REPLY: Malangnya Jadi Aku

Untuk part I, (https://iiumc.com/malangnya-jadi-aku/).

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confessions. Terima kasih buat admin kerana siarkan cerita aku yang lepas. Walaupun kisah aku tak ada orang nak tahu sambungannya, aku tetap nak reply pertanyaan korang semua.

Aku sangat berterima kasih buat korang yang bagi semangat, bagi cadangan dan tak kurang juga ada yang bagi info kerja. Aku terharu sebab ada respon dari korang. Aku dekat rumah takde kawan. Aku sibuk uruskan hal rumah dan anak sampaikan aku jarang keluar rumah.

Buat yang tanya aku duduk mana, aku duduk negeri Melaka. Bab kerja insyaAllah aku tak akan memilih. Sebenarnya, aku pernah nak apply kerja cleaner dekat sebuah sekolah yang dekat dengan rumah. Sebelum aku apply, aku tanya pendapat suami.

Dia tak setuju. Katanya dia, aku boleh dapatkan kerja yang lagi better daripada cleaner. Aku diam.

Aku dah tak kisah dah orang nak pikir apa pasal aku. Aku tak kisah pun kalau orang nak perlekeh aku kerja kerja bawahan macam ni sebab aku cuma pikir nak hidup saja, nak dapatkan duit.

Lepas tu aku tanya pendapat dia untuk aku buat Grabfood. Aku plan nak ambil lesen motor sebab aku cuma ada lesen kereta saja. Dia tak bagi jugak sebab katanya bahaya.

Aku dah tak suka sebenarnya dengan cara suami ni. Aku dah start pikir yang kemungkinan dia tak suka aku ni maju daripada dia kot. Masa aku bekerja dulu, suami aku kerja sama tempat dengan aku.

Ditakdirkan masa tu gaji aku lagi tinggi dari dia. Dia cakap, dia tak suka kalau gaji bini lagi tinggi daripada gaji dia sebab jatuh egonya. Then dia resign dulu dan cari kerja lain yang gajinya lagi tinggi daripada aku.

Ada yang tanya macam mana suami boleh kebas duit aku? Jawapannya macam ni; aku tak bagitahu dia pin aku tapi dia pernah ikut aku keluar duit dekat atm so dia tahu la pin aku. Lepas saja aku lahirkan anak, anak aku ada jaundice.

Anak aku prolong jaundice sebulan lamanya dan dua kali admit hospital. Silap aku juga sebab aku lupa nak mintak awal dompet aku. Aku betul betul lupa sebab aku sibuk uruskan anak yang jaundice masa tu.

Tak silap aku dua minggu aku pantang baru aku mintak dompet aku dan masa tu lah aku tergerak hati nak cek baki aku melalui online banking. Lepas aku cek aku terkejut sangat sebab aku tengok kosong duit aku. Dia sapu licin. Aku mengamuk macam orang gila dekat dia.

Sepanjang aku berpantang aku menangis. Dalam pantang jugak dia kantoi dengan aku yang dia hampir langgan pelac*r dekat app WeCh*t.

Dia kata tak langgan, cuma tanya saja. Entah betul entah tidak yang dia cakap tu. Alasan dia aku tak layan dia. Tapi aku bodoh, masa aku tanya dia pasal mesej tu dia sempat rampas henfon dia dan padam. So aku takde bukti dah.

Banyak red flag sebenarnya tentang laki aku ni. Belum lagi aku cerita apa yang mak bapak dia buat dekat aku masa dalam pantang. Mesti korang terfikir kan macam mana aku boleh kawin dengan dia kan?

Sebelum kawin aku tak nampak red flag tu sebab dia seorang yang cukup solat. Datang dari keluarga beragama dan educated.

Kalau keluar dating dulu pun siap berhenti surau untuk solat. Tapi semua tu untuk kaburkan mata aku saja. Lepas kawin, aku tak pernah nampak dia solat.

Kalau tidur rumah parents dia, dia sanggup tipu cakap dah solat. Aku kejutkan dia pun dia tak bangun (subuh). Kalau waktu solat lain dia asyik tangguh sampailah habis waktu.

Bila aku dah bosan ajak dia solat tapi tak nak buat, so aku malas dah nak ajak dia lagi. Usahkan solat, dia jugak jenis pengotor.

Kuku panjang, telinga tak bersihkan dan malas gosok gigi. Kalau aku tak buat, memang dia tak buat. Kalau aku mati dulu tak tahulah macam mana kan?

Tentang berpisah, aku memang ada niat lepas aku kena tipu dan lepas dia kebas duit aku tu. Tapi aku kena susun strategi dulu. Aku tak nak berpisah tapi aku takde income. So aku plan nak dapatkan kerja, pastu dah stabil boleh la aku mengorak langkah seterusnya.

Tapi dalam masa yang sama, aku kesiankan anak anak. Aku akui dia pandai layan anak anak. Anak anak aku memang rapat dengan dia berbanding aku.

Macam manapun, aku memang dah niat untuk berpisah saja kalau dia tak berubah sebab dah banyak sangat dah hati aku sakit sebab dia. Doakan aku ya!

For those yang bagi info kerja, insyaAllah aku akan pm nanti. Terima kasih

– Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *