REPLY: Rezeki Terpijak

Reply, (https://iiumc.com/rezeki-terpijak/).

Bila baca luahan penulis Rezeki Terpijak, aku boleh relate. Sebab it happened to mak aku juga.

Mak aku ni ada empat orang adik-beradik. Seorang je lelaki, yang bongsu. Mak aku dengan pakcik aku je yang belajar sampai tertiary level. Yang makcik lagi dua orang tengah SPM je kot.

Arwah atuk aku memang mewarisi banyak tanah juga. Kebun dan bendang. So sampailah masa nak diberikan kepada anak-anak.

Mak aku dimaklumkan pembahagian tanah dah dibuat bersama-sama dengan pakcik kedua aku (adik ipar mak aku, menantu atuk) di pejabat tanah sebab pakcik aku tu ada kawan kerja situ. So kiranya balik kampung untuk dengar je pembahagian tu macam mana.

Mak aku agak terkejut sebab dia dengan adik lelaki dia hanya dapat suku ekar tanah kebun. Manakala tanah lain termasuk bendang dapat ke adik perempuan dia yang nombor dua dan tiga.

Kalau ikutkan agak luas juga tanah yang diorang dapat, beserta dengan tanah tapak diorang buat rumah semasa hayat arwah atuk aku masih hidup.

Alasannya sebab mak aku dengan adik bongsu dia belajar tinggi dan kerja pun bagus.

Mak aku sebenarnya kurang setuju sebab adik lelaki dia patut dapat lebih kalau mengikut faraid.

Dan ada lagi la isu lain yang pakcik aku tolong selesaikan hutang sebab tanah pernah hampir dilelong sebab isu digadaikan oleh pakcik aku (menantu atuk aku). Tu pun pakcik aku tak dapat.

Tapi ayah aku sangat tenang dan bagitahu mak aku supaya terima je dan mungkin itu je rezeki yang Allah nak bagi dari segi tanah.

Ayah aku ingatkan mak aku yang dia ada kerja, gaji dan anak-anak yang bagus-bagus. Aku sangat respek ayah aku. So mak aku pun somehow berdamai dengan takdir.

Pakcik aku pun sama. Aku tak pernah tanya mak aku apa perasaan pakcik aku tapi aku nampak air muka pakcik aku sangat tenang. Dan masih layan arwah atuk aku dengan baik.

Sampai sekarang pun hubungan diorang adik-beradik sangat ok. Pakcik-pakcik aku (nombor dua dan tiga) pun dah meninggal. Mak aku pun memang function sebagai anak sulung.

Bila aku tanya mak aku, dia cakap tu semua harta dunia. Harta dia paling berharga anak-anak dia sebab anak-anak dia akan doakan dia bila dia mati. Harta tak boleh bawa mati.

Walaupun kitorang adik-beradik tak campur, tapi mula-mula tu tak boleh brain juga dan ada rasa tak puas hati walaupun bukan harta sendiri. Hahaha.

Aku dengan adik-beradik aku pernah berborak yang kami takkan bergaduh la pasal harta. Siap dah cakap siapa nak rumah, tanah mak aku, etc, ambil la. Hahaha. Alhamdulillah kami semua kerja pun ok.

Semoga kami teguh dengan pendirian tak nak bergaduh sebab harta. Dan semoga murah rezeki kami selalu sebab kami ada plan nak wakafkan rumah mak nanti sebagai tempat pengajian. Supaya pahala untuk parents kitorang berjalan sampai bila-bila.

– Botol (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bagus la you & adik-beradik tak masuk campur urusan org tua. Betul kata mak you, harta tu utk dunia je, tak boleh bawa mati..yg penting adalah pahala yg kita bawa diakhirat, anak² lah saham akhirat buat mak ayah..hanya doa dr anak² yg soleh akan sampai buat mak ayah..i believe setiap org pasti ada pengalaman mengenai harta pusaka termasuk my family..kita doakan yg baik² semoga semuanya dipermudahkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *