Untuk part I, (https://iiumc.com/reply-story-about-hanani-haris-sarah/).
Assalamualaikum saya Lexy. Saya bukan Hanani dan juga bukan anak-anak Tuan Haris. Takut lah nanti kata aku ini Puan Hanani or anak-anak Tuan Haris.
Saya nak luahkan sikit jelah pasal Puan Sarah. Patutnya Puan Sarah mengucapkan terima kasih kepada Puan Hanani kalau dia meminang Puan Sarah.
Hal ini pun Puan Sarah dah cakap kakak madu macam ikhlas meminang Puan Sarah.
Jadi kan Puan Sarah tak patutlah nak bercerita pasal kakak madu serang Puan Sarah dekat Facebook. Sebab yang salah ialah Tuan Haris sebab dia tak pandai nak tackle balik hati Puan Hanani.
Tapi macam tak reti pula nak tackle balik hati Puan Hanani. Last2 lari ke hotel sebab dengan alasan Puan Hanani sikap dingin. Tapi itu alasan bodoh bagi lelaki yang tak pandai tackle hati isteri sendiri. Hahahaha!!!!
Yelah, dah sebelum ini dia bersusah payah dengan Tuan Haris last2 kena kongsi kasih dengan wanita lain. Puan Sarah juga tak patutlah nak kata anggap Tuan Haris sebagai abang sebelum kahwin.
Dalam islam pun ada kata sekiranya ada orang perhubungan rapat dengan suami orang boleh dikira dosa besar sebab boleh menyebabkan isteri dia stress, depression and anxiety.
Tapi Tuan Haris dan Puan Sarah kata tak ada hubungan special tetapi sebagai abang dan adik. Okay, alasan seperti ini merupakan alasan kurang pintar.
Ramai orang nak curang mereka akan menggunakan alasan ini untuk menutupkan kesalahan mereka sendiri. Jangan bagi alasan seperti ini.
Orang yang pintar tak akan cari alasan untuk mendedahkan hubungan mereka.
Then, saya nak cakaplah pasal hubungan mak mertua yang rapat dengan Puan Sarah. Bagi saya, memanglah Puan Hanani jeles sebab dia dulu menantu kesayangan last2 kena kongsi juga.
Kalau awak berada tempat kakak madu macam mana pula mesti awak boleh rasa sakit hati macam kena siat-siat saja tau. Jangan selalu cari kesalahan dekat Puan Hanani tetapi kesalahan sendiri tidak nampak. Faham!!!!!
Then, Puan Sarah anak demam berminggu-minggu dan patutnya Tuan Haris yang bermalam dengan Puan Sarah kan.
Okay, I think masa Tuan Haris tidak bermalam rumah kakak madu Tuan Haris tidur di hotel jadi dia kena ganti balik lah spend time dia yang tidur hotel itu dengan amik hari or masa Puan Sarah untuk bermalam di rumah kakak madu. Jadi jangan nak tunjuk kakak madu jahat sangat okay.
Bersyukur kakak madu masuk pinang Puan Sarah.
Pasal hari bermalam kakak madu dapat 2 minggu and Puan Sarah dapat 1 minggu bagi saya okaylah kot. Sebab Puan Sarahkan kerja dengan Tuan Haris mestilah akan berjumpa di pejabat dari pukul 8 pagi- 5petang.
Kalau pagi pun Tuan Haris breakfast dengan Puan Hanani dan anak-anak dia. Kalau lunch nanti mestilah dengan Puan Sarahkan. Jadi okaylah itu, 1 minggu.
Dalam Islam dah kata, orang pertama yang perlu melakukan perubahan ialah suami kerana dia sebagai ketua keluarga yang perlu dijadikan contoh.
Bagaimana perangai ketua, begitulah akhlak anak buahnya. Jika keluarga bermasalah, orang pertama yang perlu disemak ialah suami dulu.
Jadi di sini, Tuan Haris jangan anggap Puan Hanani yang salah. Cari kesalahan sendiri dulu. Jangan asyik-asyik tuduh saja. Dah tak tahu tackle Puan Hanani patutnya search pasal ceramah or ilmu poligami bukan nak tuduh saja.
Tuan Haris patutnya turunkan ego Tuan tau. Kalau Tuan Haris tak pandai jaga Puan Hanani memang selalu yang akan jadi mangsa ialah Puan Sarahlah. Maybe dia kena maki ke or kena marah dengan kakak madu. Jadi dalam hal ini, jangan lari dari masalah okay.
Orang yang selalu lari dari masalah ialah orang pengecut bukan pemberani. Tuan Haris lah yang akan menyebabkan peperangan antara isteri pertama dengan isteri kedua.
Then, kalau nak bincang dengan Puan Hanani patutnya face to face but you choose to write article in iiumc. Macam mengaibkan saja. Nak tergelak pun ada. Then, kau mengharapkan Puan Hanani baca luahan tersebut. Hahahaha!!!! Di sini kita bolehlah nampak anda pengecut and ego tinggi.
Bagi saya perkara yang tak suka ialah Tuan Haris tuduh Puan Hanani hasut anak-anak untuk membenci Tuan Haris.
Okay, saya bagi contoh kalau saya kita nampak ibu kita menangis tanpa henti tanpa sebab sebagai anak akan bertanya sebab apa kan. Naluri ibu dan anak-anak kuat.
Hal ini sebab anak-anak Tuan Haris cerdik dari Tuan Haris. Tuan Haris kan dah nyatakan anak-anak tuan cerdik bukan macam tuan tak reti nak jaga hati isteri asyik2 sebut nama Puan Sarah depan2 Puan Hanani. Memang matilah kau dikerjakan.
Ingat syurga diorang di bawah kaki ibu. Mestilah diorang sokong ibu diorang habis nak sokong Tuan Haris yang asyik2 suka marah2 Puan Hanani sampai sikap ibu diorang jadi dingin. Itulah pandai buat pandailah tanggung.
Jadi nasihat saya jangan lah nak cari kesalahan orang tau. Kesalahan diri sendiri pandai pula nak tutup ada hubungan dengan Puan Sarah just abang dengan adik. Alasan tak pintar. Hehehehheheheh!!!
Jadi kena lah ambil hati semula Puan Hanani dengan bagi hadiah ke, pergi honeymoon ke, do pillowtalk ke, mandi bersama ke. Kalau dia asyik nak membebel cium lah mulut dia itu pun susah ke kan dah senyap. Aduh!!!
Puan Sarah saya respect lah sikit dekat sis sebab nasihat Tuan Haris yang tidak tahu apa itu kesabaran or perasaan wanita. Dah tahu bijak dalam pengurusan pejabat patutnya kena bijak dalam urusan pentadbiran rumah tangga juga.
Walaupun Tuan Haris merupakan Pengurus Urusan sekali pun kalau tak pandai jaga hati isteri yang terluka tak payah nak tuduh Puan Hanani dingin padahal diri sendiri yang ego dan selalu cari kesalahan orang lain.
Pasal pengorbanan I think Puan Hanani yang banyak berkorban emosi,mental dan fizikal after U married with Puan Sarah. Then, Puan Hanani sakit kan.
Itu pun Tuan Haris ada ke jaga dia macam tak ada saja. Tuan Haris pernah tak lihat dia menangis ke sedih ke tapi Tuan Haris nampak dia asyik2 marah2 tuan. Padahal dia suruh tuan pujuk dia bukan lari ke hotel. Aduhai!!!
Dan satu lagi jangan memaksa Puan Hanani untuk menerima Puan Sarah sebagai adik madu. Hal ini bukan perkara yang senang. Kena step by step. Ada orang bermadu 15 tahun baru boleh jadi kawan baik.
Just berdoa kepada Allah SWT. Jangan jadi hipokrit tau. Just berdoa hati masing-masing jadi lembut. Then, ajak lah Puan Hanani solat berjemaah dengan anak-anak boleh lah juga mengeratkan silaturahim semula Tuan Haris dengan Puan Hanani.
Ada saya terbaca pasal isteri kedua. Suami dia ini bila bermalam rumah isteri kedua akan tutup hp sebab nanti isteri pertama call and marah2.
Anak2 isteri pertama marah dengan bapa diorang sampai nak bunuh isteri kedua sebab amik ayah diorang dan kasih sayang diorang kurang, sebab bapa tak bagi perhatian penuh dekat isteri pertama.
Masa isteri pertama sakit kanser pun bapa diorang tak datang melawat hospital tapi duduk dekat rumah isteri kedua.
Then, masa hari yang si bapa bermalam di rumah isteri kedua. Macam biasa si bapa tutup hp walaupun si isteri pertama sakit di hospital.
Sebagai suami patut bercerita pasal keadaan isteri pertama dekat isteri kedua yang madu dia sakit tapi si suami sanggup berdiamkan diri.
Last2 anak-anak tiri call isteri kedua bapa dia and diorang marahlah kenapa bapa diorang tak angkat call.
Then, diorang marah mak tiri diorang halang bapa diorang padahal isteri kedua tak tahu apa2 pasal madu sakit and kena tahan dekat hospital sampai meninggal dunia. Si suami cepat2 buka hp and dapat missed call and mesej yang si isteri pertama meninggal dunia.
Sampai saja di rumah jenazah isteri pertama tinggal nak masuk dalam keranda itu pun sempat si suami cium si isteri pertama. Si isteri kedua tak ikut takut nanti ramai pihak tak suka kehadiran dia.
Last2 anak-anak isteri pertama update status pasal mak tiri diorang ini yang halang si bapa untuk menghadirkan diri di majlis kematian isteri pertama.
Jadi ini boleh dijadikan pengajaran dan iktibarlah bagi Tuan Haris sebagai suami dan ayah perlu bertolak ansur, bertanggunjawab, amanah, adil, jangan pengecut sampai lari ke hotel sebab sikap isteri yang dingin dan turunkan ego anda.
Bukan Puan Hanani sahaja yang kena amik iktibar Tuan Haris dan Puan Sarah juga kena amik iktibar. Baru adil. Ini Puan Hanani saja kena amik iktibar macam tak adil.
Disudut hati Puan Hanani dia masih sayangkan Tuan Haris tapi dia nak belaian suami dia. Peluk dia erat2. Jaga dia sehingga ke syurga.
Tuan Haris kena jaga kelakuan dengan isteri pertama kalau tak jadi kelakuan habis lah nanti yang jadi mangsa ialah Puan Sarah.
Di sini, Tuan Haris should remember U have 2 angels iaitu Puan Hanani dan Puan Sarah untuk dibawa ke syurga bersama-sama. Jangan selalu nak marah isteri just senyum sahaja.
Then, ingat U sebagai suami dan bapa patut didik anak-anak dengan baik bukan marah2 or tengking2. U buat meeting family dengan Puan Hanani dan anak-anak pasal ketidakepuasan terhadap Tuan Haris.
Tapi kalau Tuan Haris nak ego tinggi, selfish, tunjuk hebat and always use kuasa veto itulah punca kehancuran dan keretakan rumah tangga berlaku.
Ingat Tuan Haris bukan Puan Hanani saja yang patut minta maaf dekat Tuan Haris but Tuan Haris dan Puan Sarah patut minta maaf dekat Puan Hanani sebab hancurkan hati dan perasaan Puan Hanani. Faham!!!!! Jangan bercerai tau!!!!!!
– Lexy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit