Reply: Orang Bujang Akan Meninggal Dunia Keseorangan?

Assalammualaikum.. Confession ini khas ditujukan buat adik Peah (https://iiumc.com/orang-bujang-akan-meninggal-dunia-keseorangan/), juga kepada sesiapa yang mungkin berada dalam circle yang sama.

Masa kakak baca confession adik Peah, terasa seperti melihat kembali diri sendiri 10 tahun yang lepas.

Serba sedikit mengenai diri kakak. Seorang wanita berumur 43 tahun, berpendidikan ijazah, bekerja dalam sektor swasta dan masih lagi bujang.

Kakak asalnya ada seorang adik tetapi Allah dah ambil dulu satu-satunya darah daging kakak itu. Ahli keluarga yang paling muda dan sihat pergi tinggalkan kami.

Kakak rasa masa tu susah sangat nak terima kenyataan, mungkin juga depression & anxiety.

Setahun tak boleh terima kenyataan bahawa kakak sudah tiada lagi adik-beradik, berat badan turun mendadak dan tiba-tiba segala hal berkaitan keluarga, kakak kena uruskan sendiri.

Pada waktu ini, kewangan menjadi masalah utama sebab kami adalah golongan B40. Tidak senang tapi tidak la begitu susah.

Untuk pengetahuan adik Peah, kakak ada seorang Abah yang sudah sakit terlalu lama. Penyakit tiga serangkai dan semakin teruk bila terkena stroke.

Rutin harian kakak dulu sama seperti adik Peah. Berulang-alik ke hospital itu perkara biasa. Semasa kakak diploma, beberapa kali kami beraya di hospital.

Semasa kakak mula bekerja cuti tahunan habis untuk bawa arwah Abah ke hospital dan menyelesaikan hal-hal kecemasan.

Dulu kakak dan adik bersama-sama menjaga orang tua. Bayangkan bagaimana remuk hati kakak bila dia dah tiada. Ibarat hilang sebelah kaki. Arwah Abah kakak meninggal 8 tahun yang lepas iaitu selepas 14 tahun pemergian arwah Adik.

Secara jujurnya, kakak sudah lama persiapkan mental & fizikal untuk kehilangan Abah memandangkan Abah sudah sakit terlalu lama. Kakak fikirkan kami akan kehilangan Abah dahulu, tapi Tuhan ada perancangan lain.

Masa Abah meninggal Kakak demam seminggu – bayangkan, walaupun kakak dah buat persiapan emosi lebih awal tetap juga kakak jatuh sakit.

Mujur Ibu agak independent walaupun kakak tahu Ibu juga sebenarnya berada dalam tekanan emosi yang dalam. Satu-satu “harta” yang dia ada Allah ambil. Anak lelaki dan kemudian pasangan hidupnya pula.

Masa kakak seusia adik Peah, kakak juga fikirkan benda yang sama. Apatah lagi kakak masih bujang pada waktu itu dan masih lagi bujang pada saat ini.

Ditambah lagi dengan keadaan kakak yang tiba-tiba jadi anak tunggal. Sudah la anak tunggal, introvert pula.

Memang rasa “adakah aku akan mati dalam keadaan takde siapa pun tahu?” Makin lama fikir jadi makin serabut. Sampaikan kakak tertanya-tanya kenapa la takdir kakak begini ye? Banyak sangat ke dosa aku ni?

Sampai la satu saat, kakak terbaca somewhere. Dalam hidup ini takde satu pun hak milik kita. Takde satu pun kita punya. TAKDE!

Mak Abah, adik-beradik, pasangan hidup, rumah, kereta, tanah, jawatan, kucing semua itu hanya pinjaman aje.

Allah beri pinjam selama mana kita hidup atas dunia. Benda yang kita pinjam, memang kena pulangkan balik.

Makin lama kita tidak cuba faham konsep ini, makin susah untuk kita teruskan hidup bila berlaku apa-apa musibah nanti.

Benda ni seolah menjadi tamparan pada kakak. Kenapa la kakak nak bergantung hidup pada manusia/benda ye? Sedangkan sepatutnya kebergantungan itu hanya pada Allah. Bercakap memang senang kan?

Tapi adik Peah, kakak tidak harapkan adik supaya menjadi “tabah” seperti kakak. Setiap orang ujiannya berbeza dan Tuhan juga tidak menguji setiap hambanya melebihi tahap kekuatan yang dia ada.

Jadi kakak berdoa – Tuhan, jangan la uji kakak lagi dengan ujian yang lebih hebat daripada ini. Kakak takut tak sanggup nak hadap, takut tersasar kalau ujian terlampau. Ini kakak doa sungguh-sungguh. Cuba la dik, semoga Allah mendengar.

Tapi dalam pada kita berharap serta berdoa pada Tuhan, jangan tinggalkan usaha. Bila hidup bujang ni, kena ada persediaan rapi. Kalaupun tidak sempurna, pastikan ada persediaan. Ini kakak senaraikan apa yang telah kakak buat dan akan terus buat.

1) Pastikan ambil medical insurance. Ambil package yang boleh cover kos perubatan secara keseluruhan. Premium agak mahal tapi cuba usahakan. Pampasan kematian tidak perlu ambil mahal sangat, siapa nak guna nanti?

Kalau adik Peah ada coverage medical insurance yang bagus, jangan risau. Duduk hospital lama-lama pun ada orang akan jaga.

2) Pastikan ada simpanan. Cash in hand kena banyak untuk orang bujang sebab kita mungkin memerlukan khidmat orang lain untuk membantu urusan seharian kita.

Contoh:- hired maid secara mingguan bila dah tua nanti sebab tak larat nak bersihkan rumah.

3) Rumah persaraan. Adik Peah kena rancang dari sekarang bersara nanti nak duduk di mana. Kalau nak beli rumah & akan tinggal seorang, pastikan buat tiny house aje.

Kalau rasa takut tinggal seorang, mungkin boleh sewakan bilik. Kawan dapat, extra income pun dapat.

Tapi kalau adik Peah rasa tinggal di rumah orang-orang tua tiada masalah, rancang kewangan untuk pastikan dana mencukupi untuk membayar yuran bulanan di rumah orang-orang tua. Tapi kakak harap adik akan tinggal dengan keluarga sedia ada sekarang ini.

4) Jaga kesihatan. Umur 33 dah boleh mula konsisten jaga kesihatan. Pergi luangkan masa exercise & jaga pemakanan.

Kakak selalunya akan jogging/swimming di hujung minggu. Supplement seperti fish oil, ginko, garlic oil pun kakak dah mula ambil.

5) Cari aktiviti yang menyeronokkan untuk kill the time. Sambil-sambil jaga Mak Ayah di rumah, adik boleh juga buat aktiviti yang adik suka.

Dapat belajar benda baru & dapat tambah kenalan, contohnya belajar baking/ menjahit/ kelas agama/ swimming? Ikut la apa minat adik.

Jangan buang kawan-kawan yang dah berkeluarga tu. Kehidupan mereka dah lain. Mereka pun mungkin rasa tak selesa dengan kita macamana kita rasa awkward sometimes bila berada dalam circle married life ni.

6) Kahwin? Kakak tak berani nak cadangkan yang ini. Adik jangan ingat jodoh lambat tu sebab rupa yang kurang menarik.

Kakak ni cantik je, comel manis. Kalau mengaku umur 33 tahun pun orang masih percaya. Hehehe.. tiber kan! Tapi tu la, cantik ni pun satu ujian.

Tambah-tambah bila dah jadi anak tunggal, kita pun tak tahu samada orang ikhlas ataupun tidak. Cuma bila dah ada calon, tolong istikharah. Percaya pada istiharah tu ye. Kalau dipermudahkan maknanya betul la jodoh. Kalau tidak itu la jawapan istikharah.

Adik Peah, jangan dirisaukan apa yang kita tak boleh kawal. Kematian itu salah satu daripadanya. Kakak ada ramai kenalan yang meninggal semasa bujang.

Mereka meninggal dalam keadaan yang baik-baik aje, dikelilingi oleh ahli keluarga & rakan taulan. Ingat tak kakak ada cerita pasal arwah adik kakak?

Arwah adik meninggal di usia muda. Umur 20 tahun. Ramai yang hantar dia ke kubur, ahli keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan…

Begitu juga dengan arwah Abah. Proses pengemubian mereka berdua sangat mudah. Ramai yang datang membantu. Kakak harap bila sampai masanya nanti, Allah akan permudahkan urusan kita juga.

Jaga diri.

– Kakak Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *