Dear Fiqa, bila saya baca confession awak, (https://iiumc.com/kemurungan-5/). I just want to say, i feel you. Saya pernah berada dalam situasi macam awak bertahun2.
So, kalau awak terasa pasal orang perli semua tu, saya cuma nak cakap.. your feeling is valid :)
Tuhan je tahu macam2 usaha kita buat untuk atasi masalah bau badan. Jujur cakap ya wahai pembaca, dulu saya selalu menyampah bila orang bagi solusi pakai produk itu ini, mandi kerap.
Sejujurnya, bila kita di tegur tentang bau badan itu lah benda paling basic yang kita akan buat. Mandi kerap, try macam2 jenama deodorant, kerap tukar baju etc.
Saya punya masalah bau badan datang dari masalah kuat berpeluh. Bayangkan ya, duduk study pakai baju lengan pendek pon boleh berpeluh padahal cuaca hujan kot. Pergi jumpa doktor dan buat blood test katanya bukan hiperhidrosis.
Pastu, bila saya flashback balik apa yang buat saya start ada masalah berpeluh ni adalah penggunaan deodorant spray. Saya rasa mungkin kandungan deodorant jenis spray tu tak sesuai dengan badan saya.
So, bila saya sedar badan kuat berpeluh. Saya hentikan pakai deodorant jenis spray dan start pakai jenis roll on.
Pastu, saya cari rawatan alternatif untuk rawat masalah ketiak cepat berpeluh ni dan jumpa kedai homeopati online di terengganu.
Saya ambil 3 jenis ubat tu tiap hari dan selepas setahun lebih saya rasa ketiak saya tak cepat berpeluh macam dulu. Takde lagi dah masalah ketiak basah lencun walaupun baru lepas mandi.
Beberapa tahun dulu, saya pernah baca seorang sister ni share tips yang sangat lah berkesan pada saya untuk cari produk mandian. Dalam confession tu, sorang sister ni share dia guna sabun jenama dettol dan tukar sebulan sekali.
Pastu dia ada pakai juga sabun tawas, kat shopee ada yang dalam kota warna biru cerah. Saya cuba.. and guess what? It works!!! Hahaha.
Saya dapati cara paling berkesan untuk saya adalah amalkan sabun dettol dan biar di badan lebih dari 5-10 minit kemudian bilas. Lepas tu, pakai sabun tawas dan biar di badan lebih 5-10 minit untuk neutralkan bau wangian dettol tu.
Cara ni berkesan sebab saya perasan kan bila saya berpeluh, wangian dari sabun tu la yang buat bau badan tu lagi teruk sebenarnya..
Bila bau fragrance dari sabun mandi tu kuat dan bercampur dengan peluh, bau badan makin haukk TT
Dan… sabun dettol tu saya tukar sebulan sekali. Contoh, bulan ni pakai dettol oren bulan depan tukar ke dettol sakura.
Lepas 3 minggu ke sebulan, kalau tak tukar akan jadi bau badan juga. Seolah- olah bakteria badan dah lali dengan sabun tu.
Saya pernah try and error jenama sabun antibakterial lain macam life buoy, etc. tapi semua tak sesuai dengan saya.
Dettol asli putih yang bau macam ubat tu pon tak sesuai. Saya cuma tukar2 dettol jenis oren, hijau, sakura (pakejing pink), habbatus sauda (pakejing purple).
Bab deodorant pon sedih juga la sebab masalah bau badan takkan selesai kalau tak jumpa yang sesuai.
Jujur cakap, saya dah give up untuk cuba deodorant di jual di pasaraya, watsons n guardians. Deodorant macam2 jenama saya dah try, yang lelaki punya pon saya try tau!
Jenama MLM macam G&H amway pon tak sesuai. Seminggu pertama ok lah takde bau lepas tu sikit2 jadi ada bau badan.
So, saya decide try yang natural plak. Yang paling sesuai dengan saya setakat ni jenama Veri Natural. RM49+- untuk 30g. Deodorant ni saya jumpa di ada fb dan ig.
Mula2 skeptikal tapi decide cuba juga lah.. alhamdulillah it works better for me! Yang paling sesuai dan sedap, bau rose vanilla. Cuma suami kata macam ada bau pahit kalau dia hidu ketiak saya dekat2…
So, saya tukar pula ke bau grapefruit bergamot. Macam lagi best plak dari rose vanilla.
Suami saya pon lagi suka yang ini. Katanya, kalau saya berpeluh dan dia cuba hidu direct dekat ketiak takde bau. Bagus juga, cuma saya masih dalam proses bereksperimen beberapa hari ini.
Lagi satu, saya perasan saya ada masalah rambut berbau tau. Saya sedar kulit kepala sangat berminyak bila tengahari. Bila waktu tengahari, akan timbul bau macam busuk or kepam gitu.
So, terpaksalah saya syampu rambut waktu pagi tiap hari dan pakai hair dryer.
Rambut memang kena keringkan betul2 especially di kulit kepala sebelum pakai tudung. Kalau tak, fragrance dari syampu bercampur lembapan rambut jadi timbul bau kepam kat kepala.
Suami saya pernah cerita pasal ni adalah masalah yang biasa dia perasan dalam kalangan hijabis. So, tak note tau wanita bertudung di luar sana.
Saya punya gigih sampai sanggup bawa hair dryer tau walaupun pergi camping. Mesti ada plug kat toilet yang boleh guna untuk hair dry rambut.
Rasa macam panjang sangat dah kot confession saya.. hope it helps those out there who need it.
Love and hugs,
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit