Assalamualaikum. Penulisan ini khas untuk Atirah dan rakan-rakan seangkatan yang mengalami lingkaran hidup yang sama : https://iiumc.com/siapa-yang-
Narcissistic Disorder adalah mental disorder dalam bentuk spektrum. Maka seorang narsis akan ada ciri yang sama namun tidak mempunyai perlakuan yang sepenuhnya sama,
Jadi adalah amat sukar nak mengenali narcissist kalau kita tiada pendedahan dan tiada pengetahuan tentang perkara ini.
Dan narcissist jarang didiagnos kecuali individu tersebut mempunyai isu mental lain yang membolehkan ciri-ciri narcissistic juga dikenal pasti.
Cukup dengan pengenalan tersebut. Jadi Atirah, bagaimana kita selamatkan diri kita dari ditelan oleh seorang narsis?
Kita baca dan cari ilmu mengenainya dan ukur kemampuan diri kita, adakah kita mampu hadapi keadaan ini 10, 20 tahun lagi, ataupun demi menjaga mental kita yang juga rapuh, kita mengorak langkah baru.
Narcissist will drain our mental state if we let them. Semestinya, kita berkahwin dengan suami kita kerana sayang. Kita terima mereka seadanya.
Dibesarkan dalam dunia yang berbeza, kekurangan dalam proses membesar dari kanak-kanak ke dewasa, membuatkan seorang menjadi narcissist.
Sebab utama kerana otak kita berfungsi dan melindungi diri kita secara berbeza setiap individu.
Contoh, mungkin seorang lelaki, anak yatim piatu. Jadi dia merasakan dia perlu jadi “opportunist” untuk mendapat semua perkara dan setiap kejayaan adalah dari usaha sendiri.
Ambil contoh mudah, jika anda bersuamikan narcissist. Anda dimeja makan, dan suami anda tertumpahkan air, dia akan cepat salahkan anda kerana anda yang letak air terlalu hampir dengannya, padahal dia yang cuai dan terlanggar air dengan tangan sendiri.
Ciri-ciri ketara adalah semua orang lain adalah salah dan hanya dia seorang betul.
Kejayaan dia adalah usaha dia seorang dan kejayaan anda adalah kerana dia adalah pasangan yang supportive.
Namun perkara ini adalah sangat mustahil kerana narcissist akan selalu jadikan dirinya ‘highlight’ dan letakkan pasangannya di ‘lowest point of life’.
Anda akan dibuat sehingga rasa tak berguna walaupun anda seorang yang berpotensi dan lebih dari itu.
Imej baik dan berkarisma. Sama ada anda dan anak adalah trofi jika menepati piawaian seorang narcissist ataupun anda dan anak-anak seolah olah tidak wujud kerana tidak menepati ciri-ciri yang boleh dibanggakan.
Perkara yang paling mengganggu seorang narcissist adalah ‘insecurity’ apabila dia mendapat imej kurang baik, dia akan mula marah dan menjadi perengus, semua serba tak kena.
Dan anda sebagai seorang pasangan akan merasakan diri anda tidak cukup bagus, walaupun sudah mencuba yang terbaik dan akhirnya terasa seolah anda merupakan beban buat pasangan anda.
Maka Puan Atirah, saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya (yang tidak boleh sama sekali dipraktikkan dengan pasangan narcissist yang abusive), bagaimana saya setelah beberapa tahun berkahwin, baru mempunyai kesedaran tentang isu ini:
1. Berdoa kepada yang Esa untuk diberi kekuaatan dan tunjukkan jalan untuk menghadapi atau keluar dari masalah ini.
Bagi sesetengah individu mereka masih kuat dan dapat menghadap pasangan narcissist dengan keadaan mental yang tenang.
Tapi bagi sesetengah orang mereka hampir depression dan perlu jalan keluar. Jika perkahwinan melibatkan narcissist yang physical abusive, report polis, medical report, adalah bukti penting yang boleh dibawa ke mahkamah.
Tetapi untuk verbal abuse adalah lebih rumit dan jalan untuk keluar dari perkahwinan adalah lebih sukar.
2. Tidak perlu menang dalam pertengkaran kerana anda akhirnya akan dipersalahkan. Cukup untuk sampaikan point penting dan akhiri pertengkaran dengan berlalu pergi.
Jika anda memang salah, mengaku salah. Jika tidak, jangan panjangkan pertengkaran. Cukup anda tahu anda di pihak yang benar.
3. Jangan mengharap balasan, ikhlaskan hati dan jangan dibiar ambil kesempatan.
Jika anda masih ingin memberi peluang kepada pasangan anda, janganlah berharap segala pengorbanan anda akan dibalas, buat dengan ikhlas dan yakinlah bahawa ganjaran Allah itu lebih besar.
Kalau contoh kita dah sapu satu rumah, bila pasangan kita balik kerja dia bising cakap lantai tak bersih dan melekit, jangan kita bangun dan sapu lagi. Jangan bagi narcissist peluang untuk tindas kita. Kalau dia benar tak selesa, biar dia buat sendiri.
4. Akhir sekali, fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak.
Jika keadaan masih terkawal dan masing-masing cuba perbaiki diri, tidak salah memberi peluang untuk kekal dalam hubungan kerana manusia, fitrahnya tiada yang sempurna.
Namun, jika keadaan terlalu toksik dan hilang semangat hidup, sediakanlah bukti-bukti dan bekalan untuk mempermudahkan jalan keluar dari perkahwinan yang menghancurkan.
Apapun di dalam kehidupan, kita diberi peluang mencuba sedaya upaya kita, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Semoga kita diberi jalan penyelesaian di atas ujian, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat di atas kesabaran dan keyakinan kita terhadap qada qadarNya.
– PME (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit