Untuk part I, (https://iiumc.com/reply-story-about-hanani-haris-sarah/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/reply-story-about-hanani-haris-sarah-ii/).
Ini luahan terakhir saya. Saya juga berharap Puan Hanani sentiasa kuat, tabah & happy. Puan Hanani buatlah aktiviti yang best untuk isi masa lapang dengan anak-anak.
Saya berdoa agak Puan Hanani menjadi bidadari syurga di sana and hormatlah suami anda Tuan Haris.
Sekiranya anda sakit hati just luahan kan perasaan yang lama pendam dekat suami. Jangan pendam kadang-kadang lelaki memang tak pandai sangat baca isi hati wanita.
Saya berharap Puan Hanani jangan mendesak Tuan Haris minta cerai tau. Saya berharap Puan Hanani menjadi isteri solehah.
Kepada Puan Sarah saya berdoa anda juga menjadi bidadari syurga di sana. Hormat kakak madu dan banyak2 bersabar. Jadilah juga isteri solehah juga. Walaupun macam tidak adil bagi awak. Sekurang-kurangnya kakak madu pinang awak dengan baik.
Dia ada ke bawak pedang dan parang masa jumpa awak tak ada kan. Kalau awak nak baik dengan kakak madu awak. Awak try lah mesej wish good morning dekat kakak madu awak. Kalau dia sakit mesejlah atau doakan kesihatan dia.
Kirim salam dekat kakak madu awak. Masa birthday dia wishlah birthday dia. Walaupun dia block awak dekat whatsapp tulis dekat facebook kakak madu awak. Inshallah lama-lama hati lembut juga. Kadang-kadang bagilah coklat ke dekat kakak madu.
Tuan Haris pula sekiranya awak ingin bahagiakan family awak. Jadilah ketua keluarga yang bagus dan hebat.
Kalau isteri-isteri awak bebel tutuplah telinga tapi senyum. Peluk diorang walapun tengah marah. Kena sabar. Jangan sesekali salahkan isteri-isteri anda terutamanya Puan Hanani.
Jadi suami yang lemah lembut dan suka senyum. Kalau ada masalah jangan lari but cari solution yang terbaik untuk baiki masalah itu. Ini lari…Ini lari…macam nak lari pecut ke?? LARI PECUT DARI MASALAH!!!
Ahahhahahahahahahh!!!!!
Kata-kata yang terakhir saya berdoa Puan Hanani, Tuan Haris dan Puan Sarah dapat hidup bahagia sehingga ke Jannah.
Puan Hanani saya nak mengucapkan “Tahniah” anda seorang isteri yang setia dan kuat. Jangan sedih2. Inshallah luka itu boleh disembuh walaupun ada parut.
Ingat Puan Hanani jaga suami kerana Allah SWT sahaja supaya dapat melayan suami dengan baik, Sayangi diri dan anak-anak anda.
Tuan Haris ingat walaupun syurga isteri di tapak kaki suami kalau suaminya tak berguna dan selalu cari kesalahan isteri-isteri ingat syurga pun nak memanggil Tuan Haris masuk ke sana ke.
Silap2 Tuan Haris nanti yang dipersalahkan di akhirat kerana tidak mendidik isteri-isteri dengan cara baik tetapi cara-cara kasar. Matilah nak sangat guna kuasa veto tapi diri sendiri tak nak tahu apa kesalahan yang dibuat.
Turunkan ego, kena banyak bersabar, sayangi isteri-isteri anda dan juga selalu memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak walaupun anak tiri.
Puan Sarah pun buat lah aktiviti yang fun masa lapang dengan anak sis. Saya pun nak mengucap ‘Tahniah’ menjadi isteri yang suka bagi nasihat kepada suami yang pengecut.
Sayangi diri dan anak-anak anda juga. Kalau kakak madu marah2 itu bermaksud husband dia mesti buat salah.
Kalau tak dia tak akan serang awak. Saya berdoa juga awak banyak bersabar. Layan suami kerana Allah SWT.
Saya bukan nak kata buruk dekat anda tapi tolong nasihat husband awak banyak supaya menjadi suami yang penyayang kepada kedua-dua isterinya.
Nanti minta maaflah dekat kakak madu kalau awak ada kecilkan hati dia. Kalau selalu minta maaf Inshallah hati dia lembut maybe boleh jadi best friend and then jadi adik madu yang baik satu hari nanti.
Saya berdoa agar Puan Hanani, Tuan Haris dan Puan Sarah dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Jadilah ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak. Jangan selalu nak cari kesalahan orang lain tetapi tidak melihat kesalahan diri sendiri.
Di sini saya berdoa satu hari nanti Puan Hanani, Tuan Haris dan Puan Sarah dapat beraya bersama di kampung. Walaupun saya tak kenal anda semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin
Tolonglah turunkan ego masing2 kerana Allah SWT. Selalu lah mencari ilmu bersama pasal tentang poligami. Tuan Haris sebagai ketua keluarga berdoalah jangan sesekali panas baran dan lari tau!!!
Goodluck to U all!!!!!
– Lexy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit