Salam semua. Selepas raya keberapa baru berkesempatan follow up story dalam page ini. Terpanggil untuk reply kepada puan Asmah. https://iiumc.com/nukilan-seorang-mak-mentua/
Rezeki anak menantu puan miliki sosok ibu seperti puan. Semoga keluarga puan sentiasa dilindungi dan dalam rahmatNya.
Saya ingin berkongsi kisah saya miliki ibu seperti mentua yang puan asmah ceritakan. Ibu saya sendiri adalah mentua toksik. Maaf, saya bukan ingin membuka aib, tapi perkongsian saya ini harap diambil sebagai iktibar.
Saya anak bongsu dari keluarga sederhana dan konservatif. Dalam empat beradik, sedari kecil saya memang pilih untuk jadi yang lain daripada adik beradik dan semua sepupu. Mereka anggap saya anak nakal, tapi dari segi akademik saya rasa saya yang paling kedepan.
Ibu saya tak pandang keputusan straight A saya, yang dipandang kenapa saya tidak berpakaian dan perwatakan seperti kebanyakan sepupu saya. Saya dikatakan rebel belajar di luar negara, berkahwin dan menetap bersama suami di luar negara.
Kami telah berkahwin selama lima tahun tapi belum dikurniakan rezeki anak. Rezeki yang lain alhamdulillah lumai sangat.
Dari segi fizikal juga kami berdua sihat dan fit. Pelbagai gunung telah kami daki. Tapi disebabkan kami tak punya anak, ibu anggap itu satu benda paling teruk, macam satu dosa. Mula fikirkan masa depan kami, esok siapa nak jaga, tak ada keturunan.
Bila kami cakap kami dah ada retirement plan duduk rumah orang tua dan tak perlu sesiapa jaga, dikata pula kami berlagak kaya.
Suami saya seorang bijak dan introvert. Kelemahan suami tidak pandai berbual kosong. Tak seperti menantu ibu yang sulung, seorang yang dikatakan alim, kerap solat di masjid dan peramah.
Kami dengan abang rolex tidak ada apa masalah pun, tapi bila kerap ibu banding² kan, kami jadi tak suka abang rolex tanpa sebab.
Abang rolex bekerja sebagai kontraktor, gaji tidak tetap. Anak along dan abang rolex, ibu yang jaga. Upah jaga juga tak menentu. Tapi itu yang sering dipuji² seolah mereka orang paling kaya.
Sedangkan barang rumah ibu sabun², makanan kering dan basah saya yang belanja tiap bulan melalui online. Kakak kedua saya pula tiap bulan beri ibu duit untuk ibu beli barang yang ibu suka. Abang saya penganggur.
Disebabkan kami tinggal diluar negara, bila balik kampung kami tiada kenderaan untuk bergerak. Kami ok je naik pengangkutan awam. Kadang² bas, kadang² flight, kadang² kereta api.
Ayah beri kami pinjam kereta dia untuk kami guna cuma suami agak kekok bila driver belah kanan dan manual. Ibu pernah beri cadangan pinjam kereta along sebab dia dan abang rolex ada dua kereta.
Ibu cakap along tak kesah, lagipun waktu pulang kereta kami cuci polish, full tank dan siap topup tng dia.
Tapi bila dia post memaki dengan kata tak sopan tentang kami laki bini dalam status whatsapp mengata yang kami seolah berlagak kaya dan sombong sebab suruh ibu yang cakapkan untuk pinjam kereta.
Kami tak plan pun untuk pinjam, ibu yang cakapkan kat along. Kami pun tak faham sebenarnya kenapa dengan dia. Sejak dari situ kami langsung tak sentuh kereta dia lagi. Saya beritahu ibu, tapi ibu macam biasa backup along dan abang rolex.
Ibu pernah mengadu, bumbung rumah bocor. Ayah cakap nanti abang rolex hantar pekerja dia betulkan. Sampai kesudah tak dibetulkan.
Bila saya balik masih bocor, saya beri ayah duit untuk betulkan sendiri tak perlu tunggu abang rolex. Lepas saya beri duit saya followup keadaan bumbung bocor tu.
Ayah cakap dah bayar dekat abang rolex tapi masih bocor. Saya dari jauh terus cari kontraktor lain betulkan rumah ayah ibu. Sekejap dia buat, bumbung elok. Sejak tu juga along semakin rasa tercabar dengan saya.
Ayah saya pengguna kereta conti sama seperti saya dan suami. Pernah ayah minta suami belikan kereta baru sebab kereta ayah dah berusia lebih 20 tahun dan kerap rosak macam minta coki². Malu saya waktu itu tak tahu nak cakap apa.
Mujur juga suami menolak dengan sopan. Suami offer betulkan sikit sahaja mana yang rosak. Saya terus bayar balik amount yang suami bayar tu sebab saya tak nak akan ada isu kemudian hari.
Sejak itu saya pesan dekat suami, apa² yang keluarga saya minta, tolak sahaja dengan baik. Jangan turutkan. Saya juga pesan dekat ayah jangan minta apa² dari suami saya. Kalau ada perlu duit minta saya sahaja. Malu betul saya.
Baru² ni kami balik raya. Kami dikira sebagai musafir. Kami dapat kelebihan dapat buat jamak dan qasar.
Suami saya memang jenis mudah demam bila perubahan suhu. Waktu raya dia banyak terkurung dalam bilik dan tidur. Tapi ibu saya seboleh² paksa suami keluar untuk duduk ruang tamu.
Waktu beraya pula ibu saya tegur suami supaya tak perlu jamak pun sebab diorang akan berhenti juga tiap kali waktu solat. Perkara ni saya tak tahu nak side siapa.
Pada saya, kami diberi kelebihan itu kami manfaatkan sahaja. Tapi pada ibu, baik solat sahaja lah macam biasa bukan buat apa pun. Bila ibu dah mula tegur bab² agama dengan sinis macamni macamni buat saya rasa bertambah jauh pula dengan ibu.
Belum lagi ibu dan ayah buka cerita bab anak. Kali ini diorang cakap kami yang tak mahukan anak sebab fikir kami masih nak berseronok.
Walaupun betul, tapi kami tak menolak kalau ada rezeki alhamdulillah. Dah tuhan tak beri kami rezeki tu lagi, kenapa nak salahkan takdir kami.
Kalau orang kata bila raya kena soal bab anak, anggap itu sebagai berbahasa basi. Tidak ye. Bahasa ibu dan ayah sangat tajam sampai buat saya rasa tak nak balik lagi tahun depan. Ibu siap suruh saya izinkan suami saya kalau mahu berkahwin lain untuk anak. Tergamak betul.
Alhamdulillah suami saya tak permah berfikir kearah itu lagi. Kami pernah deeptalk berdua dan suami sependapat yang dia rasa tuhan belum beri rezeki mungkin nak beri kami banyak ruang untuk kami berdua jelajah dunia.
Kami tak pernah pun ada perasaan yang terlalu inginkan anak. Kalau ada rezeki alhamdulillah, kalau tiada pun kami berdua bahagia.
Saya cemburu lihat keluarga bercuti sama² besan. Saya kesian suami saya terpaksa hadap perkara macamni dari keluarga saya.
Doakan suami saya diberi kelapangan hati dan kesabaran yang tinggi bila berdepan dengan keluarga saya. Nak dibuang mati mak, nak ditelan mati ayah.
Kepada mentua jangan lah terlalu menekan anak menantu. Kepada pasangan yang diuji salah satu keluarga yang macamni, fikirlah perasaan pasangan kita dulu sebelum buat apa² tindakan.
Jangan biarkan keluarga kita seakan membuli pasangan kita. Fikir juga bagaimana rasa kalau ibu bapa dia yang perlakukan kita seperti itu.
Semoga yang baik² buat kita semua. Salam.
– Si Kelor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami sy jugak bukan menantu pilihan. Lepas balik kg mesti ade je xkene. Last2 sy decide balik kg 2 kali je setahun, tu pom xlebih 3 hri. No more call. Benda2 lain xde sponsor2 just baju raya je sy sponsor. Cuma bulanan je sy bg. Lain2 sy xambk tahu. Kdg2 suami sy tya xnak balik kg ke, sy ckp xnak. Bkn xrindu kg tp sy lg selesa dirumah sendiri.