REPLY: Penat Muakan Suami

Reply, (https://iiumc.com/penat-muakan-suami/).

Sis, saya tak nak komen dekat post sebab tak nak aibkan suami saya. Nanti kawan-kawan baca, tau pula kisah lama kami.

Suami saya memang baik orangnya, sama macam suami sis la. Dan, bila saya baca, saya faham. Saya faham sangat sebab saya pernah berada dalam kasut sis.

Saya buat silap dari awal, tak sedar mana tanggungjawab nafkah sebenar suami. Masa awal-awal kahwin, saya sendiri cakap, kita share komitmen separuh-separuh.

Jadi, saya buat sheet list semua perbelanjaan komitmen keluarga tak kisah la apa, rumah, kereta, yuran, simpanan anak, bil2, pengasuh dll kemudian bahagi 2. Rumah tu nama dia ya, bukan nama saya, kereta nama saya.

Hanya belanja dapur, pampers, susu, makan anak saja atas suami saya totally. Dia bagi nafkah RM50 dekat saya sebab saya tekan nafkah itu wajib.

Tapi, saya lupa, rumah itu nafkah yang dia kena sedia juga, keperluan-keperluan lain juga nafkah yang dia perlu sedia. Bila saya nak makan mewah, saya keluar duit. Sebab masa tu saya kasihan dengan suami saya, gaji dia lebih kecil dari saya.

Makan di ofis duit sendiri, RM50 yang dia bagi tu manalah cukup untuk sebulan. Baju-baju, keperluan saya semua saya beli sendiri. Tapi, saya buat kesilapan besar masa tu sebenarnya. Sepatutnya saya kena tekankan dari awal apa nafkah wajib dia perlu sedia.

Sampai satu masa, gaji saya tak naik disebabkan ekonomi gawat, gaji dia sentiasa naik dan akhirnya lebih tinggi dari gaji saya. Komitmen pula makin bertambah. Duit nafkah sama je dia bagi RM50 je.

Sampai akhirnya komitmen dah hampir sama banyak dengan pendapatan bersih saya selepas tolak epf. Baki hanya seratus dua. Dan, saya mula struggle, tak cukup duit.

Tapi, nafkah suami masih sama ya. Saya tak dapat pun berbelanja untuk kemahuan diri saya, sedangkan suami saya seronok membeli untuk diri sendiri, duit masih berbaki banyak. Sebab memang gaji dia dah makin tinggi dari saya.

Akhirnya, saya berterus terang dengan dia, saya menangis, cakap seronoknya dia banyak duit, saya pula duit habis untuk keluarga.

Saya ingatkan dia akan cakap takpe la, rumah tu dia akan bayar sendiri, saya bayar kereta saja dll bil dia bayar. Maksudnya dia kurangkan komitmen saya la. Komitmen rumah 1k lebih, kereta tak sampai pun. Tapi, tidak ya.

Dia hanya cakap, takpe, bila gaji saya dah habis, dia akan mula bagi duit makan dekat saya. Maknanya duit gaji saya habis dulu baru boleh minta duit dari dia!

Saya kecewa, tapi saya ikutkan saja. Dia bagi RM50 setiap minggu untuk duit makan saya. Tapi, bayangkan saya memang tak dapat merasa pun duit sendiri, beli untuk diri sendiri.

Pada akhirnya, apabila saya mula tertekan dengan nature kerja saya, dengan duit tak cukup, dengan sedih melihat anak terabai, saya stress saya tak dapat rasa duit sendiri, saya meletup.

Saya mengamuk, bergaduh besar dengan suami saya, dah alang-alang saya tak ada duit, biarlah betul-betul saya takde gaji, baru berbaloi. Saya mengamuk nak resign, biar dia betul-betul ambil alih tanggungjawab sebenar dia.

Nak resign bukan punca duit saja, tapi juga sebab anak-anak, saya rasa anak-anak terabai. Saya rasa saya memang hampir mental masa tu. Saya betul-betul mengamuk nak resign.

Saya cakap dekat dia, bukan tanggungjawab saya mencari nafkah, sepatutnya saya hanya bantu, bukan saya yang stress duit tak cukup tapi dia enjoy dengan duit lebihan dia.

Dan, suami benarkan saya resign dalam keterpaksaan. Walaupun dia ada ugut nak jual rumah dan kereta kerana takut tak cukup duit.

Saya resign akhirnya. Pada awalnya, memang kami sedikit struggle tapi, alhamdulillah Allah mencukupkan juga walaupun struggle. Suami la yang nampak stress awalnya sebab dia sudah terbiasa dimuakan saya, terbiasa saya bantu kewangan dia.

Dan, akhirnya selepas berbulan-bulan, suami berlapang dada terima hakikat yang memang tanggungjawab dia untuk menafkahi keluarga, mencari rezeki. Apabila dia mula berlapang dada, saya nampak keberkatan di situ. Siap ada lebihan lagi.

Padahal, awalnya saya kira komitmen gaji suami sekadar cukup-cukup sehingga terpaksa cut sana sini. Sampai sekarang, kadang-kadang ada masa kami struggle tapi kami hanya diamkan dan perlahan-lahan susun balik perbelanjaan.

Tapi, cukup je, tak pernah kami berlapar, malahan kerap juga makan sedap, boleh bercuti ke sana sini walaupun sekadar dalam Malaysia. Dan, sampai sekarang, rumah dan kereta tak kena jual pun.

Cuma, apabila dia dah dibiasakan dimua oleh saya sebelum ni, ada la saya nampak kadang-kala dia agak berkira nak keluarkan duit untuk saya. Memang terasa hati juga kadang-kadang.

Tapi, saya sentiasa cuba berlapang dada. Sebab saya tahu, silap saya sendiri dari awal muakan suami. Dan, saya anggap saja itu kelemahan dia sebagaimana saya sendiri banyak kelemahan. Jika teruk sangat berkira dia baru saya tegur.

Sepatutnya dari awal, kena tegas dengan suami tentang tanggungjawab sebenar dia. Boleh bantu tapi bukan ambil alih tanggungjawab dia atau share tanggungjawab dia. Kita cukup sekadar bantu cukupkan apa yang tak cukup. Dan, betullah, hiduplah ikut kemampuan suami.

– Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Zaman skrg terlalu ramai suami culas nafkah.Sebab serah kpd isteri semua perkara.Para istri tlg jgn beli lauk dan masak utk suami tak guna tu.

    Masak utk anak dan sorok

    Sampai bila nak jd enabler?tak penat ke jd hamba kpd lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *