REPLY: Salah Ke Nak Perhatian 1steri?

Baru je aku baca confession kau, pasal kau yang nak perhatian isteri, (https://iiumc.com/salah-ke-kalau-nak-perhatian-1steri/).

Assalamualaikum, perkenalkan aku Leo, seorang isteri.

Aku baca luahan kau, aku rasa isteri kau lebih kurang macam suami.

Cuma sekarang aku dah tak clingy macam kau la sebab kitorang banyak communicate,

Suami aku banyak jugak bercerita tentang masa kecil dan cara dia dibesarkan so kat situ perlahan-lahan aku faham kenapa suami aku tak pandai bab perasaan atau selalu aku fikir as “kayu”.

Istilah “kayu” ni aku guna sebab kekakuan perasaan dalam perhubungan.

Zaman kecil suami aku tak seindah kebanyakkan kita, mak bapak dia bercerai masa umur dia 3 tahun.

Dia tak ingat rupa mak dia pun, bila umur dia masuk sekolah menengah baru dia tau mak pun dah kawin lain dan ada anak.

Sejurus selepas bercerai bapak dia hantar duduk dengan sedara sampai suami aku dah nak masuk sekolah menengah baru bapak dia ambil balik duduk sekali.

Suami aku pernah cakap masa bapak dia datang dia tak tau mana satu bapak dia.

Suami aku ni anak terakhir hasil perkahwinan pertama jadi memang dia totally terabai dari segi kasih sayang parent.

Dari kecil dia cakap memang dia survive sendiri, dia tak pernah rasa kasih sayang yang orang lain rasa.

Bila dah duduk dengan bapak dia, ada mak tiri dan adik-beradik lain, bak kata suami aku mak tiri tetap mak tiri, kasih sayang tak sama.

Mana-mana ibu pun akan lebih sayang anak kandung dari anak tiri. Jarang jumpa yang sayang sama rata. Tapi suami tak juga rindu mak dia.

Mungkin sebab dari kecil tak kenal mak kandung dan dah banyak benda dia lalui serta survive sendiri. Survival skill dia memang aku salute.

Adik beradik suami aku belasan orang, campur hasil perkahwinan pertama dan kedua bapak dia. Jadi serba serbi kurang, nak bayar yuran sekolah pun suami aku buat kerja sambilan.

Bila dah bekerja suami aku tak lupa bagi duit dan bayar bil, cuma dia anggap macam dia sewa bilik je sebabnya dia macam tak wujud sangat, birthday dia pun orang tak tau, jadi dia lagi suka bekerja.

Suami aku workaholic selalu ot, bila balik lewat makanan tak ada tinggal.

Pernah dia makan nasi kosong untuk alas perut sementara nak keje esok sebab lauk licin. Tak pernah sekali dia merungut. Semua benda dia pendam sendiri.

Setiap apa yang dia lalui, dia pendam. Dia sedih, dia pendam. Terluka, pendam. Terasa, pendam sampai la akhirnya dia jumpa, berkawan dan berkawin dengan aku.

Aku buat dia wujud, aku care tentang dia, aku risaukan dia, aku sayang dan manjakan dia.

Aku bagi more than 100% perhatian sebab aku dibesarkan dalam family yang sangat care one another.

Everytime dia bercerita tentang apa dia lalui, aku pandang dan bagi perhatian pada buah butir cerita dia. Aku tunjuk yang aku berminat, supaya dia nak bercerita lagi dan lagi.

Suami aku hanya rasa tu bila aku ada.

Lepas kitorang kawin sampai hari ni, suami aku tak pernah sekalipun call family dia, bila tanya kenapa, dia cakap tak perlu.

Bila tanya tak rindu ke, dia cakap tak pun. Dulu aku pelik, yela time baru kawin mesti la rasa rindu kat family, tapi dia tak.

Mungkin kesan pengabaian dari parent yang buat hati suami aku jadi keras macam tu.

Tapi still kitorang balik gak jenguk family masing-masing 4 or 6 bulan sekali depends pada keadaan sebab salah satunya kitorang stay jauh cuma aku je yang akan whatsapp kadang-kadang untuk tanya khabar.

Jadi dari situ kau nampak kan, tak pelik pun, orang macam dorang memang wujud kesan daripada kekurangan kasih sayang, diabaikan dan struggle yang dorang lalui dari kecil buat hati dorang keras dan hampir mati,

Dorang memang tak peduli siapa datang dan pergi dalam hidup sebab hidup dorang selama ni sorang je dan orang kurang ambil tau.

Malah suami aku tak pernah menangis pun, dia kata dia tak boleh menangis dan tak ada guna nangis.

Dulu dia tak tau macam mana sayang, macam mana rasa rindu atau rasa cinta sebab dia tak pernah rasa disayangi seikhlas hati.

Sejujurnya, aku dulu sama macam kau clingy dan nak balasan perhatian yang sama macam aku bagi tapi slow-slow aku cuba faham dia.

Akhirnya aku nampak disebalik muka dan sikap yang kurang perasaan, rupanya ada hati yang sangat rapuh yang dia lindungi.

Now, aku tak lagi mendesak dan memaksa dia untuk balas perasaan aku, malah aku lebih berlembut dengan dia, aku yang selalu luahkan rindu, sayang, cinta tanpa paksa dia untuk balas.

Alhamdulillah slow-slow suami aku buka hati. Dia discover sendiri perasaan tu semua. Now dia lebih sweet dari aku.

Alhamdulillah dia baik, seorang yang bertanggungjawab dan kitorang kawan berdua je dari dulu sebab kitorang introvert, kalau cuti duduk rumah habiskan masa sesama. Jadi sebabkan tu aku tak pernah give up dan percaya dia boleh berubah.

Siang malam aku berdoa pada Allah sebab Allah pemilik hati manusia. Bukan sekejap nak bagi dia rasa selesa, memang take time dan perlukan kesabaran sebab lumrah manusia nak perhatian dari pasangan.

Just jangan give up or paksa, biar isteri kau discover sendiri perasaan tu, kau bagi je dia kasih sayang dan keep berdoa pada Allah, aku yakin lambat laun isteri kau dah selesa dia akan tunjuk sendiri perasaan dia.

Kadang-kadang trauma masa kecil dorang yang kita tak tau tu antara penyebab dorang macam tu. Cuma penyebab mungkin berbeza, suami aku macam yang aku cerita kat atas ni.

Harap kau nampak dan dapat idea lepas baca pengalaman aku. Lepas ni kau cuba cari idea supaya dia bercerita tentang diri dia, tu boleh bantu kau untuk faham siapa isteri kau sebab itu yang aku buat.

Btw, jarak korang tu dekatkan dulu, pjj buat korang lagi kurang communicate, macam mana nak belajar tentang diri masing-masing.

Goodluck & Adios,

Seorang isteri yang bangga,

– Leo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *