Ini adalah reply untuk confession, (https://iiumc.com/stress-budaya-korporat/).
Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih dekat admin andai kisah ini disiarkan.
Perkenalkan nama aku Jannah, berumur 27 tahun. Hari tuu aku terbaca kisah pasal Athea ni.
Sebenarnya, sedikit sebanyak aku boleh relate sebab aku ni dari masa praktikal sampai kerja sekarang memang dengan syarikat-syarikat korporat. Maklum laa aku belajar pun kos korporat admin.
Kalau korang nak tahu nak dapat kerja kat syarikat korporat ni mudah jer sebab syarat utama ialah korang kena pandai speaking english fluently masa interview. Memang automatik korang akan diterima.
Kadang tuu kalau pengalaman tak banyak pun diorang ok jer sebab korang reti cakap omputih.
Jadi diorang automatik ingat korang pandai giler nak mamp*s. Aku setiap kali interview memang bawa bekal speaking english fluently jer. Auto dapat weh. Tapi mungkin juga doa mak aku. hehe…
Ok, mari masuk bab dunia korporat yang sangat bosan tuu.
Dalam semua syarikat korporat yang aku pergi, aku jenis jadi diri sendiri sebab aku ni introvert jugak. Jadi berbekalkan muka aku yang garang ni aku buat jer hal sendiri dan kerja aku.
Yang aku selalu tegur orang atas macam bos, manager, supervisor or leader jer. Itu pun sebab kerja bukan sebab nak bodek. Yang lain2 tuu tak sangat.
Kalau bukan sebab kerja aku tak tegur kecuali diorang nak ajak sembang, aku cakap laa ngan diorang tapi tak der laa nak ikut cakap diorang jer. Athea, ini yang jadi dekat aku laa.
Masa aku praktikal, kawan baik aku sama-sama praktikal dengan aku. Dia ni memang mengikut jer.
Jadinya ada satu hari tuu dia keluar lunch dengan supervisor cina dan india, makan dekat kedai cina vegetarian.
Supervisor India tuu claim “sini all vege laa. Jadi halal untuk awak. Tak ada pork.” Semata-mata sebab dia vegetarian pada hari itu.
Kawan aku pun bongok2 ikot jer. End up dia ajak aku makan situ lusanya. Aku nampak jer signboard ada tulisan cina terus ragu2 dan loya tekak.
Staff yang ambil order tuu aku tanya laa “Sini halal?” dia blurrr jer… Halal pun dia tak tahu lagi aku seram sejuk. Kawan aku boleh cakap “halal laa sini. sedappp.”
Aku cuma makan sup sikit dan potato tak tahu apa nama rasa nak muntah wehh. Tak tahu apa yang dia cakap sedap.
Lepas dari tuu memang aku marah dia dan nasihat jangan ikot diorang lagi. Athea, ini tips macam mana nak elak keluar makan dengan manusia korporat, kalau pergi makan tempat mahal pulak tuu.
Tips yang pertama, keluar makan cepat-cepat. Masuk jer waktu lunch terus hilangkan diri. Diorang call jangan angkat.
Tips kedua, minta diorang pergi dulu.
Tips ketiga tanya diorang nak makan apa lepas tuu reject jer, bagi alasan “saya rasa nak makan lain laa hari ni.” Last, cakap jer awak bawa bekal.
Orang korporat ni apa yang saya belajar dari pengalaman, diorang nie kita tak boleh peramah sangat. Buat biasa jer.
Lagi tak dikenali, lagi selamat dalam syarikat tuu. Cukup laa bos kite jer yang kenal kite. Tapi depan bos acah2 peramah laa.
Sebab syarikat korporat ni kalau boleh bos dia memang nak staff peramah satu sama lain. Pastu ada jer staff yang acah2 diva, yang hand bag beribu, kasut? beratus ribu pun ada. Hahaha.
Sebenarnya bukan lah salah ahli korporat nie seratus peratus tapi kite ni yang tak fit in.
Yang bermaksud sebenarnya itu memang dunia diorang, kite yang menceburkan diri kat dalam sebab motif kite nak gaji selesa atau kerja yang terlihat professional. End up, bila join mak aiii payah.
Nak borak ke, nak bagi pendapat ke semua serba tak kena. Aku juga nak highlight kat sini yang tak semua kerja korporat macam ni.
Tak semua orang berduit, bergaya, asik nak makan tempat mahal atau pakai barang2 berjenama. Masih banyak, dan ada ahli korporat yang merendah diri.
Kereta pun pakai buatan Malaysia dan pandai saving duit. Bergantung nasib kita laa jumpa yang mana.
Apa-apa pun aku harap tips aku sedikit sebanyak membantu dan aku akhiri dengan “Allah akan uji kita dengan apa yang kita risau. Jadi jangan risau yang melampau selalu dan have faith in Allah plan.”
Terima kasih.
– Jannah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit