Hai confessor Nukilan Buat Lelaki, ‘Syaz’. (https://iiumc.com/nukilan-buat-lelaki/).
Panggil aku Han. Aku sama je dengan apa yang kau alami. Aku faham apa yang kau rasa. Rasa penat, nak give up, semua ada. Aku pun anak tunggal perempuan. Tapi aku sulong.
Lain sikit dengan aku, aku ni ada angin kus kus dia. Salah time orang tu, kecik je kat mata aku. Adik semua tau la perangai aku macam mana. Ayah marah aku menjawab. Menjawab bila aku tak salah. Aku pantang disalahkan kalau benda tu aku tak salah.
Beberapa keluarga melayu memang macam ni. Mentaliti bahawa orang perempuan kerja dia wajib urus rumah. Tak kira dia kerja atau tak. Lelaki pulak tidak diberi tanggungjawab untuk urus rumah. Macam useless je laki macam tu. Dia cuma jadi raja.
Inilah salah satu punca kenapa suri rumah kena depression. Bagi aku kerja urus rumah kalau buat sorang memang penat, tambah pulak bila ada anak nanti.
Laki pulak, balik kerja je nak makan. Lepas makan, buang baju yang dipakai ikut dia je. Pinggan dia makan pun orang perempuan yang basuh. Kiranya segalanya orang perempuan buat dirumah. Kerja orang laki hanya ke kerja cari duit.
Aku macam kau gak Syaz.
Tapi sampai bila nak jadi orang gaji?
Lama-lama boleh kena depression kalau macam ni.
So aku bangun. Aku fight.
Fight tu tak semestinya bergaduh dan bertengkar. Tapi aku jadi tegas sikit.
1. Sampah diaorang buang merata tu kan. Aku ambil dan aku buang dalam bilik diaorang.
2. Baju kotor yang tak letak dalam bakul. Aku tak akan basuh. Just basuh baju yang dalam bakul je. Bila diaorang marah, aku cakap servis hanya basuh baju yang ada dalam bakul saja. Kalau nak aku basuh baju diaorang, diaorang kena letak dalam bakul elok-elok.
No way aku nak kutip baju kotor yang dok merata ceruk. Aku bukan orang gaji. Lantak la kalau baju korang sampai tak ada nak pakai, sapa suruh tak letak dalam bakul.
3. Pinggan pun aku buat mogok tau. Aku tak basuh pinggan diaorang makan selama seminggu. Sampai bertimbun dalam singki. Bila diaorang marah, aku cakap sapa suruh tak basuh pinggan yang makan sendiri tu. Aku bukan orang gaji.
4. Rule aku sapa buat sepah orang tu yang kena kemas. Kalau ayah mak marah. Aku cakap kena bagi orang yang berkenanan yang kemas.
5. Bab masak, aku masak sehabis aku mampu. Lantak ko la nak makan ke nak kering. Aku dah buat tanggungjawab aku.
6. Masa kemas rumah, baju kotor yang bersepah kat lantai tu aku sapu masuk penyodok. Aku buang dalam beg sampah. Dan aku bagi amaran dalam masa seminggu tak cari, aku buang terus. Sama gak la dengan barang lain.
Barang diaorang letak merata aku buang terus je buat apa penat2 nak simpan. Baik baling masuk plastik sampah. Lantak lah nak marah. Lama2 diaorang tau la tabiat aku. Bila nampak aku nak kemas rumah, diaorang sendiri ambil barang2 diaorang masuk bilik.
Hati jadi kering sikit. Lantak la diaorang nak cakap apa. Tegas dengan rule kau. Kau tak boleh ubah diaorang. Cuma diaorang kena ikut rule aku. Dah diaorang letak kau jadi tukang urus rumah, so diaorang kena la ikut cara kau. Diaorang terpaksa juga kena ikut cara kau bila kau tegas. Macam yang aku buat dari no 1 sampai no 6.
Orang perempuan tugas dia ringan kan suami tapi bukan jadi orang gaji. Kalau suami or saudara laki pemalas macam tu, kau jangan bagi muka.
Ingat kau bukan orang gaji. Malah kau tak dibayar pun gaji jaga rumah.
Semua anak ada tanggungjawab untuk bantu mak ayah urus rumah..
Jangan jadi lelaki biawak hidup!!!
– Han (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit