REPLY: Kenapa Isteri Perlu Ada Kerjaya

Reply, (https://iiumc.com/sisi-pandang-seorang-suami-kenapa-isteri-perlu-ada-kerjaya/).

Sedikit intro saya seorang yang bekerja. Dan pernah jugak menjadi surirumah selama 3 tahun. Sepanjang saya jadi surirumah saya mengalami sedikit enxiety disebabkan kakak ipar selalu sindir tak kira masa (tapi sekarang saya dah block dia jauh2).

Bila selalu disindir Anxiety tersebut membawa kepada kemurungan, rasa tidak berguna, rasa gila, mental saya rabak, rasa nak mintak cerai, rasa membebankan suami, padehal suami ok je saya tidak bekerja.

Saya duduk berasingan dengan kakak ipar, tapi kakak ipar yang selalu datang rumah dan tumpang kereta saya untuk balik ke kampung. Tapi tu lah, nak elak tak boleh.

Sekarang saya bekerja sendiri, ada mini baking room hasil titik peluh saya. Hari2 dipenuhi kek dan kuih, anak2 saya hantar sekolah. Pendapatan saya Alhamdulillah lagi tinggi berbanding jika saya bekerja diluar.

Saya seorang introvert, takde masalah jika bekerja sendiri asalkan suami ada untuk dengar cerita saya.

En Remy nak tahu tak, bila saya terbaca confession ni, secara tiba2 anxiety saya datang balik. Saya jadi triggered, automatic teringat zaman saya jadi gila surirumah tak berguna dan automatic air mata deras berjujuran.

Laju2 whatsapp suami minta maaf sebab pernah menyusahkan dia satu ketika itu dan suami saya call makin laju air mata ni turun.

Kepada Encik Remy, saya tahu niat baik encik untuk memberi kesedaran walaupun awal2 dah disclaimer tak sesuai untuk semua orang. Tapi ketahuilah semua point2 yang encik nyatakan itu semua kami para suri rumah dah sedia maklum dan sedia tahu.

Bukanlah juga saya nak berlagak pandai, Cuma mari saya nyatakan sedikit pandangan saya.

En Remy tahu tak, dalam dunia perempuan ni ada benda yang tak perlu dibahaskan sebab bila dibahas ianya tak akan habis,

1. Ibu bekerja vs Surirumah

2. Beranak Government vs Beranak Swasta

3. Susu badan vs Susu formula

4. Dan banyak lagi

Manakan tidak, tengok sahaja lah dekat group2 facebook ‘Kelab Ibu Mengandung’ atau ‘Kelab Breastfeed’. Bila timbul isu seperti isu2 diatas masing2 tak nak kalah komen.

Ada yang sampai mengeluarkan kata2 laser. Mana relevannya pun tak tahu padehal masing2 dah jadi mak orang. Inikan pula encik Remy seorang lelaki pergi timbulkan isu ini, pada saya macam menambah perasa.

Masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2 yang Allah kurniakan. Pada saya membahaskan isu2 di atas sememangkan mengundang rasa down kepada si pembaca yang tidak memihak kepada mereka.

Encik bayangkan ya, seorang surirumah setelah berperang dengan penat lelahnya menguruskan rumah tangga tiba2 terbaca confession encik sedikit sebanyak mesti terusik emosi mereka ‘eh aku ni tak berguna ke?’

Macam mana pula dengan surirumah yang dah pergi interview banyak kali masih struggle mencari kerja, ofkos menjentik emosi mereka juga.

Hidup kita ni bertuhan dan Allah itu Maha Adil. Raikan semua kelebihan dan kelurangan untuk diri kita dan raikan jugak kelebihan dan kelemahan hidup orang lain.

Hidup ini, kita akan sentiasa diuji. Diuji dengan kerjaya, anak, pasangan, harta benda, nafsu dan sebagainya.

Tak kan ada orang yang perfect serba sebi dalam hidup kita semua.

1. Ada yang suami isteri pandai diuji anak kurang pandai

2. Ada yang suami isteri bekerja diuji suami/isteri curang

3. Ada yang isteri je yang bekerja di uji suami malas

4. Ada yang suami je yang kerja diuji isteri tak bekerja

5. Macam2 lagilah

Semua orang akan di uji. Yang Pasti ada hikmah Allah selitkan disebalik ujian. Untuk menjadikan kita ni kuat.

Kita juga selalu di hidangkan dengan cerita suami meninggal dan isteri tidak bekerja. Tidak di nafikan cerita2 begini memberi kesedaran kepada ramai isteri diluar sana untuk membuat persiapan.

Tapi sedar atau tak, kita terlalu focus kepada permasalahan si isteri tadi tanpa kita fikirkan yang Allah ada, Allah akan bantu dia menempuh ujian ni. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan.

Walaumacam mana pun benda dah jadi, ada sebab Allah bagi jadi. Untuk kita yang membaca ni of course kena ada kesedaran jugak untuk membuat persiapan. Doa sungguh2 Allah bagi yang baik2 dalam hidup kita.

Rezeki dalam jalan hidup kita semua Allah dah tentukan. Kita sebagai hamba tak layak untuk memandang remeh hidup orang lain.

Dalam Malaysia ni je ada 30 juta manusia. Takkan lah Allah nak jadikan 30 juta tu semua sama perangainya, sama mukanya, sama jalan ceritanya.. kemonnnn of course bosanlah dunia ni.

Ada 30 juta manusia ada 30 juta juga jalan cerita. Dah kalau semua jadi surirumah siapa nak jadi mak bidan hospital, dan dah kalau semua perempuan kena kerja, orang lelaki pun susah nak cari makan bro.

Allah uji saya jadi surirumah dan dalam masa yang sama Allah selitkan banyak hikmah yang saya dapat. Saya dapat focus belajar bayak benda tanpa kelam kabut dan terkejar-kejar.

Antaranya saya upgrade skill menjahit, saya diy banyak sensory play untuk anak2, saya join banyak webinar parenting samaada berbayar atau pun tidak,

Saya belajar banyak jenis masakan, saya try n error masakan yang kena dengan selera suami dan yang paling best saya dapat melakukan ibadat wajib dan Sunnah tanpa terkejar-kejar.

Lepas solat boleh duduk lama2 doa panjang2. Masa ni masyaAllah Allah bagi rasa nikmat kemanisan iman yang luar biasa.

Berbanding dengan saya bekerja, kadang2 buat yang wajib sahaja. Saya percaya Allah juga selitkan 1001 hikmah kepada orang yang Allah pilih menjadi surirumah.

Di sebalik surirumah yang stress, percayalah ada ramai lagi surirumah yang bahagia menjalani kehidupan mereka. Bekerja itu rezeki, surirumah jugak rezeki.

Saya harap Encik Remy mensyukuri setiap kelebihan tanpa perlu membahaskan perjalanan hidup orang lain sebab kita tak tahu satu hari nanti, takut termakan balik kata2 kita. Sekadar peringatan.

Yang pernah bahagia menjadi surirumah,

– Surirumah yang pernah bahagia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *