Reply: Operasi “Sayang Abah”

Assalamualaikum semua. Rasa terpanggil pula nak buat balasan kat entry Abang (https://iiumc.com/operasi-sayang-abah-ii/) ni sebab saya pun pernah mengalami pengalaman yang sama.

Rasa sangat sakit hati ye bila dapat tahu Abah asyik berbalas whatsapp dengan perempuan lain, tambah lagi sakit bila perempuan tu berstatus isteri orang.

Kita gelarkan perempuan tu Siti ye. Siti ni staff Abah, dah ada anak 2 orang. Tapi menggatal seperti tak berlaki, kat sini aku tak salahkan sebelah pihak ye sebab aku tahu Abah pun salah.

Waktu tu aku berumur 15 tahun, aku dapat rasakan Abah lain sangat. Asyik berbalas whatsapp je, siap tersengih-sengih pulak tu. Kadang-kadang bila jawab call pun sorok-sorok.

Sebabkan aku ni kaki drama, aku selalu tengok dalam drama tu salah satu tanda-tanda yang lelaki ada perempuan lain.

Memandangkan phone Abah ada password, aku sentiasa cari jalan nak tahu password Abah.

Apa yang aku buat, pernah kita jalan jalan kat shopping mall masa nak turun guna escalator, aku akan diri selang beberapa anak tangga dari Abah.

Selepas kali yang ke berapa turun escalator, CHECKMATE! Aku nampak Abah menaip password phone dia tanpa perasan aku tengah memerhati.

Balik dari berjalan tu, aku paling tak sabar tunggu Abah mandi sebab waktu tu la aku nak godeh phone Abah. Bila dapat log in phone Abah tu, aku sedih ye sebab tak sangka Abah boleh whatsaap bermesra macam tu sekali.

Si Siti bukan main ye, siap hantar selfie free hair tunjuk rambut penyek dia tu. Aku apa lagi, delete semua gambar hodoh dia tu.

Butiran whatsapp tu tak la ke arah maksiat, aku bersyukur. Cuma Siti jela acah acah manja taik kucing mengadu sakit kepala la, demam la padahal ada Suami kot untuk jadi tempat mengadu.

Cerita ni panjang sangat sebab benda ni berlarutan sampai la aku masuk Universiti, waktu tu umur aku dalam 21 tahun (sekarang 27 tahun).

Apa yang aku nampak Siti ni bukan syok kat Abah, tapi lebih kepada mengambil kesempatan, tak guna betul. Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab pernah aku baca dia teringin nak beli itu ini, Abah dengan baik hatinya kasi duit ye. Siti ni sangat high taste, top to toe semua branded. Baju anak-anak dia pun taknak kalah semua mahal-mahal.

Selalu la mengadu Suami dia itu ini, tapi dia tak nampak orang tu kerja keras nak memenuhi kehendak dia. Macam mana aku tahu? Sebab waktu tu dia suka menempel dengan family aku.

So, aku tahu Siti ni orang yang macam mana.

Setiap kali berjumpa dia, aku dengan kakak aku takkan salam dia. Sebab meluat tengok muka dia, waktu tu aku sengaja buat macam tu sebab nak dia tahu yang kitorang menyampah dengan dia.

Pernah sekali nak menjelang hari raya, tambah pula Kakak nak konvo lepas raya.

Abah bawak kakak ke butik salah satu designer yang terkenal kat Malaysia ni sebab nak belikan baju kat situ.

Seminggu lepas tu, Siti ada whatsapp Abah nak beli baju raya juga kat situ, siap hantar beberapa gambar.

Amboi amboi, Mama aku pun takde meminta nak beli baju semahal itu, dia dengan tak malunya nak minta Abah belanja.

Long story short, kemuncaknya bila Abah dah berumur 50 tahun dan layak keluarkan sebahagian duit EPF.

Siti menyampaikan hasrat nak berhenti kerja dan nak jadi usahawan berjaya katanyahhh tapi memerlukan sesorang untuk suntik modal.

Ye, Abah modalkan 20k untuk dia buat projek tanaman kat atas tanah bapa dia. Walaupun Abah mengeluarkan modal, tapi tak pernah dapat rasa keuntungan daripada hasil tanaman itu.

Sebagai anak-anak yang baik kami lah yang jadi pekerja tidak berbayar memetik hasil tanaman setiap kali tiba waktunya.

Siti tidak pernah tolong ye, kerja dia asyik la mengadu “panas, panas”.

Oh ye, selain dari kami adik beradik dan Mama yang jadi pekerja, Ibu bapa Siti pun membanting tulang ye cumanya mereka dibayar gaji.

Sampai la, aku dan adik mengadu kat Mama yang kami tak boleh nak tolong lagi sebab perlu fokus dengan final year kami. Sementara aku jauh dari rumah, adik pulak yang jadi informer untuk kegiatan Siti.

Siti dengan perangai hansuang berpisah tiada bila dia mintak Abah beli 4×4 untuk jadikan kenderaan keluar masuk kebun. Nasib baik la Mama, awal awal dah slow talk dengan Abah.

Sekarang tanaman ke mana, kebun ke mana, 20k hangus begitu sahaja. Sejak tu, Abah nampak yang dia ni cuma nak pergunakan Abah.

Aku nampak Abah dah jauhkan diri dari Siti. Bayangkan aku hadap dari umur aku 15 sampai la umur aku 22 tahun.

Aku tak tahu Mama dan Suami Siti sedar atau tak tentang kemesraan mereka, Wallahualam. Aku bersyukur, Allah jawab doa aku walaupun ambil masa beberapa tahun.

Aku sayang Abah dan aku harap Abah diberikan kesihatan yang baik. Abah seorang ayah yang baik cumanya kelemahan Abah dia mudah percaya dengan orang.

Untuk anak-anak di luar sana tolong perhatikan perubahan parents korang, lebih-lebih lagi kalau parents yang dah nak keluar duit EPF tu.

Hati-hati ada yang memerhati..

– Mochi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *