REPLY: Mati Putik

Reply, (https://iiumc.com/mati-putik/).

Hai Mawar, lepas baca confession awak terus teringat dekat diri sendiri. Saya pon isteri, pernah lalui apa awak lalui. Apa yang awak rasa tu bukan la tak normal, tapi saya rasa awak cuma dah tawar hati dan frust.

Saya pon pernah lalui fasa tu. Memang sedih. Dah cantik2, wangi2, sexy2 tapi dia boleh tak makan umpan, haha. Banyak kali berbincang pon kejap je berubah, lepastu back to normal.

Saya tak tahu suami awak macam mana, tapi suami saya memang baik. Dah buat spotcheck takde apa yang pelik pon so saya deduce suami memang penat. Dan saya rasa tak semua lelaki sama.. hanya fikirkan sex.

Masa berbincang dengan suami pasal benda ini, suami pernah kata dia ada je nafsu dengan saya, tapi bukanlah setiap masa dia fikir nak bersama. Keutamaan dia selepas berkahwin untuk memastikan keperluan kami cukup dan saya dapat apa yang saya inginkan.

Other than that, saya juga berkerja dan dia tahu saya juga penat. Jadi dia bukanlah jenis yang meminta dan memaksa. Ye memang betul. Dari kerja rumah sampai hal di bilik tidur, suami memang someone yang memahami.

Saya pula sebelum kahwin dah diomok-omokkan yang semua suami ni sama je, sex nombor satu. Isteri kena jaga benda tu. Tapi rupanya tidak.

Bila dah bercakap dengan suami dan buat kajian sendiri, memang ada lelaki yang sex drive dia tidak tinggi tapi bukan lah bermaksud dia mati putik atau ‘makan luar’. Cuma difikirannya lebih kepada nak cari nafkah untuk keluarga. Suami saya begitu la. Hasil didikan ibu dan bapa mertua saya agaknya.

Dari kecil suami saya memang anak yang baik dan rajin berkerja, membantu keluarga. Jadi awak jangan la sedih sangat ye. Mungkin suami awak pon begitu.

Masa saya dulu tu dah sampai satu tahap saya sangat frust dan malu. Hampir seminggu saya makan hati dan tak bergelak ketawa dengan suami. Rasa macam diri ni sahaja yang beria, orang sana tak ingin pon, haha.

Sampai la satu malam saya pertama kali menangis di atas sejadah. Saya doa kalau betul suami saya tak ingin bersama saya, saya cakap takpe tapi tutup la juga keinginan saya pada suami dan semua makhluk-Nya.

Jadikan saya ketua bidadari syurga suami supaya di sana nanti saya boleh melayan suami dan keinginan saya sepuasnya. Supaya saya sahaja di matanya dan tak pandang bidadari lain. Gitewwww punya kecewa hati kita masa ni, haha.

Tapi kalau suami saya sebenarnya masih sukakan saya, saya mohon Allah datangkan dia kepada saya. Biarlah suami yang datang mencari sebab saya dah cukup malu. Saya pon ada maruah sebagai isteri. Saya minta Allah jaga juga air muka saya.

Sampai satu tahap tukar baju depan suami pon saya tak nak sebab dah rasa rendah diri sangat, padahal kitanya muda lagi takde la hodoh sangat, haha.

Hati saya masa tu memang dah tak mengharapkan sentuhan suami, kadang bila keluar jalan pon saya buat-buat tak nampak je dia hulur tangan nak pegang. Bukan sebab benci, tapi tak nak hati kembali berbunga dan berharap.

Masa tu sedang slow2 belajar padamkan keinginan tu sebab nak compare dengan suami, sex drive saya lagi tinggi. Sorry terpaksa cakap nak bagi awak faham perasaan saya masa tu, haha. Masa tu saya rasa sayalah suami2 yang pernah confess dalam IIUM Confession ni bila isteri tolak ajakan bersama, hahaha.

Tapi Allah tu baik sangat. Tak lama pon lepas saya doa macam tu, tiba-tiba satu hari suami ajak bersama. Saya layankan sahaja sebab memang tanggungjawab kan tapi tidaklah beria seperti dulu.

Then beberapa hari kemudian, suami ajak lagi. And it goes on sampailah sekarang. Boleh dikatakan lebih dua kali setiap minggu. Ye setiap minggu. Rasa macam terlebih nangis ke aku atas sejadah haritu, hahaha.

Tapi syukur sangat suami dah berubah. Bila saya tanya kenapa tiba2 lately ni macam kerap nak bersama. Sebelum ni pernah dua kali je saya dapat dalam sebulan. Suami jawab apa nak tahu? Entah. Entah dia cakap.

Lately ni tiba2 rasa kerap nak bersama bila tengok saya. Ye mungkin itulah jawapan doa saya. Dalam hati tak berhenti ucap terima kasih pada Allah.

So apa pengajaran cerita saya ni.. ada ke? hahaha..

1. Saya faham perasaan awak, and your feelings are valid. Cuba slow talk dengan suami, betul2 luahkan apa awak rasa. Kalau awak ada rasa macam malu dan terhegeh-hegeh, cakap je. Biar dia tahu awak pon manusia, ada keinginan untuk disentuh suami, ada hati dan perasaan.

Tapi cakap la dengan tone yang sesuai dengan hubungan korang. Macam suami saya tak boleh cakap sambil senyum atau gelak2 dengan dia, nanti dia tak serious and dia ingat saya tengah usik dia.

2. Agak susah untuk ditelan, tapi mungkin awak terlupa untuk minta pada Dia. Dia yang pegang hati kita semua, termasuk suami awak.

Macam saya dulu, mungkin terlalu berharap pada kasih sayang suami (yela kita ni kena tinggal dengan bapak masa kecik2 dulu haha) sampai terlupa nak berharap kasih sayang Dia sebenarnya lebih penting. Kembalikan hati awak pada Dia, Dia akan uruskan hati suami awak. Cuba la

3. Tips saya sekarang ni.. tak payah beria bersiap-siap macam dulu. Tunggu dia ajak, then baru awak bersiap. Macam saya, saya dah tak mengajak suami lagi dah. Buat-buat jual mahal. Bila suami kata nak bersama malam ni, saya sambut dengan baik.

Saya akan affirm invitation dia, dan saya akan tanya dia ada request apa2 tak? Nak saya pakai perfume favourite dia ke, atau nak saya pakai baju yang dia suka ke? Dia nak sex yang macam mana malam ni (saya tahu masing2 ada kinks so saya tak detail la bab ni ye).

That way, saya tunjuk pada suami I’m ready to commit, just waiting for you. So mungkin suami pon fikir rupanya saya sentiasa ready untuk dia. So he can ask any time. — tips ini tak terpakai untuk mereka2 yang tidak bertimbang rasa ye.

Like i said, suami saya tak pernah meminta dan menyuruh-nyuruh saya buat kerja rumah. Jadi penat saya hanya kerana saya bekerja, dan saya boleh tolak tepi penat itu sebab memikirkan kebaikan suami pada saya yang tak pernah merungut saya malas ke rajin hahaha

Rasa macam panjang pulak saya menulis ni. Tapi saya harap Mawar dan korang semua yang membaca dapat la apa yang saya cuba nak sampaikan.

Akhir kata, saya minta maaf ye kalau ada rasa tak selesa dengan confession yang mungkin agak open ni? Bubyeeee!

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *