REPLY: Meroyan Atau Mengada

Reply, (https://iiumc.com/meroyan-atau-mengada/).

First thing is confessor secara tak langsung bagi ‘triggered’ pada semua orang. Make sure kena letak tanda *alert*.

Second is confessor nak bagi orang faham tapi confessor sendiri tak faham apa itu mental illness. Disebabkan orang2 macam ni masih ada lagi di bumi selagi tu stigma pasal mental illness takkan pernah pupus.

Sebab apa? Dalam masa yang sama kau nak membantu tapi kau perlekehkan. Kau tahu tak mental illness ni takde kena mengena langsung with iman seseorang?

Berubat secara tradisional/perubatan Islam tu hanyalah alternatif untuk pulihkan jiwa sementara menunggu proses pemulihan secara moden.

Kalau jumpa ustaz pun, ustaz campak dulu kat hospital tau. 1 lagi mental illness ni real tau bukan benda yang kau boleh acting bila kau nak rasa baik atau sakit. Depression ni ada fasa dia bukan setakat murung, moody sahaja 24 jam.

Your SIL dah terlampau penat sampai otak dia tak boleh bagi kerjasama. Tak semua orang yang mengalami depression tu tunjuk tanda yang negatif sahaja macam tak boleh mandi, bangun, solat etc. Dan diorang ni sebenarnya tak nak disalah anggap.

Kalau tunjuk benda yang negatif sahaja automatik orang akan label sebagai ‘ *pemalas* ‘.

Padahal that time she’s can’t functioning well as a human. Your SIL dah penat sebenarnya bila tengok anak asyik sakit sahaja.

Ibu mana yang takde naluri belas kasihan, yang tak hirau langsung pasal anak? Sedangkan dia yang menyusukan bayi dia sendiri.

Also it’s getting worse bila otak dah tak mampu nak cope and bertindih dengan benda2 yang makin buat dia stress.

Lain orang, lain ujian nya. Lain orang, lain kekuatan dan kelemahan dia. Kau tak boleh anggap yang dia tu boleh bertahan dan hadap macam apa yang kau lalui dan rasa.

Mungkin mudah bagi kau, tapi tak bagi orang yang pernah ada pengalaman atau trauma macam ni.

Kau adik ipar dia, kau perempuan, kau kena lah pandai main peranan kalau abang kau sendiri pun tak reti jaga bini. Kau tak boleh nak kata SIL kau tu loser sebab ujian sikit macam ni pun dia tak mampu nak hadap.

Aku yang baca pun rasa nak menangis kalau aku jadi kakak ipar kau sendiri kau confess macam ni. Macam kau cakap takdir but kenapa kau still nak cakap pasal iman?

Sakit ni bukannya kita boleh pilih so jangan lah senang2 nak judge orang kalau kau sendiri tak mampu nak faham dan bantu.

Sebab kalau kau jadi dia pun, kau sendiri takkan mampu untuk bertahan selama mana dia buat. Kalau dia melayan perasaan percayalah dia tu terus lenyap dari bumi ni tak fikir apa dah tau.

Kau senang je label dia kufur nikmat tak reti bersyukur, cubalah kau fikir sejenak kenapa kau kena kaitkan benda ni semua?

Sebab ni lah penting adanya pakar2 yang handal bab2 ni sebab manusia sekeliling kita sendiri pun takkan mampu nak faham kita.

Sifat simpati memang ada tapi tak semua orang ada empati. Aku nak tanya kat sini fungsi abang kau sebagai suami tu apa sebenarnya? Kenapa kau menyalahkan kakak ipar kau je?

Mungkin dia sendiri ada benda yang dia pendam tapi dia tak mampu nak meluah kalau jumpa orang jenis macam kau ni.

Percayalah mak mana yang tak sayang anak weyh? Ni sebab otak dia dah tak boleh berfungsi dengan baik sampai anak terabai.

Btw meroyan ni bukan seminggu je kau kena kau terus baik. Ada yang makan bulan, ada yang makan tahun. Rajin2 kan lah diri tu membaca, fahami orang.

Ingat YANG TAK MENGALAMI TAKKAN MEMAHAMI. Kau hadam lah ayat tu sampai kau betul2 faham dan tahu apa tindakan yang kau perlu buat sebenarnya.

The simple things, kau bagi lah moral support, cukup2 lah kata dia tu berlakon je. Jangan senang2 nak label orang, kau tahu ke yang dia tu setiap masa menyalahkan diri sendiri sebab tak mampu nak jaga baby sendiri macam orang lain jaga?

Kau cubalah jadi dia, aku guarantee yang kau akan kecundang awal.

Kakak ipar kau tu dah cukup baik tak baran macam dulu, kalau dia baran kau boleh bayangkan tak apa yang dia mampu buat dekat baby dia, diri dia sendiri?

Dah kalau otak kau tengah loading semua benda jadi loading bukan kau boleh pilih2 mana yang kau nak proceed dengan elok.

Engko tengah angin pun otak ko jadi biul takleh fikir dengan waras ni kan lagi yang dah ditakdirkan dengan macam tu. Kau lagi nak persoalkan pasal kewarasan dia untuk berfikir. Dia dah upah orang untuk jaga baby dia tu dah cukup baik dah.

Tolong lah family kau ke sesiapa ke sama2 mainkan peranan. Mental tengah breakdown memang makan masa yang lama untuk pulih. Kau pun tak boleh nak paksa someone untuk jadi okay sedangkan dalaman dia berantakan.

Tolong bagi dia masa, ruang, kalau perlu baby step pun takpe. Nasihat aku jangan lah senang2 label atau judge orang. Kau sendiri tak boleh baca apa yang ada dalam otak dia. Tapi kau bagi lah bantuan yang sewajarnya.

Aku doakan semoga pada sesiapa yang tengah struggle dengan hidup ni teruskan lah perjuangan kau. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri. Sebab kemajuan tu kau sorang je yang dapat saksikan.

Semoga segala kesulitan yang kau tengah hadap sekarang ada jalan keluarnya. Semoga segala urusan kau dipermudahkan dunia dan akhirat. Insyaallah.

Pada sesiapa yang tengah sakit sekarang, percayalah nescaya akan ada ganjaran buat kau di sana. Yakin pada Allah sahaja insyaallah Aamiin.

Jangan pernah giveup untuk hidup walaupun dunia ni sementara. Tetap lah kuat meski untuk diri sendiri. Hadapi dengan senyuman insyaallah.

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Insan kerdil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *