REPLY: Penat Cari Jodoh

Reply, (https://iiumc.com/penat-cari-jodoh/).

Hi sis Hamba Allah (HA), saya tergerak hati nak berkongsi pendapat saya setelah baca post confession awak dekat tempohari.

Saya Ann, umur 33, berpendidikan, kerja stable dan macam HA jugak masih lagi single.

Tapi saya rasa apa yang membezakan saya dengan HA adalah mentaliti dan bagaimana saya menghadapi hari-hari dalam tempoh masih single ini .

Sebagai seorang perempuan normal, pada saya perasaan nak berpasangan dan berkeluarga itu satu lumrah.

Saya rasa ramai orang dekat luar sana bila dah melepasi certain umur, bila mereka tengok orang sekeliling yang umur sebaya (atau lagi muda) dah kahwin dan berkeluarga semua – mereka akan rasa insecure dan rasa macam mereka banyak sangat kekurangan.

Waktu tu mula la fikir, “Eh aku ni rupa buruk sangat ke?” “Aku ni memilih sangat ke?”

Dan macam-macam lagilah sangkaan kita fikir untuk beri alasan pada diri kita tentang kenapa kita masih lagi single.

Sis HA, urusan jodoh ni urusan Allah. Kadang tu sekuat mana kita usaha atau sekuat mana keinginan kita pun, kalau belum tiba masanya, memang kita takkan dapat benda itu.

Jadi dalam tempoh kita tengah berusaha untuk mencari jodoh ni, sebenarnya kita patut isi masa kita untuk memperbaiki diri sendiri dan muhasabah.

Macam saya, dulu pun saya ada target nak kahwin waktu umur 25-30.

Waktu itu memang saya yakin sangat dah yang saya memang sangat bersedia untuk kahwin. Memang beria lah kenal-kenal orang sana sini, siap bernazar untuk berkahwin bagai.

Even dulu dalam doa pun saya macam ‘memaksa’ dengan bagi deadline pada Allah supaya beri saya jodoh untuk tempoh sekian-sekian.

Despite of all those so-called efforts, saya masih lagi single.

Astaghfirullah, bila fikir-fikir balik teruk betul saya masa tu.

Yalah, siapa la saya sampai layak nak mengarah-arah Tuhan. Dah la dengan cara doa pun tak beradab, saya pula memaksa-maksa macam saya lebih tahu aturan hidup yang terbaik dan sesuai dengan saya lebih baik dari Allah.

These days, Alhamdullillah bila Allah gerakkan hati saya untuk belajar balik agama, mula berjinak-jinak untuk buat dan belajar yang saya tak pernah minat sebelum ni (e.g memasak/baking, menjahit),

Saya macam baru sedar, eh saya ni sebenarnya tak cukup ilmu dan sebenarnya belum bersedia lagi untuk berkahwin.

Ya, memanglah kita tak perlu nak kena jadi serba sempurna dulu baru layak untuk kahwin,

Tapi pada saya nak berkahwin ni kita perlu atleast ada kematangan fikiran berserta perlu ada basic knowlegde untuk certain benda (e.g. ilmu agama, ilmu parenting, basic cooking skills, etc),

Sebab dalam perkahwinan ni tak sentiasa manis-manis, indah-indah, kita perlukan kesabaran dan ilmu untuk hadapi semua ujian dan cabaran.

Untuk yang dah kahwin tu, ya they can pick up all those knowledge selepas mereka dah berkahwin.

Tapi untuk kita yang masih single lagi ni, apa lah salahnya kalau kita prepare awal-awal dengan belajar dan mempersiapkan diri kita dengan ilmu yang necessary,

Takkan la bila dah kahwin nanti (dah la kahwin lewat dari orang lain), waktu tu baru nak terhegeh-hegeh nak belajar semua itu.

Meratib yang kita rasa sunyi, rasa lelah dengan status ‘single’ ini sebenarnya tak bawa manafaat pun.

Kita je yang rasa teruk, orang lain bukan tahu dan ambik kisah pun. Haters even might laugh seeing us miserable.

Jadi dalam tempoh kita masih belum berkahwin ni, saya suggest sis HA buat benda dekat bawah:

1. Tambah ilmu yang berkaitan yang boleh digunakan lepas berkahwin nanti.

2. Dekatkan diri dengan Allah (e.g. belajar agama, perbaiki ibadah dan kualiti ibadah)

3. Gunakan masa untuk berbakti & luangkan masa dengan ibu bapa & family – bukan semua orang diberi kesempatan untuk buat benda ni.

Berapa banyak orang yang teringin nak spend time dengan ibubapa/family, tapi mereka tak diberi kesempatan sebab pelbagai kekangan.

Yang lagi sedih, kalau parents dah tak ada, sekarang mampu doa je untuk dia orang.

4. Cari hobi untuk isi masa lapang / buat perkara yang kita minat – macam saya, saya memilih untuk travel dengan kawan-kawan, disamping buat hobi saya yang lain.

5. Gunakan masa untuk simpan duit dan kumpul aset. Since sekarang ni tak ada komitmen sangat, better la menabung dari membazir duit beli benda sia-sia.

Seriously, bila kita sibuk buat benda-benda dekat atas ni kita dah takde masa nak melayan rasa lonely dan meratib status single tu.

Selain tu teruskan usaha untuk cari jodoh, berdoa dan teruskan bersangka baik dan berserah sahaja pada Allah.

Bila kita sangka baik dengan Allah dan kita yakin yang segala benda Allah takdirkan ni ada kebaikan dan hikmah dia (yang kita obviously tak nampak sekarang) automatik hati kita akan tenang dan aman-aman je.

HA jangan risau, benda yang sis rasa tu benda yang ramai perempuan single rasa cuma itulah they way we deal with it yang membuatkan ianya jadi berbeza.

Apa pun saya doakan agar HA dikurniakan jodoh yang baik dan diberikan kekuatan hati untuk menghadapi hari-hari mendatang. Semoga perkongsian saya boleh memberi manafaat pada HA dan pembaca. Terima kasih.

Yang berserah tapi tak menyerah,

– Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *