REPLY: Mentang-mentang Anak Cikgu

Reply (https://iiumc.com/reply-mentang-mentang-anak-cikgu/).

Aku baru je terbaca satu confession tentang anak-anak cikgu tadi. Ingatkan aku je terperasan semua tu. Nak confess nanti dikatakan jealous. Bukan jealous tapi dirasakan tidak adil untuk semua pelajar.

Dibawah ini aku cuba listkan perkara-perkara yang pernah anak-anak cikgu lakukan dari zaman aku bersekolah sehingga zaman anak-anakku bersekolah sekarang.

1. Makanan RMT. Cikgu-cikgu sanggup panggil anak-anak masing-masing walaupun blok kelas yang jauh dari kantin semata-mata untuk menghabiskan makanan RMT pelajar lain yang tidak hadir.

Kenapa tidak dipanggil pelajar-pelajar yang kelas berdekatan dengan kantin untuk makan? Kononnya unfair untuk kelas-kelas lain. Apa ke cerdiknya alasan diberikan. Bergilir-gilir jelah giliran kelas masing-masing.

Lagipun, bukan semua pelajar dalam kelas tu yang nak pergi makan. Dalam sehari boleh offer untuk dua kelas jikalau makanan RMT terlebih banyak.

Sepatutnya berlaku adillah untuk semua kelas bukannya bagi kepada anak-anak cikgu-cikgu sahaja. Kadang-kadang sampai ke waktu rehat ditapaunya makanan tersebut. Dua kali makanlah ceritanya.

Itu belum lagi anak-anak cikgu yang bertugas jaga RMT duduk makan dan minum makanan RMT. Kononnya priviledge sebab mak ayah tengah bertugas.

2. Pemberian susu sekolah untuk pelajar-pelajar miskin. Anak-anak cikgu juga yang sebat minum kalau ada stok berlebihan.

Alasan diberikan kalau ada incident keracunan makanan, susu expired dan bermacam alasan lagi. Takpe. Anak-anak cikgu je yang kena. Alasan paling bangang aku pernah dengar.

3. Makan di tempat makan cikgu. Yang ini menyirap tengok dengan mata kepala sendiri. Anak-anak cikgu senduk nasi & lauk di belakang kantin dan makan bersama pelajar lain.

Manalah perginya common sense cikgu-cikgu? Sudah tentulah menu makanan tersebut berbeza dengan pelajar lain. Boleh pula disuruhnya makan sekali dengan pelajar lain di bangku kantin.

Dah alang-alang jamu makan makanan sedap-sedap, suruh jelah anak-anak tu makan di tempat makan cikgu. Jangan bagi pelajar lain nampak.

Nasi ayam anak cikgu makan lengkap satu set macam makan di kedai. Anak-anak orang lain yang beli di kantin, nasi ayam lauk kicap seketul. Jangan mimpi nak nampak salad timun tomato, kuah kicap pun ciput. Ayam pun alahai sedih tengok rupa ayam tu.

Terliur pelajar lain tengok anak-anak cikgu makan. Di luar kantin tu bermacam kisah kehidupan. Ada yang mampu dan tidak makan set nasi ayam lengkap seperti anak-anak cikgu.

Malaslah nak bercerita panjang tentang bekal-bekal pelajar lain. Sedih dibuatnya terutamanya sekolah di luar bandar.

Cikgu-cikgu tak terfikir ke situasi pelajar-pelajar?. Ikut sedap tekak masing-masing je jamu anak-anak makan sedap di depan pelajar-pelajar tak berkemampuan.

Kalau mengajar sekolah bandar dan elit, mungkinlah pelajar-pelajar lain tak kesah. Sama taraf hidup dan dibiasakan makan makanan sedap dan lazat dan mungkin lebih mahal.

4. Pertandingan. Alasan diberikan kenapa anak-anak cikgu yang terpilih wakil sekolah ialah senang nak diajar berlatih.

Anak-anak cikgu tak kalut nak balik awal kejar transport dan tiada masalah untuk datang berlatih pada hari minggu. Alasan sangat tak munasabah.

Tapi apakan daya, kita sebagai parents nak buat aduan, anak-anak kena mark dan ban dengan cikgu-cikgu pula.

Tambahan pula, markah dan penilaian semuanya dibuat oleh guru sepenuhnya. Jadinya berlumba-lumbalah cikgu-cikgu meletakkan nama anak masing-masing sebagai priority.

Ada bakat ke tidak, belakang kira. Janji sijil penyertaan dapat. Sijil-sijil ini amat berguna untuk memohon sekolah berasrama penuh dan untuk permohonan-permohonan lain.

Pelajar-pelajar lain ikut nasiblah. Kalau rapat dengan memana cikgu, adalah habuan diheret sekali masuk pertandingan.

Salah satu situasi pilih kasih pelajar yang berlaku di sekolah. Kalau rapat dan baik dengan cikgu, automatik cikgu pilih. Pelajar lain dinafikan hak.

Ada cikgu-cikgu yang ikhlas gilap bakat anak-anak murid dia. Cikgu seperti ini aku berterima kasih kerana tak pilih kasih dan adil dengan semua pelajar.

Tapi tak semua cikgu yang mempunyai hati suci nurani ikhlas mencungkil bakat pelajar. Ada juga kes cungkil bakat pelajar beria, apabila pelajar dapat masuk peringkat negeri atau kebangsaan, tukar dengan anak-anak sendiri.

Konon senang nak monitor dan memudahkan kerja sebagai cikgu pengiring. Tambahan pula lokasi pertandingan di Sabah atau Sarawak mahupun oversea. Kononnya alasan ibu bapa pelajar tersebut tak beri kebenaran ke sana mahupun tiada passport.

5. Lawatan sekolah. Separuh bas adalah anak-anak cikgu. Yang lagi sedap aku nak bercerita ialah cikgu-cikgu pengiring adalah mak-mak sendiri. Ada tu angkut satu family join. Ambil kesempatan secara tak langsung.

Yelah, makan, minum, penginapan ditanggung dan disponsor sepanjang lawatan. Kalau kena bayar pun bayar sedikit jelah. Kebanyakkan hotel ada special rate untuk sekolah. Tipulah kalau tak pernah ada golongan cikgu yang buat perangai seperti ini.

Kalau pasal lawatan, mohon pihak sekolah buang lawatan ke Sogo sebagai acara lawatan. Cikgu-cikgu dan anak-anak cikgu separuh bas masuk shopping kat dalam, anak-anak murid yang lain bersidai tengok busking luar Sogo.

Nak shopping tak berduit terutamanya pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar. Nak makan, food court Sogo mencekik harganya. KFC tepi tu bukan semua pelajar mampu masuk makan. Nak merayap, ada yang penakut tengok bangsa asing bersepah.

Jadinya, melepak di luar Sogo jelah sambil tunggu cikgu-cikgu dan anak-anak cikgu separuh bas bershopping.

Tolonglah isi program lawatan dengan perkara-perkara bermanfaat selain bershopping di Jalan Tar dan Sogo selama 3 jam.

Nak masukkan juga lawatan ke Jalan Tar sebagai lawatan sejarah, tolong bawa semua pelajar berjalan-jalan dan tunjukkan bangunan dan lokasi bersejarah.

Bukannya ambil kesempatan bershopping dan lepaskan pelajar-pelajar bebas berjalan sendiri. Bila sentuh pasal lawatan, janganlah ambil kesempatan melencong sana sini masuk mall.

Kalau cikgu-cikgu mengajar sekolah pendalaman dan luar bandar, ingat sedikit latar belakang anak-anak murid.

Mak ayah anak-anak murid bergolok gadai nak bagi anak-anak belajar tentang tempat bersejarah sepertimana dalam tentative program tetapi cikgu-cikgu boleh pula bawa pergi mall.

Ini belum lagi aku cerita pasal tinggal anak-anak murid dekat cikgu-cikgu lelaki dekat petrosains, cikgu perempuan pergi tawaf satu KLCC bershopping. Begitu juga situasi di Kidzania. Cikgu lelaki jaga budak, cikgu perempuan tawaf Ikea.

Cukuplah setakat 5 points yang ketara dilakukan oleh cikgu-cikgu untuk anak-anak mereka. Ikutkan hati points yang remeh-temeh pun aku nak masukkan. Biar semua nampak dan nilai sendiri.

Tak semua cikgu yang pilih kasih dan berikan tempat istimewa untuk anak-anak mereka. Aku tak pukul rata semua cikgu di Malaysia buat perangai sebegini. Apa yang aku luahkan disini cuma apa yang aku nampak dan lalui.

Aku harap mana-mana cikgu yang mengambil kesempatan sebegini dapat berubahlah. Ingatlah sama halal dan haram dalam memberi rezeki kepada anak-anak cikgu.

Mungkin cikgu-cikgu terlepas pandang hal-hal sebegini, tidak mengapa. Untuk bahagian aku dan anak-anak aku, aku maafkan dan halalkan semua salah cikgu sepertimana yang aku listkan diatas.

– Bukan Anak Cikgu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *