REPLY: Si Gemok Hitam Yang Mencari Jodoh

Reply, (https://iiumc.com/si-gemok-hitam-yang-masih-mencari-jodoh/).

Hi awak! Ye awak yang membaca artikel ini.. saya terbaca confession awak.

Saya faham apa awak rasa, saya pon gemuk juga. Cuma kulit saya cerah dan tinggi saya lebih sikit dari awak. 174cm. Hehe.

Saya faham semua orang nak berpasangan, berkasih sayang sebab saya pon macam awak. Kena jadi bahan ketawa siap ada yang samakan saya big show, rikishi, badak air, smua ada. Kena buli? Pon sudah awak.

Sakit tau kena sekat kaki kat tangga sampai jatuh lepas tu air minum kena ludah, buku kena koyak. Tu la zaman hitam yang taknak saya lalui, cuma saya besyukur budak² dulu buli ta sejahat dalam cite the glory tu.

Disebabkan pengalaman saya lalui di sekolah membuatkan saya jadi pendiam, mengasingkan diri dengan orang lain masa zaman universiti saya. Saya takut orang kutuk saya gemuk.

Macam² saya cuba untuk kurus, diet? Makan pil kurus? Semua saya cuba tapi tak juga kurus. Saya jadi stress sangat sebab saya malu dengan diri saya.

Awak tau the worst thing happen to me in university adalah saya dijadikan bahan game dengan budak lelaki.

Ada satu lelaki sama kelas siap nak berkenalan kata boleh terima saya seadanya kononnya, buat saya jatuh hati. Act romantic, caring bout me kononnya. Tapi rupanya dorang betting untuk buat saya jatuh hati.

Awak tau sakitnya hati saya bila dia cakap aku dengan kau sebab dorang bayar aku je, kau ingat aku lalu ke dengan gemok macam kau. Awak tau masa tu saya rasa saya nak terjun je banggunan.

Nasib iman saya kuat! Balik tu saya solat dan menangis dengan Allah mengenangkan malangnya hidup saya.

Kenapa saya dilahirkan gemuk? Kenapa orang buat saya mcm ni sedangkan saya tak pernah berlaku zalim dekat orang lain? Kenapaaa ?

Roomate saya sampai peluk saya sambil nangis sebab dia tengok saya jadi macam orang hilang pedoman.

Selepas tu saya tangguhkan pengajian sebab saya tak mampu nak pergi kelas. Abah mak saya marahkan saya kenapa saya tangguh tapi saya pekakkan telinga.

Andai diorang tau anak diorang dizalimi macam ni mesti diorang sedih.

Fast forward, saya sambung balik pengajian saya dan tamat dengan dekan seluruh sem. Lepas tu baru saya bagitahu mak abah perkara yang sebenar.

Diorang punya marah singa pon boleh tunduk, siap nak cari lagi orang yang buat saya tu. Itulah ibu bapa, apa terjadi pada anak2 diaorang lah paling risau.

Walaupon bad things happen to me, saya masih ada mak abah yang mendukung dibelakang walaupon terjatuh banyak kali.

Lepas daripada tu, saya dapat kerja yang alhamdulilah bagus, gaji besar dan dapat beli apa yang saya nak. Kereta, rumah semua saya mampu beli walaupon bukanlah yang mahal² asalkan saya ada aset sendiri.

Tapi hati sunyi tu tak siapalah tau.

Lepas dari kena macam tu saya tak pernah terima mana² lelaki yang nak kenal saya, sebab saya takut benda yang sama akan berulang kembali sampailah satu hari tu tiba² saya dapat chat dari facebook. Seorang lelaki yang cuba approach saya.

Pada mulanya saya tak layan tapi gigih jugak mamaat tu dok chat saya hari². Akhirnya saya balas.

Dari awkward nya diri saya sampailah saya selesa dengan dia. Kami hanya chat di facebook saja sebab saya tak nak bagi whatsap kat dia. Saya takut! Trauma!

Tapi dia makin lama menambat hati saya, dan akhirnya saya bagi juga, kami oncall, video call dan akhirnya dia menyatakan hasrat untuk meminang saya sebagai isteri. Tak lama dari tu kami proceed dan berkahwin sehingga lah sekarang.

Dia tak pernah sekalipon mempertikai tubuh badan saya dan menyayangi saya sepenuh hati nya. Saya berkahwin dengan dia masa umur saya 34 tahun. Tua kan? Hahaha

Nasihat saya kepada awak, janganlah awak rasa diri awak down sebab takde laki yang mahukan awak. Sebab jodoh ni tak kira paras rupa.

Tengok lah orang nigeria tu hitam juga. Tapi ada je jodoh.

Bak kata ustaz, hidup didunia ni hanyalah sementara, ini negeri ujian, yang tak kahwin diuji, yang kahwin diuji, sebaik² kita dekatkan diri pada Allah, anggap ja tenuk² yang game awak tu satu ujian buat awak.

Saya doakan awak dipertemukan jodoh yang baik, menyayangi awak sepenuh hati dan memimpin tangan awak ke syurga allah. Aamin ya rabbal alamin..

– Si gundut juga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *