REPLY: Kebencian

Hai semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession aku. Berbalik kepada tajuk, aku tertarik dengan confession yang bertajuk “Kebencian” https://iiumc.com/kebencian/

Situasi aku sama macam confessor Kebencian. Perkahwinan aku hanya bertahan selama setahun 3 bulan sahaja. Sebab apa? Sebab kantoi suami aku gay. Ehh silap bekas suami.

Masuk bulan Syawal nie, 5 bulan tempoh perceraian kami. Perceraian kitorang masa tu tidak diketahui oleh ahli keluarga dia. Hanya keluarga aku saja yang tahu pasal perceraian kami.

Dan aku nekad nak bercerai pon sebab support dari keluarga aku.

Hingga ke hari ini, tiada sorang pon ahli keluarga dia yang bertanyakan khabar aku.

Bulan puasa hari tu, dia mesej ucap selamat berpuasa, dan aku terus tanya sama ada keluarga dia dah tahu ke tidak hal perceraian kami. Dia hanya bagitau, ada yang tahu, ada yang tak.

Aku tak tahu atas alasan apa yang dia beritahu dekat keluarga dia punca perceraian kami, tapi aku yakin mesti dia burukkan aku.

Lepas cerai, aku tak pernah contact dengan family mertua, dan family mertua pon takde contact aku.

Jadi aku beranggapan memang aku diburukkan di pihak belah sana. Sebab dia nie memang kesayangan dalam keluarga dia.

Macam confessor Kebencian bagitau, macam mana orang2 macam ini boleh berjaya, boleh bahagia sedangkan dia dah seksa hidup aku.

Sungguh aku trauma dengan lelaki. Aku tengok lelaki yang jenis smart, handsome, maskulin automatik dalam fikiran aku mesti dia nie gay.

Aku bercerai dengan title janda berhias dimana tiada iddah dalam perceraian kami. Memang tak bernafsu langsung dengan isteri sendiri.

Dia seksa jiwa aku macam tu jee. Sedangkan dia seorang yang tinggi ilmu agama. Solat tak tinggal, mengaji sedap. Tapi tu lahh, dia lebih memilih ke arah songsang.

Sungguh aku marah dengan dia. Aku redha tapi tak mampu nak lupakan segala apa yang aku lalui dengan dia.

Kenapa dia kahwin tapi nafsu dia bukan dengan perempuan. Kenapa dia nak siksa hidup anak orang macam nie?

Sungguh aku sakit. Aku tahu Allah dah aturkan semua ini. Tapi aku sakit sangat.

Semoga apa yang aku lalui ini, hanya Allah yang mampu balas. Tolong doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

    • Ciri Ciri bekas suami awak tu pun macam bekas suami saya juga. bezanya dia ada juga mesej awak. Saya, dia dah lama block. Keluarga dia tahu penceraian kami. Dan keluarga dia masih tanya khabar saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *