Reply: “Saya Kesal pernah Rosakkan Anak Dara Orang” II

Untuk part I, (https://iiumc.com/reply-saya-kesal-pernah-rosak-maruah-anak-orang/)

Assalamualaikum, saya terpaksa menulis sekali lagi bagi menjelaskan perkara yang berlaku memandangkan di ruangan komen penuh dengan salah faham.

Mungkin waktu itu emosi memenuhi akal dan fikiran, menaip menggunakan fon di dalam kereta sambil menggigil gigil selepas baca confession AAA tersebut.

Izinkan saya berkongsi kisah sebenar yang lebih jelas. Saya pernah berkongsi artikel bertajuk Kesakitan Seorang Mangsa R*gol (https://iiumc.com/200am12142020/)

Ingin saya perjelaskan bahawa saya tidak pernah sesekali menyerah diri atau berzina atas sukarela kepada si pemangsa. Saya mengenali dia semasa bekerja part-time, sewaktu dia masih lagi bujang.

Sekiranya baca di posting lama saya, adsa saya jelaskan yang dia kini sudah mempunyai anak perempuan 2 orang.

Apa yang terjadi pada saya adalah ROGOl. Bukan Zina. Bukan Menyerah diri. Bukan Sukarela. Ianya ROGOL.

Kenapa saya takank report polis. Kerana takut yang keterlaluan, fobia dan malu. Tolonglah jangan menilai saya berzina sedangkan hakikatnya saya adalah seorang mangsa.

Sahabat, pada tahun tersebut masih belum wujud “viral” atau pun “tiktok” untuk saya viralkan hamba Allah tersebut.

Saya sendiri masih lurus dan bodoh sebab tidak pernah diaajar untuk bergaul sesama yang bukan mahram. Sebab saya membesar dikelilingi wanita.

Saya tidak ada adik beradik lelaki, tiada sepupu lelaki. janganlah mengadili saya sekejam itu.

Maafkan saya atas kenyataan ” dirogol tidak sesakit dikhianati”. Saya silap dan saya mengaku. Kenapa saya berbicara begitu.

Ya saya sakit dirogol, saya lebam, saya pitam, saya sakit sangat, saya menangis meraung panggil mama saya, saya menyesal tapi lebih sakit dalaman saya iaitu seketul hati yang saya telah beri ruang kepercayaan kepada manusia tersebut.

Saudara Saudari, bayangkan nasib saya yang tidak pernah sesekali disentuh lelaki selain bapa, tidak pernah dipujuk rayu.

Bila ada lelaki yang mengambil berat, terasa diri ini sangat disayangi dan dikasihi. Sungguh. Sebab tu saya mengatakan diri ini bodoh, sebab terllau mudah percaya kepada manusia bernama Azizul.

Ya dia ada ajak saya berkahwin, dia meroyan cari saya sekarang sebab anak dia dah besar, sebab dia rasa bersalah.

Tidak akan pernah sesekali dalam hati saya mendoakan perkara sama menimpa anaknya. Bahkan saya beroda supaya anaknya tidak tahu bapanya dulu adalah seorang perogol.

Kesakitan rogol itu telah lama hilang sejak Allah hadirkan seorang suami yang amat amat menyayangi dan menerima kekurangan diri ini, sejak itu keyakinan diri untuk bercerita tentang ini semakin ada.

Tetapi sahabat, kesakitkan dikhinati itu sampai saya mati tidak akan pernah hilang walaupun sedikit. Seperti api yang sedang membara, tidak pernah malap, tidak pernah kurang.

Bukan saya tidak cuba untuk memaafkan, tapi saya tidak boleh. Sumpah Demi Allah yang Satu, saya tidak boleh memaafkan dia. Sakit itu sampai mati saya tanggung.

Ngilu dalam dada Tuhan je tahu, saat saya merengkot menahan kesakitan dalam hati ini, saya menangis sehingga sesak nafas, sehingga hidung tersumbat dengan hingus, sehingga telinga berdengung, sehingga sakit kepala dan mata akibat terlalu lama menangis.

Saya berazam dalam hati, saya tidak akan pernah sesekali memaafkan dia.

Kepada yang komen saya berzina, saya suka sama suka, saya menggoda suami orang, saya maafkan. Mungkin penulisan saya yang kurang jelas membuatkan kalian memberikan komen sebegitu.

Percayalah, apa yang saya kongsi ini tidak pernah saya reka atau tipu. Kepada AAA, sekiranya anda adalah manusia yang mengkhianati saya itu, tak perlu mencari lagi kerana sampai mati tidak akan ada kemaafan buat kamu.

Ayat kamu menyatakan “kalau nak lagi bagitahulah” akan saya ingat sampai ke liang lahad. Saya adalah seorang mangsa rogol. Bukan Zina,

Bukan sukarela, bukan menggatal dengan suami orang, bukan menyerahkan diri.

Bukan sekadar itu, saya difitnah disekat di media sosial, di tipu dan macam-macam lagi sehingga saya berhenti kerja mengejut dan mengalami depresi. Sakitnya ya Allah.

Masatu, saya cuma tengok muka Mama dengan rasa hancur hati.

Seandainya mama tahu anaknya ini bodoh dan telah menjadi mangsa kerakusan, apa agaknya akan terjadi. Mungkin si Azizul kedalam penjara?

Kesakitan yang ada kini cuma dendam dan luka dikhianati. Mana mungkin aku memaafkan dia.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. saya baru baca cerita ni harini dan ikut apa yang sis ni cerita, cerita sis yg lepas dapat kecaman netizen (sy takdapat baca, mungkin di FB?).
    apa yang sy nak bagitahu, sis beruntung sebab disebalik adanya makluk takguna tersebut, Allah hadirkan suami yang baik untuk sis. sy doakan dia suami yg mampu bg kebahagiaan dunia selamanya dan akhirat untuk sis. sesungguhnya Allah itu ada, dan Dia telah berikan yang baik sebagai balasan keperitan sis.
    untuk komen netizen,sis takperlu ambil port sangat. kadang mereka lebih suka menaip untuk kepuasan sendiri, untuk feed hati yang suka berkata kata bicara sebarangan tanpa fikir hati mereka yang terluka atau yang sedang mencari solusi.
    saya doakan sis temukan kebahagiaan selamanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *