REPLY: Merajuk Dengan Allah

Assalamualaikum. Tiba2 aku tergerak hati untuk menulis. Sebelum ni aku hanya membaca dan komen saja.

Tapi lepas terbaca satu confession tentang merajuk dengan Allah, (https://iiumc.com/merajuk-dengan-allah/), aku teringat aku yang dulu. Dimana satu ketika dulu juga pernah merajuk dengan Allah.

10 tahun yang lepas, di saat semua kawan2 mula mendapat panggilan temuduga, di saat kawan2 mula mendapat pekerjaan, aku masih disini. Gendong anak ke sana ke mari. Masa tu baru anak sorang.

Kenapa aku tidak mendapat sebarang panggilan temuduga seperti kawan2 yang lain.

Kawan aku yang dapat pointer lebih rendah dari aku pun dah dapat panggilan temuduga dan dah dapat pekerjaan pun. Batch pertama berlalu. Aku setia menunggu batch kedua. Hampa. Tetap tiada panggilan apa2.

Masa ni la aku merajuk. Apa salah aku? Kenapa susah sangat nak bagi aku pekerjaan? Aku punya cita-cita dan matlamat. Tapi kenapa aku tiada rezeki pekerjaan?

Aku mula tinggalkan solat. Lantaklah. Apa nak jadi jadilah. Azan subuh, aku pekakkan telinga. Pejam mata rapat2.

Zohor berlalu. Asar berlalu. Maghrib berlalu. Isyak juga berlalu begitu saja. aku sikit pun tidak ambil peduli. buat apa aku solat? sedangkan DIA tak bagi apa yang aku nak.

Aku lupa, Allah tu yang pemberi rezeki. Apa yang aku dapat dengan merajuk dan mencabar DIA yang maha esa.

Selepas 3 hari meninggalkn solat sepenuhnya, disaat suami aku bekerja syif malam, hanya aku berdua dengan anak ku, aku tidur seperti biasa. Tidak solat seperti 3 hari sebelumnya.

Malam tu aku bermimpi. Di dalam mimpi tersebut dunia seakan gelap gelita. Manusia berlari kesana kemari. Menjerit2 minta pertolongan.

Aku berada ditengah2 kekacauan berdiri tegak tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Hanya mampu menyaksikan huru hara tersebut.

Tiba2 aku disapa oleh seseorang yang kita semua kenal. Dia penceramah bebas. Aku ingat lagi dia berkata “tengok di langit.” Dengan segera aku berpaling ke langit yang hitam mendung itu. Ada tulisan di atas langit tersebut.

Aku tak nampak apa yang tertulis di situ. Aku berkata “saya tak nampak.” seusai aku berkata begitu, tulisan yang dari awalnya kecil tiba2 bertukar menjadi besar sehingga aku boleh membaca setiap bait kata.

Belum sempat aku membaca ada satu suara garau berkumandang di langit membaca untuk ku tulisan2 tersebut. Hanya satu yang aku ingat.

Dan suara itu masih jelas kedengaran walaupun perkara itu sudah berlalu 10 tahun yang lepas.

“AKU TUHAN KAMU.” Allahuakbar. Aku terduduk. Apa yang dah aku buat ni.

Aku terjaga dari tidur. Air mata membasahi bantal. Dada berdegup kencang. Dan ketika itu azan subuh berkumandang. Aku menangis lagi.

Aku bangun, mandi dan menunaikan solat subuh. Aku sujud dan aku menangis lagi. Aku bangun dan mula buat taubat nasuha. Aku bertaubat dengan dosa2 lalu. Aku berdosa padaMU ya Allah.

Dari situ aku baru tersedar, Allah dah bagi banyak pada aku. Hanya sebab Allah tak permudahkan impian aku untuk mendapatkan pekerjaan, aku merajuk padaNYA. Sehingga terlupa nikmat rezeki yang DIA bagi ketika itu.

Allah tunaikan impian aku untuk berkahwin. Baru 2 minggu kahwin, Allah bagi aku hadiah.

Ya aku bunting pelamin. Suami yang baik. Kesihatan yang baik. Boleh berak, boleh kencing dengan baik sekali. Ini pun rezeki ye. Nampak saja remeh benda ni. Tapi cuba kalau kita tak membuang, apa akan jadi dengan sistem badan kita. Pasti rosak semuanya.

Ni antara rezeki yang kita selalu tak pandang. Rezeki bukan terletak pada duit dan kedudukan saja. Semua itu ujian. Allah bagi kita bernyawa, hirup udara segar pun dah syukur. Kita kena belajar untuk mensyukuri setiap benda dalan dunia ni.

Entah macamana aku dapat tahu aku mengandung anak kedua. Aku menangis ya Allah. Allah tak beri aku pekerjaan sebab Allah bagi aku rezeki yang lain. Allah bagi aku anak lagi. Rezeki kan ni? Ni semua rezeki.

Sejak dari itu aku sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah kata kalau kita bersyukur, DIA akan beri lebih lagi. Jadi jadilah hamba yang sentiasa bersyukur dan mensyukuri nikmat Allah.

Kepada TT. Kalau TT baca confession ni, berbalik lah pada Allah. Tak guna merajuk dengan Allah. DIA maha kuasa, maha esa. DIA yang memberi rezeki pada kita.

TT tengokla sekeliling TT, itulah nikmat rezeki yang Allah bagi pada TT. Jangan sebab kerana anak TT nak merajuk pada Allah sekaligus bersangka buruk padaNYA.

Dari hamba Allah yang hina,

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *