REPLY: Kerasnya Berniaga

Tadi aku terbaca tentang luahan hati kerasnya berniaga, (https://iiumc.com/kerasnya-hidup-berniaga/).

Kalau aku reply di komen karang kawan kawan baca. Lepas kejadian circle aku kena ilmu hitam beramai ramai hari tu, aku ni dah tahap nak komen bijak bijak pun takut dah.

Jangan kata la nak share share ilmu pakai nama sendiri. If needed aku buat sharing business pun aku akan charge dan buat offline. Nothing free on social media.

Anyway kembali kepada topik kita tentang kerasnya berniaga ni. Walau apa alasan sekalipun, dah terlanjur berniaga awak nak buat camana kan.

Jadi di sini saya nak kongsi beberapa tips kepada confessor dan sapa sapa yang baru mula berniaga.

1. KEPENTINGAN DATA.

Data is a virtue. Perkara pertama kita kena tahu dan sedar adalah kita tak boleh jual kepada semua orang dan kita tak boleh menjual setiap masa. Kita kena tahu kepada siapa kita menjual.

Sepatutnya dalam beberapa bulan ni, confessor dah ada data tentang,

  • ️Waktu kemuncak orang datang membeli.
  • Range umur pelanggan.
  • Jantina pelanggan.
  • Agakkan pelanggan dari kategori kumpulan pendapatan yang mana (b40,m40,t1).
  • Bangsa dan agama pelanggan.
  • ️Jumlah sale setiap menu..

Data ni banyak kegunaannya. Aku bagi contoh la dalam business aku ni, dari awal berniaga aku dah tetapkan pelanggan aku mesti dari kelompok t20 ke atas. Reason nya untuk sustainability.

Bila berlalu krisis economi, kelompok b40 adalah kelompok pertama akan stop berbelanja manakala m40 keatas masih spending walaupun sikit. T20 and above tak heran… Dorang penyumbang utama spending.

Jadi untuk products makanan aku jual, harga dan bahan bahan harganya mesti setara dengan julat pendapatan target audience aku.

Seterusnya, tentang data kaum bukan perkara racist. Setiap kaum ada preferences berbeza untuk citarasa. Penting untuk kita tahu kaum mana paling banyak menerima business kita.

Macam kes aku, melayu spending terbesar untuk product aku. Jadi aku avoid kawasan melayu tak ramai. Segala pos pos iklan aku mesti guna bahasa melayu. Dan untuk tambah revenue team aku akan menyelam di kawasan melayu t20.

Untuk mengurangkan overhead dan mengurangkan waste makanan, DATA MENU PERKARA PALING PENTING. Menu yang paling slow orang repeat dan orang order, DISCHARGE dari menu.

Ada certain area, macam di tengah bandar kl ni aku rasa berbaloi la kot bukak dari subuh sampai pagi. Tapi untuk kediaman aku ni sangat la tak berbaloi.

Orang area aku ramai kerja KL tapi duduk di pinggir selangor. Jadi untuk mengurangkan kos pekerja, kami bukak kedai waktu petang dan orang sini lepas tengah malam semua dah tak merayap. Before jam 12 malam kami dah tutup kedai.

Jadi kami jimat gaji pekerja dan kos electric waktu siang. Makanya confessor mesti tahu jam waktu mana sesuai untuk kedai beroperasi.

2. JANGAN BUANG HARGA.

Sepanjang dalam bidang retails ni, kalau kawan berniaga buang harga complained tak sustained, kami memang kerumun dan basuh kaw kaw.

Buang harga dengan harapan orang berbaris beli dari kita ni cuma kepercayaan kita je. Kesudahan nya nanti business kita tak sustained pun. Nak rolling pun tak kan lepas.

3. JUAL PACKAGE.

Ni ramai dalam fnb tak perasan. Jual package dapat tingkatkan revenue. Sebab tu pentingnya kita tak buang harga. Kalau kita ikut harga pasaran, mudah untuk kita packagekan menu.

Kalau perasan, kedai makan famous akan letak harga air mahal mahal. 1 tin coke sampai RM5.50 se tin. 1 jus air sampai RM10 macam tu. PADAHAL AIR NI MARGIN DIA BESAR GILA.

Jadi apa yang kebanyakan restaurant yang masih bertahan buat, dorang packagekan, set makanan A dan air dan buat nampak lebih murah dengan membeli menu set.

Kes study ni sama techniques sama yang KFC Mekdi dan lain lain fast food buat.

Lepas kami buat techniques combo ni alhamdulillah revenue kami mencanak canak naik. Pekerja kami ajar skrip untuk meracun pelanggan membuat pembelian combo.

Dan untuk fnb, bila kita ada package macam ni, senang untuk kita packagekan menu kita untuk order yang lebih besar seperti mini catering.

4. GAJI.

Mula mula berniaga, tetapkan gaji ikut gaji minimum government. JANGAN TERUS BUKAK GAJI BESAR. Tapi kita boleh bagi pampasan kepada pekerja, kalau bulan ni hit target, kita share bonus sekian sekian. DAN MESTI BAYAR.

Next, KITA MESTI AMBIL GAJI. Mazhab mazhab jangan ambil gaji tu korang buang dalam tong sampah. Business owner tetap kena ambil gaji.

Kalau bill masih di tanggung gaji suami yang masih bekerja, boleh mulakan terlebih dahulu dengan mengambil gaji minimum kerajaan tetapkan, RM1500.

Lepas tu setiap bulan set nak beli apa. Macam contoh tudung dari brand itek misalkata. Lepas kita dapat, kita akan lebih energetic dan tak rasa berniaga ni perkara sia sia.

Aku ni dulu mazhab tak ambil gaji. Lepas aku buang mazhab ni alhamdulillah business mula berkembang.

5. SALE ADALAH NADI BUSINESS.

Semua staff mesti di ingatkan ayat ni. Sale adalah nadi business. Tak ada sale semua ke laut dalam. Penting untuk pelanggan di depan cuma untuk upselling manakala pekerja lain buat kerja dorang sebaik mungkin.

Kalau sorang culas, banyak main handphone, pekerja lain yang betul betul bekerja pun akan hilang kerja.

6. MARKETING.

Terutamanya social media. Tak ada alasan tak pandai dan tak tahu. Cari social media pesaing kita dan tiruvasi.

Aku rasa setakat ni cukup 6 aku share perkara asas bila terlanjur berniaga.

Sebenarnya banyak lagi aku nak kongsi. Tapi nanti berpinar mata korang membaca. Kalau korang ada soalan, korang komen je. Nanti bila bila free aku reply dan buatkan notes.

Jangan lupa jugak share pos ni di social media korang. Kita tak tahu perkongsian yang sikit ni mungkin ada business yang terkapai kapai kita boleh selamatkan.

– Keras keras tetap berniaga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *