Assalamualaikum semua. Aku tergerak hati untuk baca confession “Merajuk Dengan Tuhan” https://iiumc.com/merajuk-dengan-tuhan dan tulis confession ni.
Sama seperti confessor, aku juga pernah melalui fasa diduga dan merajuk dengan Allah.
Aku sengaja tak solat. Ibadah kecil yang lain aku masih buat macam baca doa sebelum makan, selawat, istighfar semua tu, cuma solat je yang aku tak buat. Kononnya aku sedang ‘rebel’ dengan Allah.
Masa mula-mula tu, aku rasa puas hati tapi 4-5 hari lepas tu aku rasa hidup aku kosong. Apa aku dapat bila ‘rebel’? Tak ada apa. Rasa berdosa semakin menebal.
Aku berhenti ‘rebel’ dan kembali ke pangkal jalan. Perasaan ni datang dan pergi berulang kali. Maknanya, berkali-kali juga aku merajuk dengan Allah.
Kita manusia yang lemah dan penuh dengan kesilapan. Iman ada naik dan turun. Ada kalanya aku rasa aku kuat hadapi ujian Allah, ada kalanya aku rasa sangat tak kuat. Aku ada satu sikap yang buruk yang sekarang ni aku dah tak buat dah.
Tahun 2017 aku dan suami beli rumah baru. Masa tu aku tak ada kerja tetap, cuma buat kerja sambilan tapi bayaran masyuk juga boleh kongsi 50-50 bayar loan rumah dengan suami. Lepas dah beli rumah baru, suami dapat tawaran kerja di luar negara.
Kami berbincang dan bersepakat untuk biar adik ipar perempuan dan ibu mertua tinggal di rumah baru kami (sebab mereka pun menyewa rumah, tak ada rumah sendiri, MIL dan FIL berpisah). Mereka boleh tolong jaga rumah semasa ketiadaan kami nanti.
Lagi 2 minggu sebelum nak berangkat, tiba-tiba kami dapat berita yang tawaran kerja suami aku ditarik balik (faktor kewangan syarikat). Masa ni ipar dan mertua ku sudah pun berpindah masuk ke rumah baru kami. Aku terdiam.
Aku memang tak boleh tinggal serumah dengan MIL. Dia ada perangai yang tidak menyenangkan aku. Kalau 3-4 hari sahaja aku boleh layankan lagi, tapi ni dah TERduduk sekali dalam satu rumah sampai bila pun aku tak tahu.
Masa tu terkeluar ayat “Are you kidding me??” You tu merujuk kepada Allah. Allah dah bagi rezeki untuk kami pergi luar negara (away from toxic MIL) tapi tiba-tiba rezeki itu ditarik balik dan sekarang aku stuck dengan MIL. Aku rasa macam takdir mempermainkan aku.
Ada juga beberapa insiden lain di mana aku merajuk dengan Allah dan terbit lagi ayat “Are you kidding me??” dari hatiku.
Sejak awal tahun 2022, aku diuji dengan kesusahan dapat tawaran kerja. Aku usaha, aku berdoa, aku cuba bersangka baik, tapi ada waktu aku tersungkur dan mula menyalahkan Allah pilih kasih, Allah tak sayang aku,
Buat apa aku tertonggeng solat sujud semua tu kalau Allah tak makbulkan doa aku dan tak bagi aku apa-apa pun, padahal aku tak pernah kacau hidup orang, tutup aurat dan sentiasa bersedekah.
Semua yang aku rasakan ni, adalah emotional turbulence yang sangat dahsyat. Kata Allah sayang hambanya melebihi seorang ibu menyayangi anaknya, tapi kenapa Allah biarkan je aku terkontang-kanting seorang diri? Hati aku terlalu bitter.
Aku cuba bersyukur dengan nikmat-nikmat kecil yang Allah kurniakan kepada aku, aku senaraikan satu per satu dalam minda, sebab aku nak latih diri sendiri supaya jangan kufur nikmat. Apakan daya, ada satu lagi suara jahat dalam otak aku yang berkata,
“Ala.. semua benda ni basic saja la.. kau dapat anak-anak yang comel dan suami yang baik, orang lain pun dapat benda yang sama juga”.
Bila dah ada suara-suara negatif macam ni, terus hilang mood aku untuk bersyukur dengan kurniaan “benda-benda basic” yang bagi aku, semua orang pun ada.
Aku cuba dan cuba dan cuba untuk muhasabah diri dan perbaiki diri. Allah Maha Baik. Pernah satu ketika aku diambang kesedihan yang teramat. Aku turun dari kereta dan masuk ke rumah.
Dari jauh aku nampak anak perempuan yang berumur 2 tahun sedang bergayut di grille rumah. Dia sangat gembira nampak aku pulang. At that instant, hatiku berbunga. Perasaan sedih tadi hilang serta-merta. Aku rasa itu adalah cara Allah untuk gembirakan hati aku.
Fast forward ke tahun ini 2024, aku dapat kerja baru. Aku kerja bersungguh-sungguh sebab hutang aku semakin banyak dan aku dah lama tak kerja dan tiada pendapatan.
Di akhir tempoh probation, aku dipanggil oleh Manager dan dia kata yang aku tak akan diserap masuk sebagai pekerja tetap. Bukan sebab prestasi kerja tak bagus, tapi sebab syarikat nak downsize dan tak jadi ambil pekerja baru.
Pada waktu tu, boleh saja aku salahkan Allah lagi seperti yang lazim aku buat dengan ayat “Are you kidding me??” tetapi apa yang terbit dari hatiku adalah “Alhamdulillah”.
Aku tak tahu kenapa aku bersyukur dengan berita buruk masa tu. Mungkin berkat doa kakakku di depan Kaabah sebulan sebelum itu. Aku minta kakak aku doakan aku sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Kakak aku juga banyak mainkan peranan untuk “pulihkan” aku. Dia kata, bersyukurlah dalam tempoh 3 bulan aku berkerja dengan syarikat tu, aku dapat langsaikan hutang sedikit sebanyak.
Ok dah panjang sangat dah ni aku tulis. Kepada confessor posting asal, aku cuma nak bagitau – I don’t judge you and I empathise with you. Orang lain tak boleh menidakkan apa yang awak rasa sebab awak sendiri yang melalui liku-liku perjalanan hidup awak.
Ingat selalu – kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya adalah jauh melebihi kemurkaan-Nya. Go back to the basic. Apa yang Al-Quran cakap?
Allah tak pernah kata kalau kau orang baik, kau tak akan diuji. Tetapi apa yang Allah janji adalah, dalam setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Merajuk dengan Allah adalah perkara yang sia-sia. Please take this from me. Ianya hanya akan buatkan kita semakin tersasar jauh dari rahmat Allah.
Sentiasa bersangka baik dengan-Nya. Usaha dan tawakal. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Andai kata kita “tersasar”, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan.
Untuk para pengkomen pula, be nice with your words. Saya tengok ada komen-komen yang agak kasar (“Sedar diri sikit awak tu bukan siapa-siapa yang nak merajuk dengan Allah” dan sebagainya). Orang tu tengah down, kita jangan buatkan dia terasa lagi jauh dan tawar hati.
Saya pernah jadi silent reader dalam satu forum agama. Orang tu bercerita yang dia pernah terkesan dengan ujian Allah, ditambah lagi dengan kata-kata manusia yang tidak membantu.
Sekarang, dia lebih gembira menganut agama lain yang sentiasa preaching love (boleh agak kan agama apa) dan penganut agama itu yang tidak pernah menghakiminya malah sentiasa mengingatkan dia tentang kasih sayang Tuhan.
Nota kaki:
Untuk insiden tahun 2017 pasal MIL pindah masuk dan tinggal sekali dengan aku, akibatnya aku dan suami selalu bergaduh. Pada tahun seterusnya, adik ipar aku bawa ibu mereka keluar dan menyewa di tempat lain.
Sekarang ni bila aku bersendirian, aku semakin nampak hikmah kenapa tawaran kerja luar negara suami aku tiba-tiba ditarik balik. Bayangkan jika kami jadi pergi tinggal di luar negara, maka MIL lah yang akan tinggal di rumah baru kami.
Aku tak boleh bayangkan apakah ‘kerosakan’ yang akan berlaku dalam rumah ni, sebabnya, rumah sewa dia sekarang pun dapur hancur teruk. MIL aku tak pandai jaga barang.
Bayangkan juga kalau kami tinggal di luar selama beberapa tahun, pasti sifat entitlement MIL terhadap rumah kami lagi kuat,
(Gaji suami aku lagi tinggi dan dia anggap tu rumah suami, bukan rumah bersama kami lakibini). Takut nanti aku pulak yang rasa menumpang di rumah sendiri.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
– Dora the Exploerer (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebab tu perkara yang kena buat bila dapat ujian adalah kena redha. Selagi kita tidak redha, selagi tu la ujian akan datang.
Awk patut sedar diri hakikat kita ni hanyalah sekerdil HAMBA kepada Dia Allah PENCIPTA kita. Kita ni kak takde hak apa² pon nak bising2 apaje Allah bg. Perkataan are u kidding me tu sangatlah biadap kak! Kita ni sape nk rebel2 dgn Allah? Ko fikir Allah tu sape? Jgn la terpengaruh sgt dgn budaya barat suka guna ayat2 x bersopan mcmtu