Teringin nak menulis selepas baca ‘Medical Report Berpuaka’ (https://iiumc.com/medical-report-berpuaka/), sebab saya sudah menjadi doktor lebih dari 10 tahun.
Izinkan saya tulis dalam bahasa pasar dan santai sebab saya tengah bercuti dan tiada mood nak tulis dengan serius dan check typo.
Masa awal-awal saya menjadi doktor, saya kadang2 terfikir, kenapa lah diorang ni bersikap seperti ini? Kenapalah taknak mengambil ubat?
Kenapalah tak nak ambik tindakan? Kenapa lah tak nak jumpa doktor dan percaya kepada bomoh2? Jenuh bagi nasihat, tapi masih macam tu.
Dan hasil pemerhatian saya setelah melihat beribu-ribu pesakit, saya perasan secara ammya, apabila manusia mengalami masalah/stress, manusia ada 2 style untuk handle masalah tu. ***Ni secara mudah ya.
Sebelum saya start, mari kita renungkan hadis ni. Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: Aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal?
Baginda menjawab: Ikatlah unta itu dan bertawakkallah. [Sahih Ibn Hibban, no: 731].
So dalam hadis ini, ada 2 komponen
1) Ikat unta (tindakan, REALITI)
2) Bertawakal (doa – REAL, tapi tak semestinya menjadi REALITI)
Ok sekarang cuba kita lihat kepala orang lain2.
1) Boleh tak kita tahu apa yang difikirkan / dialami? Tidak.
2) Dan kalaulah seseorang hanya berfikir dan hanyut dalam emosi, tidak mengambil tindakan, adakah realiti sekelilingnya akan berubah?
Tidak.
Apa yang saya nak sampaikan, fikiran dan emosi TIDAK AKAN merubah realiti. Fikiran dan realiti kita rasa itu saya akui real, tapi tak wujud dalam dunia realiti.
Fikiran dan emosi tak ada kuasa apa2 pada realiti, melainkan kita menggunakan mulut, tangan dan kaki.
Sebab itu orang bukan Islam, kalau dia berusaha, dia berjaya juga. Ini adalah hukum yang Allah letak, siapa sahaja berusaha, insyallah dia akan dapat.
Jadi, apabila seseorang pesakit tu mengalami masalah baru (macam baru di-diagnose kan dengan kencing manis, darah tinggi), dia akan ada 2 cara nak handle stress dari masalah itu
(a) Terima realiti (telan kepedihan hidup) dan ambil tindakan.
(b) Avoidance and denial – larikan diri dan menidakan keadaan (tak nak terima realiti dan TAK NAK TELAN KEPEDIHAN REALITI. Jadi mereka ubah hakikat didalam pemikiran, persepsi dan fantasi).
Dan kalau korang rajin baca buku psychology, orang macam ni masih sangkut dalam cara menangani masalah level budak-budak, walau dah besar panjang. Boleh baca ‘defense mechanism’ kalau korang nak tau lebih detail.
Kebanyakkan pesakit2 dan orang ramai saya lihat biasanya jatuh dalam kategori (a). Insyaallah yang jenis ni akan makan ubat dan ikut follow up.
Yang pesakit (b) ni biasanya jenis yang confession “Medical Report Berpuaka”. Disebabkan style diorang handle masalah adalah ‘avoidance dan denial’, sebab itu diorang bukan setakat sahaja tak makan ubat… tak nak kerja, tak nak ambik tanggungjawab etc.
Yang jenis (b) ni akan cenderung jumpa bomoh, kena scam dengan produk timbang kilo atau mesin2 mengarut. Dalam pemikiran diorang
“Kalau saya makan ubat, saya ada kencing manis. Jumpa bomoh, bomoh kata tak ada kecing manis dan boleh sembuh. Jadi baik ikut cakap bomoh”.
Kalau diperhatikan betul2, motto hidup diorang adalah ‘sebab saya fikir tak ada, maka tak ada dalam realiti’. Which is denial of reality.
Satu lagi (b) ni biasanya terbiasa dengan fikiran TAK APA (avoid), ‘ada masalah tak apa, nanti bini handle. nanti jkm handle, nanti mak ayah handle. nanti dah teruk doktor handle’.
Bila pemikiran ni dah sebati, lama2 diorang akan guna pemikiran ni bila berhadapan dengan apa2 stress/masalah. Sebab tu diorang boleh tenang jek takde kerja.
(b) pulak, bila dah berhadapan dengan masalah yang diorang yang sepatutnya bertanggungjawab dan tak boleh nak lari mana2 dah, kebiasaanya diorang akan start SALAHKAN RAMAI orang lain pulak.
“Mak salah, bapak salah, boss salah, kawan salah, client salah, nurse salah, doktor salah dsb”.
Selain dari spesis tak nak makan ubat, spesis (b) boleh didapati dalam,
– sesetengah penagih dadah dan kaki mabuk (mengelak realiti dengan mengubah persepsi dengan bahan-bahan terlarang)
– ‘sifu-sifu’ forex (korang bagitaulah ulama-ulama dah haramkan forex trading sebab dia hanya bet dengan broker,
Tunjuklah fatwa2 tu dan bagitaulah takde pemilikan, confirm diorang akan deny dan avoid realiti keharaman itu dengan ayat-ayat “saya ada ilmu saya”, “insyallah boleh” dan jawapan2 yang kabur)
So boleh ke diorang ni nak berubah? Oleh sebab ni masalah cara befikir, kebiasaanya saya akan tanya
1) “pakcik/makcik boleh ke terima hakikat yang pakcik/makcik sakit diabetes dan kena makan ubat mungkin untuk sepanjang hayat?”, dan start memahami dari situ.
Tapi tu lah, saya tak dapat ubah pemikiran/keraguan semua orang. Lagi-lagi kalau diorang ni dah ‘avoid dan deny’ dari kecil2 lagi, so dah keras.
2) “apa yang pakcik/makcik faham pasal ubat? ada tak saudara/kawan makcik cakap ubat kencing manis buat rosak buah pinggang?” – Yang ni famous. Ramai gak ada persepsi, makan ubat kencing manis, buah pinggang rosak.
Sebenarnya, kencing manis yang merosakkan buah pinggang, saraf, jantung dsb perlahan-lahan. Sebab tu kita bagi ubat untuk control kencing manis dan elak organ-organ ni dari rosak. Kalau gula terkawal, insyallah tak akan rosak.
Tapi itulah, realitinya ramai yang tak jaga kuantiti makan dan bersenam walau makan ubat. So bila dah rosak, salahkan ubat je lah. Sebab kalau salahkan diri, pedih. Baik cari kambing hitam.
Apa2 pon, kita doakan yang terbaik untuk spesis (b), ameen.
Harap penulisan ni membantu. Marilah kita adjust pemikiran kira supaya selari dengan realiti. Mulakan dengan “aku nak rasa dan fikir macam ni, tapi realiti dia macam mana ya?”.
Telan realiti mungkin pedih, tapi lama-lama ia akan hilang dan menjadikan kita orang yang lebih baik, mengambil tindakan dan meningkat kualiti hidup.
– Dr Za (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit