REPLY: Ranting

Assalamualaikum.. saya ada baca confession Ranting (https://iiumc.com/ranting/), kisah Milah yang berdepan dengan dua orang lelaki yang entah apa-apa.. lagi-lagi si Ali tu..

Okay tujuan Kak Bunga tulis ni sebab kisah Milah agak related juga dengan Kak Bunga. Cuma Kak Bunga bukanlah bekerja semasa belajar.

Sungguh Kak Bunga kagum Milah kuat semangat! Kak Bunga dulu belajar ada PTPTN, itulah buat belanja dan survive semasa belajar.

Pengalaman makan bercatu memang ada juga sebab student kan.. telefon pun memang pakai yang ada je dulu. Ingat lagi masa ramai dah start tukar pakai fon touch screen, Kak Bunga masih lagi telefon picit-picit tu..

Okaylah back to story, kisahnya Kak Bunga ada lah jugak bercinta masa belajar dulu. Ciri-ciri yang Kak Bunga nak tu memang ngam dah la.

Tinggi, handsome even muka ada lubang-lubang parut jerawat pun still Kak Bunga suka, dan dia baik (awalnya). Kami start kenal masa sama-sama masih diploma.

Kak Bunga tamat belajar diploma with flying colors tapi Azam (bukan nama sebenar) masih sangkut. Katanya course dia susah, tak boleh bawa. Ada subjek kena repeat berkali-kali.

Kak Bunga okay je lah asalkan dia ada inisiatif nak habiskan belajar. Tapi, lama-lama dia down dan bertindak tak teruskan pengajian course tu. Masa ni Kak Bunga tak gelabah pun sebab masih muda lagi, so pandai-pandai lah atur hidup.

Walaupun baru cecah 20an masa tu tapi cita-cita dia tinggi betul nak memperisterikan Kak Bunga. Tapi, Kak Bunga cakap, kalau nak kahwin biarlah dia ada kerja.

Kak Bunga tak nak dia tak kerja. Sebab nanti dia yang jadi suami kot. Kak Bunga tak kisah level belajar dia tahap mana pun asalkan dia ada rasa nak ubah diri dan kehidupan jadi lebih baik.

Then, Kak Bunga tanya apa yang dia minat. Katanya minat bab lukis-lukis. Katanya sebelum ni dia minta course tu tak dapat. Kak Bunga cakap, apa kata cuba lagi.

Tapi minta U lain. Kalau dapat, belajar dan kerjalah bidang yang minat tu sampai berjaya. Kak Bunga masa ni memang jadi orang yang setia bagi dia semangat lah.

Selepas beberapa bulan, Kak Bunga masuk belajar degree..dalam 4 bulan macam tu, Azam pulak dapat tawaran course lukis-lukis yang dia minat sangat tu.

Kami seronok lah sebab masing-masing dah dekat. Sebelum ni masa diploma kami U lain-lain tapi kalau ada event akan terjumpa. Situlah kami kenal. Seronoklah dah dekat boleh jumpa pakwe selalu tak macam sebelum ni.

Bila dia belajar diploma balik tu, disebabkan kami dekat, selalu lah Azam ni cakap, datanglah melawat dia dekat hostel (Kak Bunga duduk rumah sewa).

So buat lah plan seminggu sekali Kak Bunga turun jumpa dia.. Kak Bunga ada kereta. Azam tak ada lesen dan tak reti drive. Hmm..

Bila jumpa, sekali sekala dia keluar duit, tapi banyak kalinya Kak Bunga lah. Kak Bunga kan ada PTPTN. Dia pulak tak ada pinjaman. Duit mak dia bagi gitu-gitu je.

Jadi dengan Kak Bunga lah dia selalu pinjam. Kadang, telefon minta pinjam duit, nak makan. Ayat kesian dia bagi. Kak Bunga kesian, okay bagilah sebab dia janji nak pulang..okaylah bagi lah kang tinggal rangka kat hostel tu payah pula kan.

Then lama-lama makin banyak pulak amount dia nak pinjam. Pernah tu dia mintak nak pinjam RM200. Kalau kita student amount tu sangat banyak.

Lagi-lagi Kak Bunga sendiri tak pernah membeli barang Kak Bunga amount banyak tu sekaligus ya. Berat hati nak bagi, tapi tulah. Ayat kesian dan janji nak pulang. Kak Bunga pun bagilah..kesian punya pasal..

Pernah tu Azam pinjam duit, lepas tu dia ajak jumpa..katanya nanti nak makan apa, makan je..saya belanja..Aik? Belanja? Tu duit aku bagi kan? Belanja apa tu?

Adakah dia nak bagi aku cair dengan cakap macam tu?? Entah lah ye. Tapi sebab macam masih bodo-bodo lagi, iya kan je la kan. Maka, dia pun belanja lah Kak Bunga dengan duit pinjaman Kak Bunga tu. Hmmm..

Lama-lama Kak Bunga jadi tawar hati. Dengan sikap mengongkong, pastu tiberrr ajak bertunang pulekkk..kau dah kenapa gelabah sangat.

Risau katanya nanti orang dok ushar dia kat U. Sebab dia kan tua, jadi adik-adik satu course ramai lah macam crush dekat dia. Dia pun risau kalau Kak Bunga ni nanti ada orang tackle.

Peninglah kepala sebab asyik nak cemburu saja. Keluar dengan kawan perempuan/housemate pun siasat bukan main ya.

Masa ni Kak Bunga dah mula rimas. Rasa tak selesa betul dengan dia. Lepas tu, pakaian Kak Bunga pula di pertikai. Azam suruh Kak Bunga menutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki biar nampak mata je.

Kak Bunga tanya, teruk sangat ke pakaian Kak Bunga ni? Azam kata tak ada lah teruk, elok dah pakai tudung, pakai longgar-longgar tak ketat, tapi kan lebih elok biar tutup semua pakai tudung labuh dan purdah.

Kak Bunga terus sound, kalau tak boleh terima saya ni, nak ubah penampilan saya tak payahhhh. Pergi cari yang memang dah pakai macam tu dan kahwin dengan dia.

Kenapa nak ubah kita sedangkan tak berdosa pun kalau tak pakai purdah tu apa yang dia gelabah sangat entahlahhhh. Owh ya Azam ni agak alim-alim punya orang jadi dia nak lah pasangan begitu haihhh.

Lepas hal-hal di atas, mula lah nak pergi jumpa pun malas. Asyik pinjam duit, asyik paksa ajak tunang kahwin, asyik suruh pakai tudung labuh purdah, kongkong2. Cakap kasar. Bila marah terus bertukar jadi aku kau.

Mulanya Kak Bunga sedih lah jugak. Tapi lama-lama, Kak Bunga jadi menyampah. Menyampah sebab sedih tak tentu hala pasal lelaki yang entah apa-apa ni lah.

Kak Bunga fikir jauh, kalau jadi suami ni, gaduh memang akan tukar aku kau ke panggilan dia ni?

Lepas tu dia always cerita masalah family dia, kakak, abang, adik sekian-sekian yang membuatkan Kak Bunga berfikir, betul ke aku nak masuk family dia ni???? Macam-macam dia cerita pasal family dia.

Uii memang fikir jauh macam mana aku ni? Tahan ke tak nanti ni??

Lepas tu hal pinjam-pinjam duit. Dia dah biasa pinjam-pinjam duit ni, nanti kahwin macam mana? Aku ke yang kena keluar duit ni???

Barang rumah aku ke kena beli? Hal sekolah anak? Macam-macam lagi lah.

Sampai lah ada satu hari kami gaduh tapi tak ingat pasal apa. Kalau setiap kali gaduh Kak Bunga tak pernah tinggi suara ke apa. Azam yang selalu akan tukar panggilan.

Ada sekali tu Kak Bunga tak tahan. Habis je gaduh, Kak Bunga hantar mesej cakap rasanya kita tak sesuai. Kak Bunga mintak putus masa tu jugak.

Dia dah gelabah teruk dan apalagi, pujuk la kan. Nak putus memang sungguh la Kak Bunga kuatkan hati ya. Dia pujuk punya pujuk kaw kaw pun Kak Bunga tak toleh belakang dah.

Ayat manis dia apa semua Kak Bunga beku je dengar. Awal tu takut jugak sebab dia ada sedikit baran time gaduh. Buatnya dia datang cari Kak Bunga dekat rumah sewa, tak ke naya. Takut wehhh. Tapi alhamdulillah lah dia tak sampai begitu.

Pasal penampilan dia pujuk kata tak apa dia terima je Kak Bunga sedia ada. Kak Bunga pakai tudung bawal pun jenis pin kiri kanan tu je.

Kalau pakai shawl pun Kak Bunga labuhkan tutup depan. Tapi dia nak ubah Kak Bunga. Hmm entahlah. Tapi, Kak Bunga tetap tak nak!

Azam call sambil menangis nak dekat Kak Bunga balik. Siang malam berdoa supaya Kak Bunga buka hati semula pada dia. Tetap Kak Bunga tak nak.

Biarlah Kak Bunga hilang ciri lelaki idaman tinggi handsome tu, jangan Kak Bunga hilang kewarasan ikutttttt je permintaan dia.

Cukup-cukup lah pening selama 2 tahun tu.

Masa Kak Bunga belajar dah pinjam2, kot Kak Bunga dah kerja, apa pulak permintaan dia entah? Hmm..masa dah putus Kak Bunga macam nak mintak balik duit2 dia pinjam tu.

Tapi nanti contact lagi, panjang pulak ceritanya. So tak apalah. Halalkan je lahhh. Memang amount tu tak lah sebanyak Ali paw Milah, tapi duit tetap lah duit kan? Lagi-lagi kita yang perempuan yang keluarkan untuk laki, yang tak ada ikatan lagi pulak tu. Hmmm…

Okay tu je lah ceritanya. Jadi kepada Milah, Kak Bunga baca Milah nak tunggu si Ali tu ada perempuan lain baru lah nak tinggalkan dia. Bagi Kak Bunga, Ali takkan simply tinggalkan Milah sebab awak tu lubuk emas dia.

Rugilah dia tinggalkan awak. Kak Bunga tahu Milah ni terpelajar orangnya. Jadi, teruslah move on dari Ali yang suka mengambil kesempatan.

Jangan hanya kerana nak lelaki ada disisi, kita yang perempuan ni pejam mata dan redha je dengan apa yang dia buat pada kita.

Angkat kaki selagi belum ada ikatan! Jangan stay dalam relationship yang memang dah terang-terang nampak red flagnya! Please Milah. Do something ya!

– Kak Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *