REPLY: Suami Miskin Tapi Nak Poligami

Saja nak kongsi pengalaman dengan Yaya, confessor kisah tentang suami miskin tapi nak poligami.. boleh baca confession Yaya di link ini, (https://iiumc.com/suami-miskin-tapi-mahu-poligami/).

Saya macam Yaya, umur awal 40an. Ada kerjaya profesional, anak lima orang. Perkahwinan dah mencecah dua dekad.

Saya dan suami dua-dua bekerja. Kami kongsi komitmen keluarga. Rumah share bayar, yuran sekolah anak-anak share juga. Kereta saya bayar sorang dan suami settlekan bil-bil utiliti rumah.

Pun begitu perbelanjaan bulanan tak cukup jika bergantung pada gaji semata-mata. Jadi, kami ada buat part-time juga untuk cover mana-mana perbelanjaan yang tak cukup tu.

Kalau ikutkan, nafkah tempat tinggal adalah tanggungjawab suami sepenuhnya tapi tetaplah masih perlu bantuan daripada saya ni.

Saya ingatkan, dia sedar diri lah sebab banyak perbelanjaan keluarga saya bantu untuk cukupkan. Saya tak harap pun kemewahan. Cukuplah dia setia.

Harapan tinggal harapan ja. Tahun lepas, dia kantoi berhubungan sulit dengan seorang perempuan dari Borneo. Perempuan ini dia kenal masa dia ke sana atas urusan kerja. Rupa-rupanya di belakang saya, dia berkasih-kasih dengan perempuan ini yang saya namakan LM.

Walau pun belum sampai tahap berhubungan badan, tapi mempunyai emotional intimacy dengan perempuan lain tetaplah menyakitkan hati seorang isteri yang halal dan setia ni.

Macam mana boleh kantoi? Saya terjumpa WA dia bermesra-mesra dengan perempuan tu. Siap sebut cinta, rindu bagai. Geli geleman dibuatnya! Paling tak tahan dia boleh tulis dalam WA tu dia harap satu hari nanti perempuan tu boleh jadi ibu kepada anak-anak dia!

What the h*ll?! Anak yang lima orang kat sini pun kau tak mampu nak sara sorang-sorang, tetaplah harap sumbangan daripada aku, boleh pulak bermimpi nak ada anak dengan orang lain!

Memang hancur hati ini berkeping-leping. Saya menangis pun tak berguna sebab dia memang tekad nak kahwin dengan si perempuan tu. Oh ya, perempuan tu janda beranak satu.

Saya tekad, saya bagitahu suami saya akan ke pejabat agama untuk failkan penceraian.

Saya tak boleh terima dikhianati sedemikian rupa. Bagaimana boleh terfikir untuk menggatal dengan perempuan lain sedangkan tanggungjawab mutlak sebagai seorang suami pun gagal dilaksanakan? Memang kurang ajar!

Suami menangis-nangis minta jangan failkan penceraian. Dia masih sayangkan saya. Sedikit pun perasaan dia tak berubah pada saya. Yelah tu! Dia plan jika kahwin dengan LM, LM masih akan duduk di Borneo. Dia tetap akan lebih banyak masa dengan saya di sini.

Oh, tidaklah saya sebodoh itu. Sebelum kahwin bolehlah berjanji itu ini. Cuba lepas kahwin dan dah merasa bini muda, sanggup ke nak duduk berjauhan?? Tiket kapal terbang ulang-alik ke Borneo siapa nak tanggung?

Kalau LM hamil anak yang konon-konon diharapkan tu, takkan nak biar bini tu tanggung sorang-sorang kat sana? Saya pula tolong fikirkan untuk dia! Boleh tahan bodoh juga lelaki ni bila dah mabuk bercinta ya?

Saya hilang kepercayaan langsung pada suami. Rasa benci dan meluat bersilih-ganti. Tapi hati isteri ni bukanlah selama-lamanya keras.

Lepas beberapa hari saya tanyakan suami semula, betul ke nak menikahi LM? Jika betul, suami mestilah boleh penuhi syarat-syarat saya. Apa dia? Selama 6 bulan, saya serahkan semula segala tugas hakiki kepada suami sepenuhnya.

Perbelanjaan sebelum ini yang saya tolong tanggung, saya serahkan pada dia. Jika selama 6 bulan ini dia lulus, saya tak akan halang niat dia untuk berpoligami.

Saya buat pengiraan, dalam masa 6 bulan jika saya tak bagi apa-apa bantuan kewangan pada suami, saya boleh simpan dalam RM15k juga. Wah, boleh jadi downpayment kereta idaman saya ni!

Saya mula nampak cahaya di hujung terowong. Nak berpoligami, teruskan. Aku nak berjimba! Bukan minta duit dia pun, duit aku sendiri!

Bila tiba hujung bulan, saya pun tanya suami semula, bila boleh mula ‘probation’ 6 bulan tu? Kalau mula awal, lagi cepat habis tempoh ‘probation’, lagi cepat suami boleh kahwin lagi.

Saya bagitau kalau suami berjaya sustain 6 bulan ni dengan cemerlang, bermaksud suami memang mampu untuk berpoligami.

Guess what?? Suami surrender. Terus terang dia mengaku tak mampu nak melalui tempoh probation 6 bulan tu. Dia baru sedar diri dari segi kewangan dia memang tak layak pun berpoligami.

Saya cakap nak proceed, proceed lah tapi lepaskan saya sebab dia takkan mampu tanggung 2 keluarga. Saya mampu hidup tanpa dia sebab saya ada kerjaya. LM lagi perlukan dia sebab tak ada kerja tetap dan perlu menyara anak dari perkahwinan dulu. Saya tak rugi apa-apa.

Dan sampai sekarang, saya belum lagi berjaya membeli kereta baru idaman saya kerana masih meneruskan komitmen bulanan saya untuk membantu suami. Suami? Tak jadi berpoligami.

Sungguhpun begitu, hati saya masih berparut mengenangkan tergamaknya tindakan dia khianati diri ini. Saya lebih kedekut dan berkira sekarang ni dengan suami.

Pesanan buat kaum lelaki, selalu-selalulah cermin diri tu. Ingatlah siapa yang sanggup berada di sisi sewaktu susah dari awal perkahwinan sampai sekarang. Jangan bila dah mula berharta sikit, terus sibuk nak tambah cawangan.

Bahagiakan dulu isteri yang dari awal setia di sisi kamu sebelum terfikir nak bahagiakan orang lain pula.

– Orked Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Good move puan. Kdg dah terlalu selesa, lupa lah tu sebenarnya keselesaan dia disebabkan bantuan sebelah pihak

  2. Memang ‘bijak’ puan Orkid Biru ni, terfikir plak nk buat ‘tempoh probation’ dan akhirnya suami ‘mnyerah kalah’ & terpaksa melupakan hajatnya nk pasang cawangan dgn c LM tu.. nasib baik dia pon ada ‘otak’ nk pikir, macamne dia nk support 2 famili.. klau jenis yg mmg ikut nafsu serakah je, konon nk ikut sunnah Nabi, (pdhal nk merasa pucuk yg lbh muda), mahu dia ‘redah’ camtu je.. secara jujur, saya bukan sama sekali ‘menentang’ poligami, bkn emosi pon, (itu kehendak masing2, kan..), tapi jika difikir2kan, terutama oleh kaum lelaki lah.. kawin ramai (> dari sorang) ni, bkn shj menyusahkn diri di dunia ni, sbb nk kna urus mcm2, dari segi nafkah, giliran, keperluan asas spt mkn, pakaian, tempat tinggal, pendidikan agama kpd isteri2 & anak2, kebajikan bila ahli kluarga sakit, bersalin dsb., itu tak termasuk lg perbelanjaan penjagaan n pendidikan rendah, mnengah dan tinggi ank2, nk menghadapi kerenah kluarga2 belah mertua, pandangan bos, jiran, rakan sekerja dan masyarakat amnya.. memang mungkin ada yg dapat mengharungi semua itu dgn kudrat yg ada, walau pon ‘lelah’ jugakla.. tapi apa yg lebih penting ialah, apabila disoal di Akhirat nt.. adakah setiap ‘ahli kluarga’ nya yg ramai itu berpuashati dgn semua yg telah dibuatnya di dunia dulu.., x terfikir ke, ada antara isteri2nya yg akn pertikai tentang nafkah, giliran dsb., ada ank2 yg x dpt sepenuhnya keperluan mereka utk pendidikan, dari segi yuran, wang saku dan kperluan2 yg lainnya.. jika difikir2kan, jenuh lama jugak nk menjawab dgn macam2 soalan, walau pon mngkin dia rasa dah tunaikan semua tanggungjawab nya.. spt kata pn. Orkid biru tu lah, kluarga yg satu tu pon bnyak yg x selesai, inikan pulak klaw ada bnyak famili..?! Lgi satu yg perlu semua suami tahu, bhw nafkah isteri itu wajib (asing ) dan berbeza dari tanggungjawab dlm r/tangga yg lain, dan sekiranya dia nk minta isterinya ‘membantu’ untuk menjalankan t/jwb nya sbg suami (cth: tlg byarkan yuran skolah, tusyen, bas skolah, taska dsb), dia mesti mendapat persetujuan isterinya, dan isteri ckp redha dgn sepenoh hati, bkn stakat fhm2 sendiri je.. sbb klau isteri mngungkit atau komplen dia pon x ckup duit utk kperluan dia dsb., bermakna t/jwb suami belom selesai dan dikira ‘berhutang’ dgn isteri.. so, bayangkn betapa beratnya tamggungan suami, sbb tu kot ramai ank2 muda hari ni yg memilih utk jd “confirmed bachelor”, sbb urusan dunia & akhirat perlu difikirkan sedalam2nya sbelom mnyanggupi akad utk jd ‘suami’, bkn stakat nk goncang tgn bakal bpk mertua atau tok kadhi, tp yg lebih besar, nun d Akhirat kelak, yg mnentukan tempat terakhir utk kita; antara yg 2 tu sahaja.. fikir2kan lah, semua.. wallahu a’lam bissawab n wasalam..

  3. Bagus dah taktik puan ajar suami bagi sedar diri. Tapi lepas dah tahu dia curang ni.. Tambahkan la komitmen dia tu..supaya dia beringat sentiasa. Puan pun boleh saving banyak.

  4. bagus
    memang patut buat macam ni
    depa ni ada tahkta sikit
    ada harta sikit
    mula la nak cari wanita

    yang duk ada pun share komitmen
    ada hati nak tambah cawangan
    dasar tak malu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *