REPLY: Makna Kehilangan

Salam, saya terbaca article, https://iiumc.com/makna-kehilangan/ yang relate sagat sangat dengan saya.

Mungkin cuma perbezaan, saya anak terakhir dan hanya seorang perempuan. Dengan ayah, saya tak degil, semua yang ayah cakap, saya ikut. Dengan mak saja, nakal sikit haha.

Ketika Ayah pergi disebabkan post-covid complication, saya baru 2 hari bernikah. Abang sulung saya yang walikan saya sebab ayah bedridden.

Betul, hanya orang yang dah lalui saja faham kenapa kita terkesan sangat. Saya jugak, anak perempuan Ayah yang cemerlang.

Ayah pernah cakap “Tak sia sia ayah kerja kuat kuat untuk adik.”

Dari kecil, semua ayah buatkan. Mintak saja nak beli apa, tak pernah ayah tak bagi. Kemana-mana nak pergi, ayah yang ambil hantar sebelum ada lesen kereta.

Ayah saya, pada saya, ibarat satu figure yang sangat kuat dan soft, comforting dan perlu saya hormat. Ayah tak garang, tapi ada masa saja dia tegas.

Memang manja dengan Ayah. Dah besar pun, nak pergi kerja, salam peluk cium ayah dulu. Pagi pagi ayah belikan nasi lemak untuk saya bawak ke tempat kerja.

Kadang-kadang ayah masih oncall kerja walaupun umur dah 68 tahun. Tak suka duduk diam.

Julai 2021, kami sekeluarga dijangkiti covid. Tuhan dah tetapkan takdir, ayah yang pergi walaupun sebenarnya mak yang nampak macam sakit teruk.

Ayah sebulan di hospital, pulang ke rumah, selepas sebulan, dua hari lepas saya nikah, Ayah pergi.

Sama, organ dalaman Ayah dah teruk. Ayah semput dalam waktu terakhir tu, dia nak pergi hospital sebab semput sangat agaknya.

Walaupun sentiasa dengan bantuan oxygen di rumah. Saya yang iring Ayah masuk ke dalam Emergency Ward.

Doctor cakap nak masukkan tube saja, tapi saya tanya betul betul. “Doctor nak intubate, tidurkan Ayah saya kan?”

Doctor tu pun sayu saja muka, angguk. Katanya, kalau tak buat juga, Ayah akan pergi secara perlahan-lahan dan dalam keadaaan sakit. Dalam pukul 2 petang ditidurkan, 11.45 malam ayah pergi.

Saya nak ceritakan lebih detail, tapi nanti lagi panjang.

Sama juga, Covid banyak merubah hidup kami. Untuk saya, saya lagi dekat dengan Tuhan. Setiap hari kekubur, dekatkan saya dengan peringatan tentang kematian. Dan banyak lagi.

Mak saya pun, sangat tenang. Dia kata, dia rasa puas sangat jaga Ayah sebulan. Memang penat jaga orang sakit, tak cukup tidur kita. Saya dengan abang saya, jadi jaga tiap malam haha.

Cuma abang saya tidur tidur ayam, saya pulak duduk sebelah ayah sambil buat kerja freelance saya, tak tidur. Pagi esoknya baru tidur, mak jaga ayah, bagi makan apa semua.

Betul, saya pun dulu “tak tahu macam mana lah perasaan kehilangan mak atau ayah”.

Saya underestimate juga perasaan tu. Rupa rupanya, sakit nya Tuhan saja tahu. Dekat office pun, sampai sekarang masih lagi menangis teresak esak.

Susah kan nak percaya yang Ayah dah tak ada. Saya pun masih tak dapat hadamkan, betul ke tidak ni Ayah dah tak ada.

Tapi, saya akan sedapkan hati kalau overthinking.

Kalau kita tak boleh terima pemergian Ayah, maknanya kita tak percaya takdir Allah.

Bila tak percaya takdir Allah, maksudnya kita tak percaya Qada Qadar. Kalau tak percaya Qada Qadar, maksudnya kita tak beriman. Na’uzubillah.

Saya nak jumpa Ayah dekat Syurga, Ayah orang yang baik, ramai orang puji Ayah.

Saya pun nak jadi baik dan pemurah macam Ayah. Kena redha dengan takdir Allah. Ayah cuma pinjaman, Ayah milik Allah.

“Rindu yang tidak berpenghujung. I think the hardest part of losing someone, isn’t having to say goodbye, but rather learning to live without them.”

Al-fatihah untuk Ayah kita. Moga di ampunkan segala dosa dosa dan dimasukkan ke Syurga Firdaus Allah tanpa hisab. Aaamin.

– Anak Ayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *