Aku M dan aku memang faham sangat dengan apa yang dirasakan adik yang confess ni, https://iiumc.com/sakit-hati-
Memang perit sangat lihat adik perempuan hadap ujian besar macam ini.
Tanggungjawab dua pihak, tapi macam biasa, perempuanlah yang akan sedaya upaya betulkan keadaan, dan lelaki lenyap.
Perempuan tu tak menang dan tak mahu pun kahwin dengan kau, tapi sebab bertanggungjawab nak jaga aib punya pasal. Kalau boleh, dia pun nak lelaki beriman yang boleh bimbing dia.
Kisahnya, sama juga adik aku pergi attack parent lelaki itu, bila lelaki dah tunjuk tanda-tanda nak larikan diri tapi hampeh, terus kene cop perempuan murahan. Lenyap terus lelaki tu, semua dia block.
Adik aku sampai kena deal dengan mak dia, cakap dia tak nak dah buat maksiat, dan dengan berterus terang sahaja jalan paling cepat nak hentikan semuanya.
Mak dia offer adik aku untuk kahwin, tapi cakap dengan nada sinis sambil peril-perli. “kau sayang anak akuuuu? Kau mahu diaaa?”
Aku tak tahu nak type macam mana tapi macam nada memperendahkan la. Adik aku pun jadi takut weh, terus cakap tak nak dan minta maaf atas semua perkara.
Nak hadap lelaki tu sendiri memang dah lari awal-awal lesap. Last-last, adik aku pula yang jadi macam jantan minta maaf kat mak dia dan tak jadi nak minta anak dia bertanggungjawab, sebab gigil ketakutan.
Aku tunggu dalam kereta waktu adik aku confront mak lelaki tu (adik aku tak kasi ikut), bila dia balik kereta muka dah merah menangis teresak-esak. Aku tanya dia kena marah ke?
Dia jawab dia takut dan dia tak selesa nak bincang dan selesaikan masalah berdua dengan mak lelaki itu, sebab mak dia STRANGER dan berumur, so adik aku rasa inferior. Sepatutnya hal ini perlu la berbincang sekali dengan lelaki itu.
Ini adik aku confront mak dia, mak dia pula yang gelak-gelak sinis mungkin sedih, sampai adik aku rasa bersalah dan terpaksa undur diri.
Kita dah buat salah dengan orang lain, lepas itu nak defend diri pada pihak yang lebih ada kuasa dan tidak tahu apa, macam mak lelaki itu, memang tak menjadi lah. Apa-apa pun, lepas kejadian ini, lelaki dan mak dia lenyap.
Aku sebagai kakak, memang aku nak bunuh je lelaki itu, tapi adik aku punya tahap kecewa sampai suruh aku biarkan sahaja.
Aku respect apa dia mahu dan aku juga tak nak buat perkara bukan-bukan semasa dia masih emosional. Mak dia tak mahu dan lelaki itu pun tak mahu jadi, kena campak tepi lah jawapannya.
Lepas balik dari rumah mak lelaki itu, adik aku menangis sampai gelak-gelak macam orang gila. Aku kat sebelah memang hancur hati sebab aku nampak betapa kecewanya dia.
Dalam kereta lagi, aku peluk dia sambil dengar dia cakap berulang kali teresak-esak yang dia tak mahu hidup lagi. Tangisan dia sampai hari ini bergema dalam ingatan aku.
Seumur hidup aku, itu first time aku nampak orang yang terlampau helpless meronta-ronta, dan dia adik aku.
Parent aku memang tak tahu hal ini. Aku cuba ada disisi adik aku sebab aku risau rahsia seteruk ini boleh buat dia depress dan bunuh diri.
Namun, keesokannya, adik aku terus buat macam tak ada apa-apa terjadi dan bersembang dengan aku seperti biasa. Aku anggap mungkin dia segan dengan dosa dia dan cuba act normal di rumah.
Tengok dia berusaha buat macam dia okay pun sangat perit, sebab aku perempuan jadi aku tahu hidupnya memang gelap dan hancur.
Matanya sentiasa bengkak, dan kadang-kadang hati aku rabak bila aku ternampak calar dipergelangan tangannya.
Aku nak point out pun takut dia tak selesa, sebab dia memang sorokkan dari aku. Aku ingatkan dia bahawa tuhan tahu perancangannya, dan aku ada sentiasa kalau dia perlu apa-apa.
Tapi macam biasa, adik aku cover cakap dia dah okay dan sudah lupakan hal itu. Aku tak sanggup tengok dia hadap seorang diri tetapi dalam waktu sama, aku tak mahu dia rasa tak selesa kalau aku asyik nak campur tangan.
Hal berzina dan ditinggalkan macam ini paling aku risau kalau dia hilang kepercayaan pada Tuhan, sebab terlampau kecewa.
Alhamdullilah, dia memang taubat dan dekat dengan tuhan kembali. Selalu bangun awal pagi dan baca al-quran. Walaupun begitu, dia masih struggle mentally senyap-senyap.
Adik aku juga pernah ada percubaan bunuh diri dengan ambil ubatan overdose sampai pitam bawa hospital.
Parent aku sangat gelisah, tapi adik aku bagi alasan stress kerja. Hakikatnya, aku tahu dia masih dalam trauma ditinggalkan dengan kejam.
Kejadian ini pun lebih kurang 5 tahun lepas. Adik aku cerita apa terjadi masa kat rumah mak lelaki itu pun 2 tahun kemudian.
Banyak lagi kisah dia kalau nak cerita, tapi kebanyakan hari dia akan berusaha act normal. Banyak bertaubat tetapi masih melawan mental dia.
Aku sedih nak cerita sebab melihat dia pun, aku yang rasa hancur teruk. Bayangkan tuan badannya.
Apa aku nak cakap, jauhi zina sahaja. Kalau dari awal memang tahu diri lemah tak berani bertanggungjawab bersama settlekan masalah, just please don’t start..
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit