Reply, (https://iiumc.com/mummy-dalam-dilema/).
Saya tertarik untuk memberi respons kepada perkongsian Puan Husna mengenai dilema yang dihadapi.
Pada mulanya, saya ingin tinggalkan komen terus di posting asal,
Tapi bila tengok banyak komen kecaman, saya jadi risau, maklumlah akaun Facebook saya cuma satu, dan saya tak mahu pandangan peribadi saya nanti mengundang kecaman secara terus.
Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak lelaki, masing-masing berumur 12 dan 11 tahun.
Mengenai isu anak lelaki kencing berdiri, saya akui semasa anak-anak saya masih kecil, saya juga mengajar mereka seperti mana yang Puan Husna lakukan kerana memang lebih mudah. Tapi itu hanya jika mereka keluar bersama saya sahaja.
Bila mereka makin besar, mereka sudah biasa menggunakan tandas lelaki.
Kalau kami keluar sekeluarga termasuk suami saya, memang suami akan pastikan anak-anak membasuh selepas kencing. Ini kerana selalunya mereka akan masuk surau bersama apabila tiba waktu solat.
Biasanya hanya suami dan anak-anak lelaki saya sahaja yang masuk solat, saya pula tunggu di luar surau atau teruskan window shopping. Jujurnya sebab saya rasa agak leceh nak buang makeup, buka tudung dan sebagainya bila di luar.
Tapi kalau saya keluar dengan anak-anak sahaja, contoh apabila suami outstation atau pun ada urusan lain, kami anak beranak tak akan ke surau. Jadi bila anak-anak nak buang air kecil, kadang mereka guna urinal.
Saya tahu sebab ada ketika saya tunggu di luar tandas, dan bila anak-anak saya cakap tandas penuh, saya kata, “Abang dengan adik kan lelaki, boleh kencing berdiri di urinal saja.”
Lepas tu bila mereka keluar, mereka sendiri berpesan, “Jangan bagitahu daddy tau, mummy. Daddy tak bagi kencing dekat urinal sebab tak boleh basuh.”
Tapi kalau mereka keluar dengan saya, anak-anak pun tak pergi solat. Jadi boleh la kencing diurinal.
Jadi, menjawab persoalan Puan Husna, ya, saya memang pernah ajar anak-anak saya kencing berdiri.
Tapi saya ajar juga, kalau boleh basuh, kena basuh. Cuma kalau dalam keadaan darurat, barulah dibenarkan sekadar menggoyang-goyangkan untuk bersihkan.
Kalau Puan jenis yang menjaga waktu solat walaupun ketika keluar ke mall, maka semestinya anak-anak perlu membasuh.
Tapi macam saya, bila di luar memang tak solat, jadi bagi saya, isu basuh atau tidak bergantung kepada keadaan dan keperluan waktu itu.
Ini hanyalah sekadar perkongsian daripada saya, berdasarkan situasi peribadi sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Fauzana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit