REPLY: Provider

Reply, (https://iiumc.com/provider/).

Sejak zaman Rasulullah lagi, isteri atau ibu punya pendapatan sendiri dan ada yang lebih tinggi daripada suami.

Dah itu rezeki buat kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Hiduplah atas kemampuan suami. Nak lebih, usaha sendiri. Harapkan rezeki daripada-Nya, bukan daripada suami semata-mata.

Ada orang Allah SWT hadirkan suami berharta dan murah rezeki. Tak apalah, itu rezeki pasangan atau keluarga tersebut.

Rezeki ini boleh hadir dalam pelbagai cara. Ada tikanya melalui suami, ada ketikanya melalui isteri dan ada ketikanya melalui anak-anak. Syukuri semuanya. Berbelanjalah dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Bukan semua pasangan khatam tanggungjawab masing-masing. Menjadi tugas pasangan untuk menegur. Contoh, suami langsung tak mahu bantu urusan kerja rumah:

1. Cara manja: “Abang sayang, tolong kemas dapur.” “Nanti malam adalah upah.”

2. Cara bergurau dan mengingatkan: “Abang tahu tak kudrat lelaki dua kali ganda kudrat perempuan, jadi abang kenalah buat…”

3. “Abang sayang saya tak? Kalau sayang abang kena buat…” (Suruh sesuatu yang wajar)

4. Jika semua tak jalan. Ibarat rebus tak hempuk, bakar tak hangus, masak tak didih. Tekad dalam hati, “Jom jumpa hakim / kadi di mahkamah.” Paling tidak, alasan dah tidak bersefahaman boleh guna.

Hidup kita ni kenalah selalu berdoa kepada-Nya. Doa untuk beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Jangan selalu dok teropong kelemahan pasangan kita. Lebih baik perbaiki diri untuk syurga Allah SWT. Hasilnya, kebaikan dunia dan akhirat sama-sama kita beroleh nikmat.

Jika dah tahu pendapatan suami tu sedikit, buat macam mana pun banyak tu saja rezekinya. Tak ada kemahiran. Tidak kreatif.

(Bukan semua lelaki tu akalnya panjang) (Kebanyakannya bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut). (Dengan alasan tersebut, takkanlah isteri pun nak jadi bodoh juga?)

‘Kepimpinan melalui teladan’. Suami maha kedekut, isteri jadi kedekut segala-galanya hanya pada suami. Pulangkan balik: “Suami yang ajar jadi kedekut.”

Jika suami jenis “play victim”, kamu jadi “play victim” balik hanya kepada suami. Jika suami jenis curang, jangan pula kamu curang. Jenis ni memang kena “bye, bye” saja.

“Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Sekali orang tak hendak, 10 kali aku tak hingin.” Curang ni bukti yang cukup jelas, engkau isteri yang tak disayangi.

Tapi jika minta elok-elok nak poligami, kalau rasa tak boleh terima, beritahu suami dengan jelas. Anda tak nak bermadu dan rela undur diri. Dia nak sangat poligami, carilah perempuan lain yang boleh terima poligami.

Ada saja perempuan yang mampu poligami. Suami macam ni biasanya lebih sayang diri sendiri. Tak salah pun untuk isteri juga lebih sayang diri sendiri.

Selalu juga isteri ni ada kekayaan, suka sangat berbelanja untuk bantu suami. Itu bukan bantu tapi menjerumuskan suami ke neraka jahanam namanya.

Jika ada kekayaan, banyakkan bersedekah. Nak sedekah kepada siapa? Orang paling terdekat, sudah tentulah suami (tu pun hanya untuk suami yang baik). Kita kenalah tahu siapa suami kita. Niat sedekah kerana Allah SWT.

Sebaik-baiknya banyakkan simpanan. Simpanan nak tunaikan haji. Simpanan untuk pelajaran anak-anak. Simpanan untuk kecemasan. Simpanan untuk diri sendiri yang kadang-kadang teringin sangat nak makan sedap-sedap akan sesuatu. Apa-apa simpananlah.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *