REPLY: Suamiku Mati Lebih Bagus

Reply, (https://iiumc.com/suamiku-mati-lebih-bagus/).

Assalamualaikum. Saya Miss Shopee, berkahwin hampir memasuki 12 tahun, anak 2, yang sulong 11 tahun, kecik baru masuk setahun.

First time saya tergamam tengok tajuk confessor. Memang Puan Lemon seorang yang dah betul2 tawar hati kan kat suami, saya tumpang simpati.

Sejujur nya, saya jugak pernah beranggapan begitu. Sebab? Dah makin lama usia perkahwinan, rasa macam dah tak ada apa nak buktikan kat pasangan.

Kisah saya ni tak seteruk puan, suami saya ni masih jaga pertuturan, tak adelah maki, marah, or apa2 yang dikategorikan sebagai memaki. Saya still boleh terima kalau setakat dia marah biasa, biasalah lelaki, mesti nak tunjuk ego.

Saya ni memang suka luangkan masa dengan mak ayah, n abang saya. Sebab dioranglah yang buat saya ceria dan happy.

Kadang hari minggu saya mintak izin suami nak tinggal sehari di rumah orang tua saya, (sehari ja ya with permission) ya suami izinkan.

Tapi yang saya tak suka, dia suka letakkan masa, contoh balik hari sabtu sebelum 6. Saya pun ok, dah nak buat nasib malang saya, abang saya terlambat nak hantar saya sebab ada urusan lain.

Saya dah gelabah dah, saya fikir nak balik naik grab, tapi dengan budak kecik ni payah pulak. Barang2 lagi, suami dah keep asking, saya kata kejap, maybe lambat sejam ni, terus dia kata jangan balik, duk ja sana terus.

Saya punya la stress, dengan anak kecik, nak urus dia, mandi, makan kan dia. Saya dah suruh suami datang ambil, dia kata dia penat.

Saya kata terpaksa la tunggu abang saya nak buat macam mana lagi. Terus dia blok saya, dan dah masuk 3 minggu ni dia tak tegur saya.

Actually isu macam ni betul2 buat saya stress. Saya dah wassup mintak maaf tak sengaja, bukan nak lambatkan, tapi dah keadaan macam tu. Suami pun tak ade hal, saja suruh balik pukul 6, balik2 saya tengok dia lena atas sofa.

Mak saya pun sampai naik marah dia kata lain kali tak payah la datang kalau macam ni. Memang sampai saya menangis la sebab hal ni.

Dulu pun kerap terjadi macam ni, lambat balik sikit nak marah, nak block, padahal mak ayah saya la banyak yang tolong kami bila kami susah.

Terlalu banyak la diorang tolong. Dari segi wang, nak urus anak2 saya, dan mak ayah saya pun tak pernah masuk campur urusan hal rumahtangga kami. So apa lagi yang suami nak?

Jujur saya cakap memang suami tak pandai langsung nak ambil hati ibu ayah saya. Tapi tak adelah sampai tahap teruk, cuma tak ada usaha dari suami. Kalau dengan family dia, boleh je arrange cuti, nak ambik homestay la, apa la.

Lagi satu husband saya memang tak tolong saya dalam urusan rumah. Dari jaga anak sampai urusan rumah, semua saya buat. Itu pun dah cukup buat saya penat.

Tapi ada jugak kebaikkan suami, contoh dia tak akan suruh saya masak, dan tak kaki complain sangat pun. Dia ni senang cakap kategori average la, tak teruk, dan tak baik mana pun.

Tapi kalau gaduh, hampir seminggu, kadang sampai sebulan dia tak nak cakap dengan saya, dia block wassup, dan play silent treatment.

Saya pun diam je la, dah block, macam mana nak luah. Kalau luah sekalipun, jarang dia nak reply, dia just bagi blue tick.

Entahlah nak cakap macam mana, nak cerai pun, atas alasan apa nak cerai, bukan kena pukul or tak cukup nafkah. Maybe nafkah batin la, takde emotional connection dan tak ade communication.

Tapi bila tengok anak, itulah kesian diorang sebab kepentingan saya, nak bercerai. Memang tak sampai hati.

Bila saya baca kisah Puan Lemon, saya pun terkaku, macam mana la Puan Lemon hadapi suami macam ni ye, saya memang kagum dengan puan.

Semoga Allah limpahkan pahala seluas lautan sebab masih mampu bertahan dan teruskan.

Untuk diri sendiri, saya percaya fasa ni akan berlalu. Masing2 kita akan diuji. Inilah ujian kita sebagai isteri, iaitu bersabar dengan suami.

Untuk Puan Lemon, a big hug from me to you. You are such an amazing wife and mother. Keep going ya puan. InsyaAllah, things will get better one day. Don’t give up.

– Miss Shopee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Betul. Saya setuju. Ujian kita tak sama. Ada suami yang menafkahi cukup semuanya, tapi diuji hati isterinya bolak-balik. Ada yang direzekikan semua perkara, namun hatinya masih merasa kurang. Apa-apa pun, saya selalu ingatkan diri saya, sebagai seorang isteri, syarat masuk syurga adalah
    solat, puasa, menjaga maruah diri dan taat suami selagi menurut ajaran islam. Yang tu ja saya pegang. Semoga kita, para isteri, sama-sama diberi kekuatan menjaga yang 4 itu. Sungguh, syurga itu bukan percuma.

  2. Bersabarlah… Eratkan hubungan dgn Allah… Pupuk cinta kpd Allah… Rinduulah rasulullah… In syaa Allah… Ada hikmah semua ini. Asiyah d uji dgn firaun… Tapi, atas kesabarannya Dan hubungannya dgn Allah erat… Dia d angkat menjadi penghulu syurga… 💖

  3. Banyakkan mengadu pada Allah. Memang suami ni ujian untuk isteri. Saya pun pernah berada di frasa puan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *