Salam semua.. aku nak cerita sikit kisah benar hidup aku yang tidaklah serupa dengan kisah confession, https://iiumc.com/sampai-bila-
Oh ya aku juga perempuan dan sudah berumahtangga dikurniakan baru seorang cahaya mata yang comel alhamdulillah.
Ok cerita aku begini, sebelum berkahwin dulu aku juga seorang kaki maksiat hampir sepuluh tahun aku hanyut dalam maksiat walaupun bukan zina dengan lelaki, tapi zina hati dan zina mata ya dulu aku suka tengok video lucah,
Baca benda lucah sampai ke tahap masturbate, yang paling teruk sekali bila aku dah tak ada feeling tengok lelaki dan perempuan bersenggama kerap sangat tengok batang masuk lubang (bosan) aku beralih kepada hubungan songsang iaitu gay.
Hinggalah bila aku nak berkahwin aku nekad dan berazam untuk tinggalkan semua perbuatan keji tu. Sebenarnya lama dah aku cuba tinggalkan tapi tak berjaya dan susah.
Alhamdulillah lepas saja berkahwin aku berjaya tinggalkan semua tu. Namun hakikatnya di sinilah bermulanya kifarah dosa-dosa aku yang sepuluh tahun lamanya aku buat.
Suamiku yang ku sangka orang yang sangat baik rupanya gila perempuan, di bulan pertama pernikahan kami lagi dia sudah kantoi berhubungan dengan perempuan lain.
Dalam henfon dia bersusun nombor kontek perempuan setiap hari ada saja chat balas dari perempuan yang masuk dan kami selalu bergaduh setiap kali itu berlaku.
Suamiku juga ketagihan porno seperti aku dulu, dia juga kantoi dengan aku bervideo call dengan perempuan lain hingga berbogelan.
Perempuan-perempuan yang menjadi sasaran dia semuanya budak-budak muda yang mentah yang mudah cair dengan kata-kata manis, ayat-ayat mengorat.
Di tahun keempat perkahwinan kami barulah aku dapat bongkar satu sisi gelap suamiku yang aku sangat-sangat tidak sangka rupanya dia predator yang sentiasa mencari mangsa untuk dibogelkan.
Dia akan berpura-pura mahu berkawan kemudian dia akan caring sangat dengan perempuan tu hampir setiap hari dia akan chat tanya kabar, mengayat, mengorat, (grooming) sampai perempuan tu cair dengan dia dan ikut semua arahan dia.
Macam mana aku dapat bongkar ni pun bukan senang sebab aku tak terpikir yang suamiku segila ini, aku berjaya kontek sorang mangsa yang dia sedang grooming (bermakna dia belum berjaya bogelkan lagi)
Aku minta mangsa screenshot semua perbualan dari mula sampai habis (biasanya dia akan delete chat for everyone bila dia dah berjaya dapat apa dia nak jadi susah nak minta screenshot)
Sumpah malu aku yang membaca ayat-ayat laki aku siap ada gambar lucah dia bagi perempuan tu nak ajak dia bersedap2.
Masa aku dapat tahu yang suami aku ni segila itu aku menangis semahunya patutlah dia jarang berhubungan intim dengan aku sebab bila dia dalam proses grooming dia hilang minat nak bersama dengan isteri,
Dan baru sekarang aku sedar yang suamiku adalah resemblance kepada diri aku yang dulu dia adalah kifarah kepada dosa-dosa aku yang selama sepuluh tahun aku seronok buat.
Aku perasan sepanjang aku asyik dengan dosa maksiat Allah tak timpakan apa-apa kifarah lagi pada aku malah Dia pemurah lagi dengan aku banyak nikmat yang aku rasa macam tak layak pencinta maksiat seperti aku dapat boleh dapat.
Sebenarnya itu semua hanyalah nikmat untuk mengaburi mata pencinta maksiat seperti kita..
Di dalam kesedapan dosa yang kita lakukan Dia taburkan kita dengan nikmat supaya kita terus hanyut dan tak takut untuk terus buat dosa.
Kemudian Dia beri kifarah dosa-dosa kita pada masa yang bertepatan, jika dulu aku hanyut selama sepuluh tahun dalam dosa kenapa tidak aku bersabar dengan kifarah dosa yang Allah berikan pada aku ini sebanyak masa yang aku cemarkan dengan dosa dulu?
Hanya satu yang aku takut sekarang adalah aku takut anak-anak aku nanti terkena kifarah dosa-dosa ibubapa mereka, aku sedang menerima kifarahku tapi suamiku belum lagi kerana dia masih tak boleh tinggalkan perbuatan terkutuknya itu..
Aku risau memikirkan saat dia menerima kifarahnya nanti bagaimana lah, aku sentiasa berdoa supaya biar suami yang menanggung sendiri kifarah dosa-dosa keji yang dia lakukan,
Jangan ditimpakan pada aku dan anak-anak dan aku berdoa agar anak-anak aku tidak terkena tempias kifarah dosa-dosa kami,
Dijauhi dan dilindungi dari terkena kifarah dosa-dosa orang tua mereka kerana aku sangat faham betapa peritnya menanggung kifarah dari Allah ini aku taknak mereka menanggung keperitan itu cukuplah sekadar aku dan suami saja menanggungnya.
Jadi itulah yang aku nak kongsikan buat tt dan pembaca yang lain juga sebagai pengajaran dan peringatan buat kita semua yang banyak buat dosa.. jadilah baik bukan sebab nak kahwin tapi jadilah baik dari mula kerana Allah.
Oh pasal suami aku buat masa ni aku masih boleh bersabar dengan dia dan aku dah biasa kurang ‘bersama’ disebabkan nafsu tak normal dia tu bukan bermakna aku redha dengan dosa maksiatnya tidak sama sekali disamping aku berdoa dan terus berdoa..
Aku nak sangat tengok suami tinggalkan perbuatan keji tu tapi aku juga perlu bersedia dengan apa jua takdir yang menanti dihadapan kami dan juga kifarah dosa-dosa yang bakal menghempas dia.
Lebih baik menanggung kifarah dosa di dunia dari terus-terusan dalam maksiat takut ajal menjemput ketika sedang bermaksiat bertaubat pun tak sempat lagi dahsyat nanti kena di akhirat sana. Ok bye.. doakan kami ya.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit