Reply, (https://iiumc.com/pasangan-non-chalant/).
Salam semua. Thank you admin kalau siarkan kisah ku. Okay back to our stories.
Hye aku Wawa. Aku terbaca pasal kisah akak ni meluah tentang laki dia non chalant. Macam ibarat senyap je rumah tangga tu. Suram aje perkahwinan.
Sebenarnya, sis kita sama! Hahahahahaha.
Aku ingat kat dalam dunia ni aku sorang je hadap suami sebegitu rupa. Rupanya aku dah jumpa “geng” itu. Yesss.
Sebelum kahwin, time mengurat memang segala skill keluar, siap pickup line taw. Mesej panjang2 bukan main caring lagi dengan kita. Selepas kahwin tu, ibarat titik permulaan la kenal dengan suami jenis macam tu.
Kita nak meluah pon dia bukan jenis respon apa yg kita cerita. Nak ajak berbincang apatah lagi. Time gaduh, senyap sunyi beberapa jam, kadang makan sehari, lepastu dia datang peluk gitu. (Cara dia minta maaf).
Bayangkan la kalau keluar jalan, time order makan pon da krik krik. Takde perbualan apa. Buat hal masing2 layan fon. Sedih taw keliling kita semua borak2 dengan pasangan masing2.
Tapi yang anehnya, dengan kawan kawan, dia auto jadi lain pulak. Mulut terus laju pot pet bercakap. Bukan main happy. Ada communication dua hala.
Bila tang kita as isteri, eh dia buat macam tak kisah. Isteri kalau keluar dari siang sampai malam pon, bukan jenis nak mesej isteri, tanya kabar ke, macam mana keadaan ke. Dia buat macam kita tak wujud.
Padahal aku ni paling mesra, suka melawak, perangai gila gila punya orang. Sekali bila masuk alam rumah tangga, aku kehidupan agak suram tnpa komunikasi dua hala. Dah la takde anak. Bertahun tahun sunyi.
Pernah juga suara kan macam sis ni cakap, tapi jawapan laki ku, dia memang begitu. Sebab dari dulu dia begitu.
Tak berapa ngam dengan perempuan. Tak pernah bercinta, kenal aku dalam bulan 5, bulan 6 merisik, nikah bulan 9. Ha begitu jodoh kami.
Ibarat persis akak sebelum ni cerita, so lakiku memang jenis bertanggungjawab, nak minta apa minta je, selagi dia ada duit, dia memang tak lokek punya, belikan aku beg kasut jenis branded, jenis suka bersedekah,
Aku nak beli apa-apa minta je duit dari dia, nak p jalan jalan pon selagi dia ada modal, dia akan bawa pergi jalan. Sepanjang berjalan aku takkan keluarkan sesen pon duit aku. Semua dia tanggung.
Siap beli ole ole dia kasi duit hahahaha. Kira dalam rumah ni, kesemua modal hampir dia punya, rumah baru semua jenis peralatan mahal semua tanggungan dia.
Aku? Goyang kaki. Pakej takde anak, nak tidur pukul berapa, bangun pukul berapa pon dia tak kisah. Hahahaha.
Kalau aku malas masak, no problem order je food panda. Dia takkan bising rumah tu berkemas ke tandas kotor ke (tapi aku tetap bersihkan sebab aku ni pembersih)
Bila aku dengar luahan sis sebelum ni, aku faham sangat rasa perasaan dia. Dan bila aku hadap begini, ada sesuatu Allah nak tunjukkan ke kita.
Kadang apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat. Bila direnung kembali, sebenarnya dah cukup syukur bila dikurniakan suami jenis begini, sebab.
Ramai dekat luar sana memerhati lelaki yang jenis (ada duit, bertanggungjawab, tak lokek)
Walaupun suamiku begini, senyap aje tak suka bercakap dengan bini, tapi dia bukan jenis kaki pukul, kaki hisap rokok, bukan jenis maki hamun, means dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Solat 5 waktu.
Dia memang hormat ibu bapaku, kadang siap sponsor duit macam macam padahal dekat luar sana ramai suami jenis tak peduli perihal mertua mereka.
Dari situ, aku sebagai isteri, akan pandang sudut kebaikan dia melebihi dari apa yg terjadi dalam rumah tangga kami. Walaupun hidup begini, rumah tangga kami masih aman damai.
Gaduh sekejap sekejap tu biasa lah orang kata asam garam dalam perkahwinan. Nak dipaksa suamiku berubah pon payah. Sebab itu memang dia. Pattern begitu.
Jadi aku takkan paksa dia untuk ubah. Aku jadikan ni as ujian aku di dunia nak dibanding kan orang sekeliling yang hadap pelbagai ujian curang, suami hisap dadah, suami jenis naik tangan, suami kedekut taik hidung masin.
Aku akan cari minat aku sendiri, aku hiburkan hatiku dengan buat apa apa aktiviti yang takkan buat aku sunyi sepi.
Aku busykan diri meniaga sendiri dirumah, aku mantapkan pegangan ilmu agama ku. Dari situ aku kurang memerhati tingkah laku suamiku.
Malah aku jadi lebih bersyukur dikurniakan suami sebegini. Malah aku yakin ni jodoh Allah dah tetapkan pada kami as sekufu (kami as background degree dalam bidang masing2),
Aku pon bukan jenis perempuan seksi2, jenis menjaga aurat, aku pon tak pernah memekik ke suamiku, jadinya apa lagi nikmat yang mahu aku dustakan??
Untuk sis, jangan pernah mengalah kerana hasutan dek syaitan untuk melihat sisi keburukan suami melebihi kebaikan dia.
Yakin lah setiap ketentuan Allah ada hikmahnya untuk jdikan kita lebih kuat, jadikan kita lebih sabar. Mana tahu ni asbab kita masuk syurga? Aaminn.
Meh sandarkan pada bahuku ni sebab kita geng hahahahaha.
Yang penting laki kita bukan jenis mengurat perempuan, mesej sana sini. Focus kerja untuk family, dan time senang, kita lah orang first yang dia takkan lupakan hehehehehehe.
Di doakan semoga perkahwinan sis bahagia sampai syurga. Aamiin.
– Comel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit