REPLY: Move On Lah Wey!

Aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita selepas baca confession ini, (https://iiumc.com/move-on-lah-wey/).

Geram aku baca confession tu. Mujurlah tt bijak take action. Memang wujud ya manusia yang tak move on ni.

Kalau tak move on layan perasaan sendiri takpe. Difahami sangat. Tapi ini jenis yang tak move on lepas tu nak PSIKO orang. Perkenalkan aku, Mentari (bukan nama sebenar).

Jadi kat sini aku nak kongsi kisah aku dan ini kisah benar. Aku minta maaf awal2 jika penceritaan aku ni tak menarik atau terlalu meleret, dah lama aku tak menulis karangan.

Aku berkenalan dengan Joe (bukan nama sebenar) sejak dari kami di sekolah menengah. Kami berkenalan secara maya melalui sebuah majalah.

Begitulah zaman aku dulu kalau nak mencari kawan di alam maya. Masa tu belum ada apps media sosial lagi seperti sekarang.

Handphone pun guna Nokia 3310.

Dipendekkan cerita, aku dan Joe berkawan secara maya sehingga tamat SPM. Rajin juga kami berutus surat selang sebulan dua. Kadang2 kami berbalas hadiah.

Walaupun ada phone tapi bukan selalu kami berhubung melalui phone. Apa yang kami tulis dalam surat?

Cerita pasal rutin di sekolah, pelajaran, family, angan2 nak berjaya, termasuklah angan2 nak berjumpa. Aku happy sangat sepanjang berkenalan dengan Joe masa tu.

Selepas tamat SPM, aku kirimkan lagi sepucuk surat kepada Joe. Tapi kali ini lama aku tunggu balasan surat dari Joe. Bila ada kredit, aku cuba call Joe namun tiada jawapan.

Selepas lebih 3 bulan Joe menghilang, aku give up untuk contact Joe. Aku kecewa.

Masa tu aku fikir mungkin Joe dah tak nak teruskan persahabatan kami, mungkin dia rasa mustahil untuk kami berjumpa. Iyalah. Aku di Sabah, Joe di Semenanjung.

Dua orang budak mentah lepasan SPM. Bukan ada duit sendiri nak naik flight semua untuk berjumpa. Jadi aku fikir mungkin itulah punca kenapa Joe menghilangkan diri.

Dipendekkan lagi cerita, akhirnya aku dapat sambung study di sebuah IPTA di semenanjung. Masa ni aku dah tak fikir pasal Joe.

Sesekali teringat tu ada la tapi cepat2 aku sibukkan diri buat benda lain. And guess what? Joe tiba2 contact aku selepas 2 tahun dia senyap. Joe explain punca dia menghilangkan diri.

Katanya tak nak berharap sangat dan tak nak kami bertambah rapat, takut last2 tak dapat jumpa. Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu.

Terkejut, marah, kecewa, happy, semua bercampur. Sebab tak sangka Joe akan muncul lagi. Tapi yang buatkan aku lagi tak sangka bila dapat tahu Joe juga tengah sambung study di IPTA yang sama dengan ku. Aku speechless.

Joe pula excited bagai nak rak bila tahu aku pun study di tempat yang sama. Makin kerap dia call aku ajak jumpa. Selagi tak jumpa, selagi tu dia call aku siang malam.

Aduh rimas aku dibuatnya. Akhirnya aku setuju jugak nak jumpa Joe. Aku ajak roommate aku teman.

First time bertentang mata, aku tak mampu nak cakap apa2 depan Joe. Syukurlah roommate aku ni jenis banyak mulut jadi mereka la yang banyak sembang. Aku lebih banyak mendengar dan senyum sahaja.

Selepas pertemuan pertama tu, makin kerap Joe contact aku. Dan akhirnya kami couple.

Aku start happy balik dengan Joe macam masa kami berkawan di alam maya dulu, kali ni di alam realiti.

Kami banyak spend time di kampus, masing2 belum ada kenderaan lagi. Kejap jumpa kat cafe, kejap jumpa kat library, kejap jumpa kat padang.

Masa tu betul2 aku ingat Joe akan jadi cinta pertama dan terakhir aku. Tapi aku silap. Hampir setahun couple, akhirnya Joe kantoi main kayu tiga dengan ex schoolmate dia. Sekali lagi aku kecewa.

Selepas Joe kantoi tu aku terus minta putus. Aku tak nak lagi berharap apa2. Cukuplah sampai sini. Aku blocked nombor Joe.

Masa aku minta putus tu kebetulan kami tengah cuti semester dan naik semester baru, Joe dah start praktikal kat negeri lain untuk semester akhir dia.

So aku lega sangat sebab dah tak perlu nak terselisih dengan Joe kat kampus. Disebabkan aku dah tawar hati, memang mudah je aku move on.

Tambah pula masa tu aku busy dengan final year project, tak ada masa aku nak fikir lagi pasal Joe. Fokus aku nak finish strong untuk study aku. No more cintan cintun.

Lepas putus tu, baru aku perasan betapa aman nya hidup aku. Tanpa gangguan phone call dari Joe yang setiap masa nak call. Aku terlambat angkat call sikit, mesti dia bengang dan tuduh aku ada orang lain.

Pernah juga dia kata dia akan bunuh aku kalau aku curang di belakang dia. Actually banyak lagi tanda2 yang menunjukkan Joe ni seorang psiko sepanjang kami couple tapi aku macam tak sedar dan anggap benda tu biasa.

Masa zaman aku tu pun mana ada awareness pasal narcissist dan psiko ni. Jadi aku cuma anggap Joe ni cemburu je. Ya aku akui memang aku naif dulu.

Sebab Joe ni psiko, mesti korang dah agak kan Joe akan cari aku balik? Yes memang dia cari aku lepas sebulan kami putus. Dia call aku guna nombor lain.

Aku angkat je call dan dengar suara dia, aku terus letak. Aku blocked. Serius aku tak nak lagi ada apa2 dengan Joe. Tapi Joe tak putus asa setakat tu.

Dia keep call aku, entah berapa nombor dah dia guna. Aku pun decide tukar nombor baru supaya Joe tak dapat call aku lagi.

Tapi Joe dapat juga call aku kat nombor baru aku tu. Eh pelik la padahal nombor tu aku baru beli dan aktifkan tak sampai sehari dah masuk calling.

Bila aku angkat, rupanya Joe. Dia kata “Ooo beli nombor lain senyap2 ye”.

Start sini aku jadi takut seram dengan Joe. Dan aku takut dah nak angkat call dari nombor tak dikenali, aku takut itu Joe. Meremang bila aku ingat balik scene ni.

Joe ada juga contact bff aku. Tanya aku ada kat mana. Aku dah ada orang lain ke. Nasib baik bff aku tak layan soalan2 dia. Pastu masa Joe dah ada gf baru, korang tau tak dia buat apa? Dia suruh gf dia call aku. Add aku kat FB.

Pm aku kat messenger konon nak kenal2 sebab Joe banyak cerita pasal aku. Pastu send gambar dorang berdua dan tanya aku “kami serasi ke tak”.

Setiap kali Joe tukar gf, setiap kali tu la dia suruh gf dia buat benda sama. Apa benda entah sampai pergunakan gf macam tu. Ke itu Joe? Meremang lagi adoii.

Sekarang dah 11 tahun since aku putus dengan Joe. Aku dah kahwin, Joe pun dah kahwin. Malas la aku nak cerita kegilaan apa lagi Joe pernah buat.

Even sampai sekarang pun Joe masih lagi nak keep in touch dengan aku. Tahun ni aku ada buat IG personal baru. Laju je dia send follow request.

Terkejut aku. Dia ni ada pasang cctv ke dalam phone aku? Tak faham betul. Bila aku tak approve request dia, mulalah dia suruh kawan2 dia send follow request.

Memang tak la aku nak approve. Entah apa lagi dia nak. Aku sampai berdoa minta Allah jauhkan Joe dari aku.

Minta Joe tak muncul lagi dalam hidup aku. Aku risau juga kalau dia nak buat something yang tak elok macam hantar santau ke apa. Ya Allah mintak jauh la.

Jadi kat sini aku cuma nak share yang ex psiko tu memang benar2 wujud.

Aku sampai sekarang masih ada rasa takut lagi nak angkat call dari nombor tak kenal. Tangan aku auto jadi sejuk dan jantung pun laju. Aku bersyukur suami aku memahami keadaan aku.

Suami aku tahu pasal Joe. Dia paling risau kalau tiba2 Joe dapat tahu alamat rumah kami. Sebab pernah terjadi masa aku further study kat pantai timur, Joe tahu lokasi aku kat mana dan dia datang ke tempat aku tu.

Pesan aku, berhati-hati kalau dah terjebak dengan orang psiko ni.

– Mentari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *