Reply: (https://iiumc.com/kerana-seumur-hidup-itu-terlalu-lama/)
“Ambil kan cawan untuk suami tu, pinggan satu” kata ibu mertuaku.
Aku akur dan ini bukan kali pertama, lidah lancar kali ni “abang boleh buat sendiri mak, abang tolong ambil pinggan dan sudu dua ya.” Sambil aku beri senyuman paling manis buat dia.
Tersentak mak, suami ambil sahaja seperti sudah biasa dengan “arahan” aku.
Betul, seumur hidup itu terlalu lama, lebih baik bertegas sekarang daripada makan hati kemudian hari.
Abang jangan ingat dalam rumah ni ada bibik ya, financial saya support 50-50, boleh dikatakan nafkah memang tak sempurna, tapi saya dah redha,
Saya cakap bukan mengungkit tapi nak abang sedar saya bekerja abang bekerja, kerja rumah kena buat sama2 , lagi sekali saya cakap, tak ada bibik dalam rumah ni, jangan jadikan saya hamba, sebab hamba je takda gaji, bibik masih diberi gaji.
Mana saya nak layan abang, nak respek abang kalau sikit pun abang tak boleh bahagi tugas dengan saya, sikit2 boleh lah saya tutup sebelah mata,
Kalau dah selalu sangat hati ni boleh jadi tak ikhlas, izinkan saya jadi wanita solehah, bantu saya buat apa yang patut tanpa rasa terpaksa.
Macam tu aku ‘ceramah’ suami aku lepas beberapa kali aku minta dia tolong aku dengan kerja rumah tapi tak bergerak. Pernah juga aku bergaduh besar disebabkan ini,
Suami aku ni jenis yang perlu diingatkan berkali2 dan aku takkan pernah serik untuk cakap selagi aku masih sayangkan dia.
Bila aku merajuk dan tak bercakap dengan dia, automatik kerja rumah semua siap tanpa aku perlu bersuara sepatah pun atau menggerakkan satu jari pun.
“Abang kena ingat mak abang tu tak bekerja, ayah sahaja yang kerja sebab tu emak boleh bagi perhatian sepenuhnya pada rumah tangga, jangan layan saya sepertimana ayah layan mak. Izinkan saya berhenti kerja kalau mahu saya 100% uruskan rumah tangga”
Sejenak suami berfikir, dia tahu maksud aku dan dia takkan pernah menggalakkan aku berhenti kerja hakiki aku.
Sorry sayang, abang akan buat sama2 sayang. Itu yang suami balas selalunya kalau aku bising2, alhamdulillah tak ada episod pergaduhan kalau aku cakap dengan sabar dan aku tahu benda begini buat dia terjaga dari tidur sebentar.
Ayah duduk kemas di meja makan bila waktu makan, mak yang hidangkan semuanya, bila aku teman mak di dapur, mak ada juga mengomel waktu ayah tiada di rumah, ayah tak pernah tolong, dia tau semuanya siap, dan terhidang.
Aku tak pernah bersuara apa2 melainkan dengar sahaja, sebab aku tahu, mak walaupun mengeluh dia tetap akan buat untuk suami dia yang tercinta.
Suami dirajakan bukan benda baharu, benda yang dah berkurun lamanya terjadi, seolah isteri seorang hamba, kalau isteri dilayan seperti permaisuri, bolehlah suami dilayan seperti raja bukan.
Isteri bukan mahu yang lebih2, cukuplah menghargai, seperti berterima kasih, mengurut isteri, beri perhatian pada isteri, sesekali reward isteri, tak perlu mahal2, bunga sekuntum, makanan kegemaran isteri, bersiar2 berdua dengan isteri, itu dah cukup untuk buat isteri rasa dihargai.
Nescaya tanpa keluhan, isteri akan jadikan suami seperti raja.
Berbakti pada suami kerana syurga dan neraka terletak pada redhanya suami, suka juga saya tekankan, hargai isteri, cukupkan nafkah isteri (fizikal, mental, emosi) juga dituntut dalam islam.
Perlu give and take semuanya. Isteri zaman moden hampir kebanyakan bekerja untuk bantu kewangan keluarga, kenapa suami tak boleh bekerjasama uruskan rumah tangga?
Semoga kita semua diberikan rumah tangga yang sakinah mawaddah dan rahmah yang membawa ke syurga, jadikan pasanganmu didunia ini pasanganmu juga di syurga, sentiasa ringan lidah ucapkan terima kasih dan minta maaf, turunkan egomu.
Sentiasa ingat manusia ini yang ditakdirkan jadi pasangan mu semua nya dengan izin Allah, Allah juga tahu kemampuan kita bagaimana, jangan pernah give up dengan pasangan dan buat lah apa yang termampu mengikut kapasiti diri.
Bukakan jalan untuk baiki diri dan bantu baiki pasangan dan janganlah pilih jalan penceraian selagi tidak melibatkan orang ketiga dan penderaan emosi terlampau atau penderaan fizikal.
Setiap manusia ada ego nya, hanya pasangan sendiri sahaja yang tahu bagaimana ego boleh diturunkan.
Jadi berusahalah untuk selamatkan pasangan kita, dunia ini tempat ujian, niatkan utk masing2 berada disyurga bersama2 insyaAllah.
Salam 10 terakhir Ramadan buat semua…
– Nurfa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit