Hi readers, aku tulis ni untuk menyahut seruan si single dalam confession Ngerinya Kisah Rumahtangga, (https://iiumc.com/ngerinya-kisah-rumahtangga/).
Sedikit background hidup aku : berkahwin sekitar 12 tahun, aku dan suami berumur hujung 30an. memiliki 5 orang anak yang sedang membesar. Aku seorang penjawat awam manakala suami di sektor swasta.
Pertama sekali, kisah rumahtangga bahagia memang sukar untuk diperkatakan secara terang-terangan di media sosial kerana tanggapan netizenlah terutamanya. Nanti dari elok bahagia, terus jd huru-hara. Naya Pak Karim.
Aku tulis ni bukan semata-mata nak kata aku bahagia , kerana pada aku, dalam setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Jadi, aku nak bawa realiti dalam confession ni. Realiti dari pengalaman aku sendiri. bukan cerita drama TV3 jam 7 tu ya.
Aku berkenalan dengan suami ditempat kerja, masing2 single waktu tu. Aku tak perasan dia usha aku pun. maklumla cuak dengan kerja baru, environment baru. takde masa nak tengok sekeliling. Yang aku tau dia cuba tackle aku masa dia bagi bunga anonymously kat aku.
Then malam aku dapat bunga tu, dia SMS aku bagitau yang bunga ni akan kembang mekar dalam masa 3 hari. aku pun iyakan la memandangkan dia rakan sekerja dan maybe dia prihatin kot. Adik aku kata bingainya kakak aku ni. tu hint la tu.
takde sesiapa gila nak sms aku bagi info pasal bunga kot. Tapi aku tak caya jugak. hahahah. sampai la dia terus terang sendiri dengan gaya malu2 kucing. Sambil menaip ni aku sengih sendiri mengingatkan momen kena ngurat tu. hehe.
Tapi yang membuatkan aku jatuh hati dan terima dia sebagai suami ialah 3 faktor ni : kesungguhan dia ambil hati aku, cara kerja dia & tanggungjawab pada keluarga dan agama.
1) Kesungguhan ambil hati aku : Faktor ni yang pertama aku detect sebab ex sebelum ni takde ciri-ciri ni. Tapi dengan suami aku ni, memang kesungguhan dia luarbiasa.
Sanggup tunggu aku walaupun kami berlainan shift. Dia gentleman. selalu buat aku rasa dihargai dan disayangi. Banyak lagi perkara yang dia buat. tapi nanti korang muntah hijau pulak. hahahah
2) Cara kerja dia : Masa kami kerja bersama ni, ni kerja sementara untuk aku sebab aku masa tu tunggu panggilan posting. Dia masuk kerja awal seminggu dari aku.
Tapi cara dia kerja memang buat aku respect dia. Kami sama2 baru kerja, tapi skill dia dah macam kerja 10 tahun. confident, boleh mentor kawan2, tak kedekut ilmu. Masa tu aku pandang dia mcm senior sebab skill dia.
3) Tanggungjawab pada keluarga dan agama: Yang ni aku tengok dia jaga solat. jaga mak ayah dia sungguh2. segala perintah Allah dia buat. Gaya tak macam ustaz. biasa2 saja tapi dia jaga akhlak dan peribadi dia.
Ok cukupla puji2 suami aku. kerana realiti bermula selepas kahwin. Masa bercinta semua manis kan? Tapi lepas kahwin, bukan semuanya manis ya adik2. Masa tu la kita dapat kenal siapa sebenarnya yang kita kahwini.
Secara umumnya, affection dia pada aku masih sama hingga sekarang, cuma yang terserlah selepas kahwin ialah temper dia. Dia short tempered, mudah stress. 2 tahun pertama perkahwinan memang fasa menyesuaikan diri untuk kami.
Bergaduh memang selalu, hampir baling kerusi pun ada. Dia dengan egonya, aku pun taknak kalah. Kepala batu jugak aku ni. Kalau dia tak puashati, aku terus lawan. Api lawan api. Lepas 2 tahun baru aku dapat baca rentak dia.
Aku diam dulu bila dia marah. Tunggu dia cool down baru aku luah perasaan aku pulak. Kadang2 aku luah masa nak tidur atau masa dia tengah drive. Kadang2 melalui whatsapp.
Kalau nak tegur perbuatan dia pun sama. tak mampu cakap depan2, whatsapp. Janji dia tau apa aku rasa, dan apa yang patut diperbetulkan.
Tentang ekonomi rumahtangga pula, semasa akad nikah, gajinya separuh dari gaji aku. 1500 gaji dia masa tu. Ayah aku macam was2 saja nak lepaskan aku.
Tapi berbekalkan keras kepala aku, aku yakinkan ayah aku yang suamiku mampu jaga aku. Aku yakin sangat masa tu sebab aku terpikat dengan cara kerja dia. Deep down, aku yakin yang dia akan terus maju dalam hidup dan akan berjaya satu hari nanti.
Berpasakkan keyakinan tu, aku terima dia masa tu walaupun ikut logik BBNU sekarang, carilah lelaki yang stabil. Sepanjang fasa bertunang, kami sama2 cari kerja yang lebih stabil untuk dia.
Alhamdulillah seminggu selepas nikah, suamiku dapat kerja yang stabil. Rezeki bina masjid. Dari lahir anak pertama, memang ada saja rezeki yang Allah beri.
Setiap kali aku bersalin, suami dapat naik pangkat / kami dapat rezeki lain seperti dapat beli rumah. Allah dah janji kan. setiap anak ada rezekinya.
Kami berpegang pada itu tapi bukan pegang kosong. Suamiku sentiasa usaha majukan dirinya. Sentiasa cari peluang tambah ilmu, tambah pengalaman. Dalam masa 12 tahun kami berkahwin, suami bermula dengan position executive dan kini berada di C level.
Dia panjat satu persatu corporate ladder tu. Aku saksinya. Kalau nak cerita tentang tu jadi panjang pula nanti. Pendek kata, it’s not an easy journey. Bukan sebab suami kaki kipas ke. aircond ke. semua kerana usaha & doa. Allah jua yang mengizinkan.
Tentang peranan aku sebagai isteri : Untuk membina keluarga yang bahagia memerlukan kerjasama dari suami isteri. Bukan suami sahaja atau isteri sahaja. Aku senaraikan pula peranan berdasarkan pengalamanku:
1) Aku support apa yang suami mahu usahakan selagi mana perkara tersebut membawa kebaikan. cthnya suami ingin sambung master, aku beri full support walaupun masa tu aku tengah sarat mengandung.
Aku jaga anak2 masa suami buat assignment supaya tak ganggu fokusnya. Weekend memang terkorban, namun aku redha.
2) Aku observe juga social life suami. siapa kawan2 kerjanya aku kenal. Aku bukan control hp dia. no. Tapi bila dia bercerita tentang kerja, aku beri perhatian. Bila ada event, aku join sekali. Bila buat open house Hari Raya, kami jemput kawan2nya.
Dari perkenalan tersebut, aku sebenarnya ingin tekankan bahawa ‘suami aku sudah berkahwin dan aku isterinya’. Ni salah satu usaha untuk mengelak penyondol rumahtangga jugala. hehee.
3) Be a good listener. Bila suami stress tentang kerja, dia akan cerita pada aku. Kalau dia tak cerita, aku akan tanya pada masa yang sesuai. kadang2 aku mendengar saja, kadang2 aku bagi pendapat jika perkara tu memerlukan penyelesaian.
4) Beri ruang untuk diri masing2. Suami aku hobinya bermain muzik. So bila dia nak pergi jamming, aku ok saja. bila aku nak pergi shopping dengan kawan2, dia izinkan dan dia akan jaga anak. Give and take disitu.
5) Aku tak berkira dengan dia. Diawal perkahwinan, of course serba serbi tak cukup. Baru nak mulakan hidup kan? Jadi aku akan tampung mana yang lompong. suami akan settlekan yang wajib dan yg mana2 tak cukup, aku tambah.
Aku rasa dah cukup kot confession ni. Kesimpulannya, janganlah takut untuk berkahwin. Marriage is gambling, but you can reduce the risk.
Kutip dan ambil pengajaran dari perkahwinan org lain & bentuklah perkahwinan ikut acuan anda bersama. Mohon doa dari ibubapa juga.
Communicate, communicate, communicate.
Semoga rumahtangga yang akan dibina dan telah terbina sentiasa dirahmati Allah & dilimpahi rezeki yang berkat.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit