Layakkah Aku?

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin jika cerita ini disiarkan. Cerita ini lebih tertuju kepada penulis confession “layakkah aku?” (https://iiumc.com/layakkah-aku-3/).

Ini kerana jalan hidup kita sama.. Dan umur kita tidak terlalu jauh berbeza. Mula-mula nak minta maaf jika penulisan saya ni tak kemas.

Saya seorang perempuan berusia pertengahan 30an. Sudah berkahwin alhamdulillah… saya terdetik untuk menulis ini, mungkin dengan penulisan saya ni dapat membuka sedikit ruang hati awak.

Untuk awak mula lupakan kisah lampau dan mulai cari bahagia sendiri… setiap insan layak untuk merasakan bahagia. Siapa pun kita..

Kejadian buruk yang sama juga berlaku kepada saya bermula daripada sekolah rendah…

Innocentnya saya masa tu, tak faham apa2, abang kandung saya sendiri ajak main permainan yang sama.. Klinik-klinik.. Sama lah macam apa sepupu awak buat dekat awak tu. Masa tu saya biarkan sahaja perlakuan dia dekat saya..

Saya play the role as patient. Tapi luckly me, abang saya tak pergi jauh daripada sekadar itu. Game ni tidak lah kerap, jarang berlaku tetapi berulang banyak kali juga.

Meningkat darjah 4 saya mulai rasa tak selesa dah dan tak suka. Saya menjauh.. Dan tak nak lagi bermain permainan klinik-klinik.

Saya banyak habiskan masa bermain di luar rumah dengan kawan-kawan perempuan yang lain. Akhirnya saya dah lupa tentang hal ni, sampai lah….

Meningkat saya dewasa seawal tingkatan 1 saya selalu rasa tidur saya terganggu di malam hari. Bila saya terjaga, selimut saya selalu terselak.

Lama-lama saya faham, lagi sekali saya mula diganggu dengan perkara-perkara seperti ini. Saya dah faham benda ni salah. Sentuhan tak selamat.

Selepas tu, setiap malam saya jadi rasa takut nak tidur.. Saya akan tidur dengan selimut, walau panas macam mana pun cuaca.

Saya akan terjaga apabila dapat merasakan private part saya diraba-raba… masalahnya bila saya terjaga si pelaku dah lesap! Tak nampak bayang. Tapi kita boleh agak siapa. Saya hampir trauma.. Dan stress setiap hari!..

Saya diamkan diri, saya tak bagitau sesiapa, sebab saya rasa malu sangat nak bagitahu mak ayah dan juga nak jaga nama baik abang saya sendiri.

Tapi saya jadi seorang yang asyik memberontak, degil, selalu rasa nak lari daripada rumah, saya tak pernah layan abang saya yang sorang tu dengan baik. Mesti dengan kasar. Jerit-jerit, tendang-tendang.

Selalu kata dekat mak “mak, angah rasa nak lari jauh2 daripada rumah”.. Bila mak tanya kenapa, saya diamkan diri sahaja. Tak terluah sebab rasa malu sangat. Yelah kita pun dah mulai membesar masa tu.

Pernah, banyak kali.. Bila bangun pagi. Saya nampak air mani di lantai. Allahukbar.. Mula-mula saya tak tahu apakan cecair likat tu… lama-lama saya faham sendiri. Saya selalu nangis sorang2 dalam tandas.

Dekat tandas pun saya bertahun-tahun diintai ketika mandi. Sehinggakan saya tak pernah mandi berdiri. Saya sentiasa mandi dalam keadaan duduk. Baru lah saya rasa selamat.

Semua ni berakhir selepas saya berusia 16 tahun. Sejak itu, saya nampk abang saya tu dah mula berubah.. Tak lagi mengganggu saya di malam hari. Dia selalu pandang saya dengan perasaan bersalah & berdosa.

Walaupun rasa benci dengan dia meluap-luap, tapi bila saya nampak dia dah betul-betul berubah.. Bertaubat. Saya pujuk diri sendiri untuk memaafkan dia.

Bertahun saya ambil masa, akhirnya saya berjaya memaafkan. Saya rasa dia pun tak pernah tahu yang saya tahu perbuatan dia. Masing-masing diam. Mungkin ini lebih baik.

Mungkin abang sepupu awak pun dalam diam, dia pun dah lama insaf juga sebenarnya.. Mungkin.. Saya harapkan begitu lah.. Dan yang lalu biarkan berlalu.

Sebab dia usik awak selama 2 tahun, ketika tu pun dia mungkin kurang akal lagi. Bukan lah saya bermaksud nak anggap perkara ni remeh, tak.

Tapi alhamdulillah, saya tak pernah involved dengan perkara-perkara buruk yang lebih jauh. Tak menjadikan saya ketagih dengan perkara-perkara tu sebab saya benci!..

Dan mungkin sebab saya tak terbuka untuk hal-hal seperti ini. Sebab saya malu… kawan-kawan bergurau double meaning pun saya rasa malu..

Memang kalau di ingatkan balik, saya pun rasa jijik!.. Kadang-kadang nak muntah rasa.. Tapi saya tak pernah salahkan diri saya.. Sebab saya tahu saya tak bersalah..

Sebab tu saya tak campakkan diri saya dalam kerosakan yang lebih jauh. Dan saya tak pernah buka aib ni kepada sesiapa…

Bukan semua aib yang Allah jaga, saya perlu buka dan cerita. Tak…

Tentang jodoh pula… haaa… ni nak share ni. Sebaik-baik saya jaga diri pun, Allah pertemukan saya dengan lelaki yang ramai nak ambil kesempatan semata-mata. Tapi, saya tinggalkan.

Kita boleh rasa kalau lelaki tu cuba nak ambil kesempatan sahaja dengan tak rasa bersalahnya atau nak berubah.

Sampailah saya dah give up, saya doa… “ya-Allah, sekiranya memang jodohku adalah seorang lelaki pendosa sekarang ini. Seteruk apa pun dosa yang dia lakukan, kau berikan dia hidayah-mu dan pertemukan aku dengannya pada saat dia benar-benar bertaubat nasuha”..

Sedangkan Allah maha pengampun, dan dikatakan manusia yang taubat nasuha, diibaratkan seperti dilahirkan semula..

Allahukabar, nak jadikan cerita.. Makbul pulak tu. Suami saya hadir dan bertemu dengan saya pada saat dia benar-benar bertaubat nasuha lillahita’ala..

Mula-mula saya ada perasaan prejudice juga, saya tak percaya ada lelaki yang taubat nasuha ni. Kebanyakkan lelaki ni taubat main-main je.

Separuh jalan.. Nanti ulang balik… kalau yang tak bersungguh ni, biasanya akan terkantoi lagi sekali. Tak yah tunggu lama pun.. Kalau dah terkantoi lagi ni. Maksudnya redflag… dia bukan bersungguh nak berubah, dia cuma nak tackle awak je.

Berbalik kepada suami saya, lama-lama saya mula yakin dia memang taubat nasuha.

Camne nak cakap ea, selain daripada kita yakin dia tak ulang, instint laa senang… daripada perlakuan dia, gaya percakapan dia, cara layanan dia, pemikiran dia… Allah bagi perempuan ni naluri lebih kuat daripada lelaki.

So kita boleh baca sendiri samada seseorang tu jujur atau tipu.. Istikharah jangan lupa.. Doa jangan putus. Selagi tak yakin, jangan proceed kepada perkahwinan. Better late than married a wrong person.

Tapi, jangan letakkn perasaan awak dahulu melebih-lebih dekat dia. Takut penilaian awak jadi kabur. Saya takde perasaan dengan suami saya, sehingga lah kami kahwin.

Cinta berputik lepas nikah gitu… alhamdulillah, dah 8 tahun kahwin, dia tak pernah sekalipun ulang dosa lama dia tu. Sebut pun tak mahu. Dia rasa maluuuu sangat..

HP dia? FB? IG? Sentiasa dalam pengawasan saya. Kami boleh exchange hp masing-masing bila-bila masa. No secret-secret.

Seawal kahwin saya dah kata, saat dia mula berahsia daripada saya. Saat itu dia akan mula hilang keyakinan dan kepercayaan saya dekat dia 100%.

Rata-rata saya tengok, kecurangan pasangan berlaku bermula daripada HP. Sebab ada pasword. Beware… sebab apa? Sebab senang nk buat jahat sorok-sorok. Siapa pun, tak kira lelaki mahupun perempuan.

Btw, manusia yang bertaubat nasuha, layak diberikan peluang kedua. InshaAllah, moga Allah ampuni dan rahmati kepada orang-orang yang berjihad & istiqomah meninggalkan dosa.

Saya rasa bakal jodoh awak tu pun, mungkin juga jodoh yang betul. Semoga cik “si pendosa” juga bertemu bahagia… kisah lama usah dikenang lagi. Maafkan mereka para pendosa yang mungkin juga sudah berubah. InshaAllah aminn…

Err akhir kata, maafkan penulisan saya ni jika tak sampai dan tak banyak membantu.. Saya tak pandai menulis.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *