REPLY: Suami Buntu

Salam semua. Rasa terpanggil untuk reply confession Suami Buntu, (https://iiumc.com/suami-buntu/).

Saya ada baby twins jugak. Girls. Bekerja. Ada macam macam sebab kenapa isteri tuan begitu. Firstly penat. Memang sangat penat jika ibu bekerja lepas kerja nak layan anak. Apatah lagi anak kembar. Penat double.

Nak nak first time mengandung terus kembar. Terus dapat pengalaman yang agak payah la bagi saya. Takda pengalaman lagi tapi terus dapat pengalaman yang agak traumatic mungkin.

Kalau isteri tuan direct breastfeeding memang selalu nya akan tertidur sekali bersama baby. Biarlah isteri tu tidur sebab kejap lagi baby lagi sorang punya turn pulak untuk menyusu. Kesian isteri penat.

Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab saya sedang lalui. Penat sangat. Kadang bukan sengaja pun tapi tertidur. Semasa menyusu hormon tenang akan dirembeskan so ibu akan mudah tertidur bersama baby.

Untuk atasi isu ni tuan boleh bantu isteri dengan bagi baby susu perahan menggunakan botol. Bincang dengan isteri kalau dia letih menyusukan anak tuan offer la diri untuk bangun tengah tengah malam dan susukan baby pakai botol.

Lagi satu tolong jugak isteri basuh, keringkan, sterile segala perkakas memgepam susu. Tak terkejar ye malam tu nak buat semua kadang terlupa nak simpan hasil susu perahan dekat office pon pernah. Sebab apa? Balik dah kalut dengan anak nak direct bf.

Nak urus diri mak lagi, mandi, makan, solat, tidokan anak, siapkan barang untuk esok pulak. The same routine every day is very tiring and exhausting. Tuan cuba la tolong ringan kan mana yang boleh.

Second is mungkin disebabkan perancang yang diambil. Ada sesetengah wanita tak sesuai dengan jenis perancang yang diambil.

Kacau mood, kacau hormone, kacau selera makan. Semua ni akan menyebabkan isteri akan menunjukkan perubahan dan tak sama macam sebelum mengandung. Tapi kalau tak ambil perancang risau mengandung lagi.

Kalau mengandung lagi the same cycle akan repeat. Penatnye dari mula mengandung sampai anak dah besar panjang tak akan habis. Mungkin isteri trauma nak mengandung lagi.

Even dah ambil perancang pun probability untuk memgandung masih ada jadi isteri mungkin fikir better untuk mengelak dari bersama sebab kalau tak bersama dah sah sah tak akan mengandung.

Untuk isu ini mungkin tuan boleh berkorban juga dengan pakai protection. Sebab selalunya suami jarang la nak take part in merancang ni sebab kononnya tak sedap and tak puas kalau pakai protection. I dont know perhaps you guys can sit down and discuss hati ke hati.

Isu lain mungkin sebab isteri rasa rendah diri sebab fizikal dah berubah. If bersalin operate, ada parut tak cantik atau isteri masih rasa sakit pada bekas operate. Tak pun mati putik. Macam macam isu boleh jadi kenapa isteri jadi macam tu. Kena duduk tanya bincang elok elok.

Sama sama la bantu isteri dalam urusan anak anak dan rumah. Bukan takat tolong mandikan anak je. You should take over all the chores at home, mintak isteri fokus susukan anak je balik dari kerja tu.

Bila isteri tak penat, mood ok, baby pon akan ok, tak cranky so baby tido awal and u guys can spend sweet time together.

Kalau ibu penat, emosi tak stabil, mudah marah marah, baby dapat rasa and baby akan jadi cranky, fussy dan susah nak urus. Therefore, masa malam akan jadi stressfull nak urus the babies and theres no more room for cuddle apatah lagi make love.

Penat isteri dari awal mengandung dengan alahan nya, checkup klinik yang tak berkesudahan nya, lagi lagi mengandung kembar letih dok ulang pi klinik saja. Penat bawak perut. Tuan ikut sekali tak isteri check up atau isteri sorang sorang bawak perut pi check up?

Trauma melahirkan. Isteri akan takut untuk bersama sebab takut termengandung dan dia yang akan bear all the hardship sorang sorang.

Suami senang je becucuk tanam tabur benih tapi yang nak maintain tanaman tu sampai berbunga berbuah nak jaga tanaman supaya sihat takde gangguan perosak semua tu isteri je.

So jangan salahkan isteri kalau isteri berfikir untuk taknak bersama sebab takut termengandung. Mainkan peranan tuan sebagai suami yang bertimbang rasa, berperikemanusiaan dan ayah yang baik.

Pokok pangkalnya berbincang. Dah tahu isu cari solusi dan berlapang dada lah dengan solusi yang dicadangkan. Kadang isteri tak maw cakap sebab nak jaga hati suami.

Kalau isteri taknak berbincang tackle la bagi sampai isteri nak berbincang. Time bercinta boleh je ni dah jadi bini tak kan tak taw nak tackle macam mana nak bg isteri tu open up to u kan?

Harap membantu lah. Maaf kalau berterabur sebab saya tak pandai mengarang. Membebel je selalu nya..

Saya doakan semoga semua urusan tuan dan isteri dipermudahkan. Doakan juga segala urusan saya dalam membesarkan twins saya juga dipermudahkan. Terima kasih. Assalamualaikum.

– Mak kembo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *