua perempuan jadi mangsa manipulasi kepada suami puan.

Nasihat aku, berhentilah apa yang puan lakukan dan baiki rumah tangga senyap-senyap sahaja. Jangan sampai penyondol itu muncul kembali rasa tercabar.

Orang bila dah sayang ini nak lepaskan memang susah, lagi-lagi apabila bermain maruah diri.

Puan bersyukur sahaja ianya tamat begitu cepat dan si perempuan itu mengalah dengan mudah, memberi peluang kepada puan.

Aku risau baca cara puan nak membalas dendam, sebab mungkin puan tak pernah nampak kes-kes yang lebih dasyat.

InSyaAllah, urusan puan dipermudahkan dan suami puan terus mendengar kata. Doa aku untuk puan agar berjaya membaiki hubungan dan anak perempuan elok akhlaknya.

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *