Assalamualaikum. Aku kemboja, sudah berkahwin selama 8 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata.
Straight to the point, lepas baca kisah yang ditulis oleh Isteri Tersakiti (https://iiumc.com/suami-please-jangan-curang/), benda ni mengingatkan aku perihal suami aku sendiri 3 minggu yang lepas.
Untuk pengetahuan, kami kahwin atas dasar suka sama suka. Suami aku sangat menyayangi dan utamakan dulu aku dalam apa-apa hal.
Apa yang dipesan dari awal perkahwinan, lepas habis belajar, aku tak perlu kerja, hanya jaga anak. Duit nanti dia sediakan.
Untuk pengetahuan, suami aku juga businessman. Even dia cakap tak perlu kerja, tapi aku tetap juga tolong suami runkan business.
Aku tinggalkan cita-cita aku kerana suami aku.
Dari awal perkahwinan, dia selalu cakap, apa yang dia buat , mesti dia akan fikirkan aku.
Untuk pengetahuan semua, aku dan suami terkena sihir pemisah.
Betapa struggle nya kami, waktu awal kahwin, aku langsung tak ada nafsu untuk suami ku.
Hanya suami ku yang beria, dan aku membatu sewaktu hubungan suami isteri.
Dia cakap dia ok, tapi ada juga nampak dia seolah sedih. Dalam hati ku, suami aku faham.
Aku sendiri langsung tak fikirkan keperluan batinnya.
Kadang-kadang 2 minggu hubungan di katil hanya 1 kali.
Badan aku akan jadi sakit-sakit, dan demam.
Demam yang tahap tak boleh bangun.
Tapi betul lah, orang tua cakap jaga keperluan batin suami.
Sehinggalah, 3 minggu lepas, Allah tunjukkan pada ku perihal suami.
Dengan tak sengaja, waktu aku mengemas bilik, bunyi dentingan tak henti dari telegram, aku terdetik untuk buka.
Penuh notifikasi. Pada mulanaya aku menyangka suami ku di ‘add’ ke group tanpa pengetahuannya. Group porn.
Tapi bila aku check satu persatu, aku jumpa conversation yang menanyakan perihal “freelance”.
Aku boleh bayangkan perasaan confessor mcm mana. Hancur remuk hati ku.
Berkecai-kecai. Suami yang selama ini aku sanjung, tergamak cuba makan luar.
Ni kali ke dua aku dikhianati. Kali pertama dia ketepikan aku dalam soal wang. Duit ratus ribu dia labur untuk kawan, atas pelaburan satu project di kl.
Waktu ni, aku langsung tidak ambil tahu mengenai keluar masuk wangnya. Cuma aku tahu dia ada duit cash almost 200k.
Dan yang last aku tahu, duit tu dah habis ditipu kawan.
Bila baca confession yang tt tulis, hati aku jadi sakit. Setelah kita setia, berkorban untuk suami,betul-betul jaga anak-anak di rumah, ni balasan yang suami bagi.
Tapi suami aku belum sampai terlanjur, cuma dia bertanya. Yang ni aku desak dia, betul ke belum terlanjur? Dan bila aku tengok semua bukti, betul dia tak sempat terlanjur.
Dan aku bagitahu suami, ni last aku bagi dia peluang. Kalau dia ulang lagi, maka akan terputuslah perkahwinan ni.
Dan dia juga melafazkan taklik, jika dia buat lagi, maka jatuhlah talak atas ku.
Dia betul-betul minta maaf, dan waktu dia bertanyakn freelance, dia seolah orang yang hilang akal, dan teramat serabut waktu tu. Katanya, dia minta dengan aku, aku liat untuk tunaikan.
Aku akui, salah aku juga. Tapi silapnya kerana dia tidak berbincang dengan aku mengenai apa yang dia rasa dan mencari jalan yang mudah.
Silapnya di sini, tiada 2 way communication.
Dan Allah masih selamatkan nya dari berbuat benda haram.
Aku betul-betul menyerahkan semuanya pada Allah.
Dan ayat yang aku ulang-ulang untuknya, aku tiada daya, sekuat mana aku sayang suami aku, tapi jika orang/jalan lain yang dia pilih, maka apa yang aku boleh buat?
Silver lining, aku lebih dekat denganNya. Hanya Allah, yang takkan pernah mengecewakan cinta ini.
Cuma di sini, aku cuba untuk cari kerja/runkan business atas nama aku sendiri.
Aku tak tahu masa depan aku sendiri macam mana, tapi mulai sekarang aku nak bina kerjaya aku sendiri, duit aku sendiri, bukan lagi duit yang masuk melalui company yang bernamakn suami aku.
Aku cukup terluka dengan apa yang suami aku lakukan.
Untuk TT, moga kita tabah, digantikan kesedihan ini dengan sesuatu yang lebih baik, moga Allah hapuskan kesedihan kita. Kita sama-sama berjaya, dan boleh berdikari sendiri.
Untuk perkahwinan ini, moga dapat diperbaiki dan Allah berikan yang terbaik.
Doakan yang baik-baik saja untuk kita.
Aku masih sayangkan perkahwinan ni. Anak-anak sangat rapat dengan papanya.
Dan papanya juga sangat-sangat membantu dalam urusan harian keluarga.
Kalau aku jemur kain, dia akan lipat, kalau aku sakit, dia jagakan. Cuma kali ini dia tersilap langkah. Dan bagi ku, dia deserved peluang.
Untuk aku sendiri, aku akan bangkit lebih hebat dan dapat mengangkat nilai diriku, jika bukan dimata suami ku, biarlah di sisi Allah.
Buat pembaca, doakan yang baik-baik saja untuk kami.
Aku yang menulis dengan hati yang penuh luka,
– Kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit